Friday, November 27, 2009

Untold story of kg Krubong

Petang itu spt biasa Ibunya menghantar dabuk di balai bawah pokok mata kucing milik arwah nek Salimah untuk pulang ke asrama putra Sek Tinggi Melaka. Peristiwa yg berlaku pada tahun 1984 itu begitu mencemaskan. Ketika itu mereka menunggu bas pukul 3 untuk ke Melaka.

Ketika sedang berbual rancak bersama Kak Pah yang di temani oleh anak nya dak enon, tiba2 sebiji kelapa muda yang mambang jatuh dan menimpa kepala kak pah. Ibu dabuk terkejut dan mendapatkan kak pah. Kak Pah yang terbaring terus bangun mendapatkan anaknya dan bersyukur yg ianya tidak terkena pada anaknya enon yg masih kecil. Demikianlah kasih sayang seorang ibu pada anaknya. Walaupun dirinya sendiri sudah hampir pengsan, tetapi naluri keibuaannya mendahulukan anaknya dari diri sendiri.

Kak pah masih mampu melawak, " nasib baik kelapa ni busuk, kalau tak saya makankannya semua sekali"... Dabuk & ibunya lega kerana kak pah tak apa2..

Saturday, October 17, 2009

Untold story of kg krubong


Gambar akhir tahun 6 bagi 1981 ini di ambil di pentas anikaragam. Guru2 yg turut sama ialah cigu Sarip, Cikgu Mat Isa adan guru besar cikgu yahya. Barisan ke 2 dari kiri adalah meran, mat entoi, Prof dr. Ishak, Dabuk, din dan rahim Chef, adnan, basiran,malik,mat isa dan maniam.
Baris depan, Rita, Rohani, noraini, Sariah Ustazah badariah, azizah, Fatimah Siti dan Kwee Sin.
Belakang: Norehan, noraini, Jalilawati, arwah zurah, normala, siti aisah, Zalina, noraini,sila, ida, aisah, fatimah dan halimah...hooosh memory test betullah.....

untold story of kg krubong

Hari itu dabuk dan Rani dikurniakan tuhan dgn rezeki yg banyak. Apa taknya mereka memperolehi dua tin minyak gas ikan haruan dan setin ikan betuk. Semuanya kerana mereka menimba di tempat yg tak pernah di buat orang, di bandau belakang rumah pak mat sampai ke tapak masjid lama.

Kebanyakkan bebudak takut kerana mungkin terserempak dgn pak Yasin Pak encat ataupun abang mat yang bekerja dgn JPS yg tentunya akan marah kalau aliran air bandau diempang-empang.

Ikan betuk dijual pada tuan imam harun sebanyak RM2, manakala 2 tin ikan haruan pula diheret oleh 2 anak itu ke balairaya krubong. Semuanya krn menunggukan abag mat dom madura peraih ikan dari tampin.

Tunggu punya tunggu, beliau masih tak sampai. Jali malikai pun mampir," abang rasa mat dom tak masuk hari ni, lagi pun abang tau kat mana kau dapat ikan banyak ni" Dabuk tunduk, Rani pulak pandang tempat lain bila mereka mengagak jali mengesyaki mereka menimba bandau..

Akhirnya mereka pun pulang bersama RM8 dari jali malikai yg memborong kesemua ikan mereka pada pagi tu. Jadi tercapailah hajat anak2 kecil kg kerubong untuk mendapat sorang RM5 pada hari itu. Demikianlah tuhan melimpahkan rezekinya pada anak2 kecil itu walaupun pada mulanya sudah pun tampak suram. Wallahualam.

Untold story of kg krubong

Pada tahun 70an, pengaruh juara tinju dunia, Muhammad ali sungguh besar. Apabila terdapat siaran langsung tinju, semua murid dan guru akan memenuhi dewan SK Krubong untuk menonton.

Peristiwa yg berlaku pada tahun 1976 mmg tak dpt dilupakan. Ketaksuban Kalui dan Sam pada perlawanan Ali Vs Foreman menyebabkan mereka bertinju di dalam stor sukan arwah pandak dengkel. Mereka menyarung tangan masing2 dgn bolasepak yg telah bocor. Tapi nasib mereka tidak berapa baik bila mereka ditangkap sedang bertinju oleh arwah cikgu daud.

Pada perhimpunan rehat Kalui dan sam pun didenda bertinju di hadapan murid. Dan akhirnya mereka berdua dihadiahkan sebat dgn pembaris meter sekolah. Demikianlah cara arwah cikgu daud mendidik muridnya dari pekerjaan yg sia2. Wallahualam.

Wednesday, October 14, 2009

untold story of kg krubong

Memandangkan peperiksaan penilaian diadakan di tahun 5, tahun 6 adalah tahun bersukan bagi murid2 sk kerubong. cikgu sarip akan melatih skuad bolasepaknya dari pukul 7:30 hingga ke pukul 10 pagi

Peristiwa yg berlaku pada tahun 1981 sesekali terlintas di fikiran. Apa taknya, ketika itu dabuk sedang memahirkan diri dgn tendangan outside foot atau kelepet supaya bola tidak melambung ketika di hadapan gol .

Arwah jenal layun yg begitu taat dgn ibunya pun lalu utk mengangkat air dgn tin minyak gas dari perigi tepi padang sekolah untuk kegunaan kantinnya.

Cuma kali ini tendangan dabuk tersasar sedikit dan terkena tin minyak gas menyebabkan arwah jenal terhoyong hayang.

Dengan marahnya dia berkata, "kau siap kau bai"kerana keliru identiti dabuk dan adiknya lobai. Walaupun sudah berkali2 meminta maaf, dabuk masih tetap ketakutan untuk ke kantin untuk beberapa hari... Wallahualam.

Tuesday, October 13, 2009

untold story of kampung krubong

Adalah menjadi rutin bagi dabuk, meran dan mat entoi untuk singgah berjemaah zohor di masjid sebelum pulang ke rumah masing2 semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah. Ini adalah kerana jarak sekolah yang begitu hampir dgn masjid kerubong.

Tetapi, bebudaklah katakan, setap kali singgah, setiap kali tu jugalah mereka mengelabah kerana tak bawak kain pelikat.

Jadi masing2 pun mengambil sejadah lama dan dililit menjadi kain untuk menutup aurat. Memandangkan anak2 kg krubong ini sungguh kecil, sejadah besar tu memang cukup labuh dan besar untuk mereka terutamanya untuk mat entoi yg kurus cekeding.

Peristiwa yg berlaku pada tahun 1981 itu cukup menggelikan hati pak long wahid , tokeh kedai kopi sebelah masjid apabila terserempak kanak2 yg solat bersampingkan sejadah lama itu..Wallahualam.

Friday, October 9, 2009

untold story of kampung krubong

Sambutan maulidurrrasul di masjid krubong adalah terbesar di sekitar 1970an. Biasanya sek agama rakyat akan mengambil bahagian seperti perarakan, tilawah, maulud dan sbgnya.

Pada tahun 1979 adalah yg terbesar. pelajar berarak membawa sepanduk dari sek agama rakyat yg menumpang di sekolah krubong hingga ke masjid sambil berselawat. Di masjid kumpulan murid perempuan membaca marhaban. Suasana cintakan rasul dapat dilihat bila hampir kesemua org tua di beranda masjid itu berdiri dan ber marhaban bersama-sama meneggelami alunan suara anak2 kecil kg krubong.

Setiap rumah anak qariah, membawa sumbangan makanan dan kuih-muih. Pada petangnya dapat dilihat mereka membawa piring bersampul saputangan yang berisi kuih-muih ke masjid. Orang-ramai membanjiri sehingga ke pangkal kelapa rumah arwah nek malaysia.

Arwah ustaz Muhammad, guru besar sek agama rakyat berasa sangat gembira dan berasa tidak sabar2 untuk membawa murid2nya yg telah dijemput jabatan agama untuk berarak sambutan peringkat negeri melaka di stadium kubu untuk menyahut sambutan " athiullah wa athi urrasul" wallahualam.

Wednesday, October 7, 2009

untold story of kg krubong

Hari itu dabuk beriya-iya menunggu bas. Apa taknya, itulah hari pertama beliau dipilih mewakili pasukan bolasepak SK Krubong. Peristiwa itu berlaku pada tahun 1979 dan ketika itu beliau masih darjah 4.

Masa melintasi balairaya krubong tempat berkumpul sebelum berlepas ke SK Bukit Rambai untuk perlawanan persahabatan pra musim bagi dua jaguh bolasepak kawasan tanjung, Melaka, Din kembau mengusik dabuk, "wah padeh, pakai jersi no 26". Acip pun tersenyum, kerana masa tu kalau pakai no 26, memanglah dah kat ekor sangat dalam senarai pemain tu.

Di SK bukit Rambai, selepas menuggu begitu lama, memandangkan ramai betul striker handalan spt man pitung, dan defender melaka baba rasip, dabuk pun di bawa masuk oleh Cikgu Sarip sbg pemain sayap.

Oleh kerana terlalu bersungguh-sungguh utk menarik perhatian cikgu sarip, dabuk melakukan lipat gulung yang hanya menyebabkan perlawanan terhenti sementara kerana bola itu tersangkut ke rumpun buluh tepi padang..

Walaupun dikeluarkan sejurus selepas itu, perlawanan pertama untuk Sek Krubong adalah perlawanan yg tidak dpt dilupakan, apalagi bila terlihatkan Pak Mat yang hadir di Padang B Rambai menumpang motor Abg Yad dari jauh semata-mata untuk memberi sokongan pada dabuk.

Sesekali dabuk tersenyum sendiri bila teringatkan peristiwa ini. Demikianlah tuhan menumpahkan setitis embun kasih sayangnya di hati anak kecil Kg Krubong. Wallahualam.

Monday, September 28, 2009

untold story of kg krubong

Jumaat lepas, secara kebetulan, ketika isteri sedang berurusan untuk pinjaman untuk membiayaai kedai di Tmn Krubong Jaya, saya tersentak apabila pegawai bank yg berurusan adalah cucu kepada baba ayam, peniaga ayam kampung di krubong sekitar 1980an.

Saya terus bercerita kepadanya peristiwa saya kemalangan basikal bersama datuknya di depan kedai basikal Cheng Lai. Baba yg mengamuk dgn begitu garangnya ingin memukul saya hanya di leraikan oleh abang isa samat yg ada di hadapan balairaya.

Ketika kejadian itu saya sedang mengajuk Rahim Begaih, kerana menangis terkena terjahan saya pada perlawanan bolasepak ptg semalam.

Apa lagi, melihat kejadian itu, begaih pun bergolek-golek mengetawakan saya pula.

Valarie, pegawai bank itu mmg bersetuju bahawa datuknya mmg garang. Walaupun saya berkali-kali meminta maaf beliau yg sudah tua benar masih ingin mengempuk saya.

Pada malamnya , Bapak saya yg ketahuan, menasihatkan saya supaya lebih berhemah pada orang tua. Sehingga kini, bila berjumpa begaih, pasti cerita saya melanggar baba ayam akan diceritakan semula. Wallahualam.

Saturday, September 26, 2009

untold story of kg krubong

Di krubong sekitar tahun 1980an, terdapat 2 org pemanjat kelapa tinggi. Biasanya mereka di upah sebiji kelapa bagi setiap 10 biji kelapa yang diturunkan. Walaupun upahnya kecil tetapi anak2 krubong ini masih juga dapat mengaut keuntungan yang besar kerana terdapatnya kebun2 kelapa yang banyak dan tandan2 kelapa biasanya besar2 belaka.

Pak Long Mat Nor bekerja secara sambilan setiap kali bercuti di hujung minggu sebagai buruh kerajaan. Dak Akbar pulak banyak mengambil upah di belah ulu krubong secara sambilan juga.

Kekadang,bila Pak Long Mat Nor memanjat, anak kecilnya dak rani juga akan memanjat. Pokok kelapa adalah sebahagian dari hidup mereka, kerana mereka akan menjatuhkan pelepah kering dan tua untuk dibuat penyapu.

Bagi kanak2, inilah masanya meminta pertolongan mereka untuk menjatuhkan layang2 mereka yg tersangkut. Pernah juga mereka dimarahi apabila memintakan sarang tempua yg banyak dari pak long mat nor. Mudah2an Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Friday, September 25, 2009

untold story of kampung krubong

Kelemahan Dak Ah Chen adalah kaum hawa. Lebih2 lagi yg berdahi licin. Dak Ah Chen adalah tokeh cina yang memiliki ladang getah yg agak luas di kg krubong. Pada sekitar 70 an ladangnya meliputi sekitar kawasan perumahan Taman Krubong Jaya.

Di situlah terdapat rumah beliau yg bercat hijau tua, yg merupakan ciri2 tradisional rumah cina pada masa itu.

Pernah ketika seorang suri rumah sedang memikul kayu, beliau telah menarik kayunya. Apabila tidak di layan beliau berlalu pergi. Oleh krn ramai yg bekerja dgnnya. Kadang2 beliau menjadi begitu berani. Maka ramailah suami di krubong, melarang isteri2 mereka menghampiri estate tokeh Ah Chen samada mencari kayu mahupun mengutip pegaga ataupun cendawan.

Di hujung ladang terdapat anak air yang bergelar air satam. Sesiapa pun di krubong pasti tak berani menimba di anak air tersebut. Pernah Su midun terpaksa berhadapan dgn ular kempas ketika sedang menimba anak air yg mempunyai banyak ikan limbat itu.

Friday, September 18, 2009

untold story of kg krubong

Pagi itu, Kak lela, cucu lebai Said,begitu kelam kabut. Apa tidaknya, tok aid telah dikejarkan ke hospital akibat di sengat lipan bara. memang sudah takdir tuhan, kudrat pada tubuh guru tua itu tidak dapat melawan bisa beberapa liang sengatan.

Kak lela berlari ke rumah pak mat, dan pak mat pun bergegas melawat gurunya. Begitulah kehendak agama, yg murid mestilah takzim pada yg guru. Keadaan menjadi lebih kalut bila pihak hospital ingin menghantar tok aid ke Sg Buloh untuk mendapat rawatan khas penyakit kulitnya.

Dan lanjutan dari keuzuran itu, lebai said dijemput berjumpa penciptanya sekitar tahun 1982. Pada anak kecil kg krubong, ajaran guru itu masih berkekalan. Cuma yg dikesalkan adalah kitab tua ratib suffiah hadiah dari gurunya itu telah hilang entah ke mana selepas dia mula menetap ke sekolah berasrama. Itulah ketentuan tuhan yg esa. Wallahualam.

Saturday, September 12, 2009

untold story of kampung krubong

Memang menjadi kesukaan Dak wai untuk menyergah kanak-kanak yang pulang belajar fardu Ain dari rumah arwah mak long banun, isteri tuan imam Harun. Mangsa utamanya ialah zam tondak dan kakaknya izah.

Selalunya tondak akan tunduk dan melihat samada wai yang bertelekung putih itu jejak ke tanah atau tidak sebelum berlari sekuat hatinya.

Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1979, cuma kali ini wai telah tersilap langkah. melihatnya ada orang yg baru pulang dari majlis agama di masjid, beliau pun menyelinap ke dalam pokok pisang untuk aksi biasanya.

Apabila sahaja beliau menyergah, beliau terperanjat besar. Lebai said yang terkejut pun membuka silatnya dan membantai tongkatnya. Wai berlari terus ke belakang rumah kerana takut akan ketahuan oleh guru agama itu. Wallahualam.

Sunday, September 6, 2009

untold story of kg krubong

Perhimpunan pengakap seluruh negeri Melaka spt biasa diadakan di kem Puan chay yen Pantai kundor, Melaka. Pada tahun 1981, Dabuk selaku ketua pengakap Sek Keb Krubong dan beberapa pelajar lain pun berlepas ke perkhemahan selama 2 malam itu.

Tidak seorang pun pelajar memiliki baju sendiri, jadi Dabuk pun mengikuti Cikgu mokhtar, selaku guru pengakap dan Cikgu Yahya, guru besar sekolah mengumpul baju milik sekolah yg sudah agak lama tapi kesemua pengakap begitu berbangga memakainya pada pagi itu.

Kami menunggu Mat Entoi yg tidak menepati masa dan akhirnya beliau tertinggal dari Van arwah Cikgu Bakar. Apabila sampai saja di sana, selaku tukang masak dabuk pun mengambil parang dan mencari kayu api.

Memang telah menjadi ketentuan tuhan, dabuk telah terluka akibat sebilu buluh. di klinik Tg Keling beliau menerima 3 jahitan menutup luka dan dihantar pulang ke rumah.

Tugas ketua pengakap kini digalas oleh meran, menurutnya kelam kabut dia bila berkawat mengambil bunga padi tanda tamat latihan 3 hari itu. Rahim Bachik pula menggalas jawatan tukang masak. Dan kini rahim telah pun menjadi Chef hotel 5 bintang di bandar Melaka.

Hari isnin berikutnya, di sekolah, Cikgu moktar yg baik hati sering mengambil berat luka dabuk. Guru besar pula, menasihati dabuk supaya sentiasa berhati2 terutamanya bila parang di tangan..Wallahualam..

Tuesday, September 1, 2009

untold story of kampung krubong

Pada tahun 1994, Midwest inter Varsity games diadakan di Purdue University West Laffayette Indiana. Dabuk dan rakan2 telah bertungkus lumus mendapatkan sponsorship termasuk Van milik Iowa state Univ untuk pengangkutan. Oleh krn banyak wang yg terkumpul, mereka mampu menyewa cukup bilik motel buat penginapan.

Perlawanan bolasepak adalah kemuncak acara. Iowa state mmg pasukan pilihan. Pada pusingan pertama mereka dgn mudah menundukkan Wisconsin. Tetapi pusingan kedua hampir mencetuskan upset bila Western Michigan mendahului. Pada sepak mula, Dabuk telah mencuba dari jarak jauh bila mendapati posisi keeper yg agak jauh dari gawang dan dapat menyamakan kedudukan.

Di separuh akhir, Iowa State berjaya menundukkan Missouri dan akhirnya mereka ke perlawanan akhir bertemu pasukan Indiana Univ, Bloomington. Iowa state mendahului 2-0 dan Dabuk pun membuat pertukaran dgn memasukkan beberapa pemain yg kurang berpeluang beraksi.

Dan percaturan itu memakan diri bila Indiana menyamakan kedudukan setelah Fullback Iowa tersepak bola ke gawang sendiri. Nizam menangis kerana terlalu kecewa manakala Fred goalkeeper Iowa State menjerit geram.

Begitulah kehendak tuhan untuk mengajar insan tentang takdirnya, mereka tumpas dalam penentuan penalti. Beberapa Siswi ISU, melahirkan rasa geram mereka secara terus terang pada keputusan menukar pemain sewaktu pasukan sedang selesa mendahului... Dabuk hanya mampu tersenyum, setidak-tidaknya semua pemainnya dapat beraksi pada perlawanan akhir..

Sunday, August 30, 2009

Untold story of Kg Krubung

Pak Mat mencari rezeki di Ladang getah yg agak jauh di tanah merah. Untuk ke sana, pasti terpaksa melalui kaman satu dan kaman 2. Kaman ialah tempat penginapan tradisional pekerja imigran india yg bekerja di sana.

Kaman satu tak ada apa sangat, tapi kaman dua terletak di atas bukit yg tinggi. Disitulah Pak mat akan memunggah getahnya. Pada satu hari, Wai mengajak dabuk menolongnya mengangkat getah. Peristiwa itu berlaku sekitar 1977, dabuk menolong bapaknya mengutip skrap getah, kemudian berehat sementara menunggu Wai mengangkat getah.

Sebelum pulang mereka menumpang minuman bekal Pak Mat. Air kopi 'o' disimpan dalam botol racun "Round-up" yang telah di bilas bersih. Mmg perkara biasa krn belum ada botol air yg berbagai jenis lebih2 lagi bersaiz besar masa tu.

Di cerun kaman dua terdapat kandang penternakan yg besar. Semasa menuruni bukit itu, basikal mereka di kejar anjing. Dalam suasana kelam-kabut itulah mereka terjatuh dari basikal. Wai dgn machonya menghalau anjing2 itu. Dabuk yg masih kecil, menangis kesakitan..

Begitulah Allah menguji hambanya untuk hanya takut padanya dan tidak yg lain pada anak2 kg krubong yg serba kekurangan. Wallahualam.

Friday, July 31, 2009

untold story of kg krubong

Pagi itu spt biasa arwah Mak long cik Nah mempelawa dabuk. "Nak ikut" katanya, ketika melintasi halaman pak mat utk ke ladang tuan. "Ladang tuan" adalah panggilan anak2 krubong bagi ladang2 luas milik syarikat conglomerat Guthrie di krubong krn rata2 ayah2 mereka adalah penoreh dan memanggil tuan george dgn panggilan "tuan".

Pada satu hari, pak mat menghulurkan sekeping envelope kosong utk digunakan sebagai bungkusan "jolokan maut" sbg angpau kenduri kawin anak tuan george.Beliau meminta dabuk utk menuliskan nama tuan george. Dabuk terkial-kial. Lobai dan iti pun tak reti juga. Berbagai ejaan terkeluar masa u, spt joz, jos dan semuanya itu merumuskan kelemahan mereka berbahasa inggeris.

Akhirnya suasana tegang itu diselamatkan oleh acip. Haaah barulah betul kata adik2nya bila melihat spelling yg betul seakan-akan berjumpa semula barang yg hilang.

Begitulah tuhan mengingatkan hambanya akan hakikat kejadiaannya yg lemah dan sg bergantung pada ketentuannya jua. Wallahualam

Thursday, July 2, 2009

untold story of kampung krubong

Sekitar 1980, rutin bergembira dan bermain dabuk menerima jalan buntu. Semuanya kerana arwah Tok Mat Sab telah meminta menemani beliau yg uzur untuk memasang dan memungut lukah ikan limbat di hari2 cuti.

Setiap kali ke kedai kasut Bata dan melihat kasut berjenama bubble gummers, pasti dabuk teringat kasut bubble gummers rayanya yg digunakan ke paya limbat. Lazimnya dabuk akan memikul karung limbat manakala atuknya akan membawa timba berisi umpan taucu yg sangat busuk dan meloyakan.Wek..

Seperti hari2 biasa adalah kepantangan mereka berbual di dalam hutan. Tapi hari itu satu perkara menakjubkan berlaku. Di penghujung laluan paya limbat , di sekitar lubuk berair hitam berdekatan kebun Arwah Nek Ada & Sidang Polek, Arwah Tok Mat Sab berhenti sebentar dan meminta dabuk yg telah pun terhuyung hayang diterjah limbat2 dari dalam karung untuk memegang timba taucu. Hanya Tuhan sahaja yg mengetahui betapa tak lalunya menghidu bau umpan itu. Kembang tekak Dabuk.

Arwah Tok Mat Sab yg uzur, dgn selambanya menebang sebatang gelam besar dan tinggi dan memikulnya keluar dan meninggalkannya di pinggir hutan itu. Semuanya dilakukan dgn mudah dan seorang diri. Dabuk hanya mampu tercengang dan jauh di sudut hatinya dia akui hanya Tuhan sahaja yg mampu melimpahkan rezeki sebegitu pada anak2 kg krubong. Wallahualam.

Sunday, June 28, 2009

untold story of kg krubong

Sesiapa yang pernah kena sengat ikan keli sajalah yg tahu bahawa semakin kecil ikan keli itu semakin power neuro toksinnya atau pun bisanya. Hari itu sekitar tahun 1979, dabuk ditimpa kecelakaan itu bila cuba menangkap ikan keli di tahang pada tebing tambun dak beng.

Kerana tak tahankan bisanya, kanak2 itu pun menangis kecil di tepi reban ayam hanya disedari sebentar kemudian oleh pak Mat. Pak Mat mencurahkan sedikit air tapai lama yg tersimpan dalam reban dan kemudiannya memberi wang sebanyak 50 sen untuk berjumpa nek nye, ibu kepada long hamid pemain biola dondang sayang kg krubong.

Nek nye menghidupkan tempat bara dan melayur batang keladi gatal. Kemudian keladi itu di balut pada jari yg luka itu dan didekatkan pada tempat bara. Beberapa lama kemudian bisa pun menghilang. Mmg itulah cara perubatan nek nye baik di sengat, ikan, lipan atau pun ular.

Nek nye berterima kasih atas sedekah 50 sen dan mengirimkan salamnya pada ayah dabuk. Katanya dapatlah beliau membeli sayur pada hari itu. Begitulah caranya beliau untuk melahirkan terima kasih pada sedekah itu.

Dabuk pula telah mempelajari cara menangkap ikan keli yg lebih selamat iaitu dgn menekap kepala keli ke dalam lumpur ataupun dgn menikam menggunakan papan kecil berpaku.

Friday, June 26, 2009

untold story of kg krubong

Pada tahun 1950an, Kg lapan, sekitar bandar Melaka agak ditakuti oleh orang ramai. Semuanya kerana terdapat beberapa samseng yg sentiasa mencari mangsa berhampiran jambatan. Sasarannya adalah wang dan barang2 yg dibeli oleh sesiapa sahaja yg kurang bernasib baik dan menjadi mangsa mereka pada hari itu.

Dan ditakdirkan Allah, Pak Mat berhadapan dgn situasi itu pada hari itu. Dari kejauhan dia dan beberapa kawannya yg dalam perjalanan ke kg Bacang, iaitu kg ayahnya, dapat melihat samseng2 itu sdg menunggu mereka di jambatan. Oleh kerana hari semakin petang, beliau pun mengambil keputusan untuk terus berjalan. Apa nak jadi pun jadilah, bisik hatinya. Kawan2 pak mat yg dah "terbebau" menengokkan samseng pula, menunggu dulu, mengharapkan yg "kasut2 hanyut" itu punggah ke rumah masing2.

Sesuatu yang luar biasa berlaku. Samseng2 itu hanya melihat saja Pak Mat berjalan di jambatan mereka tanpa sebarang gangguan dan sebentar kemudian terus beredar.

Sejurus itu kawan2nya pun mendapatkan Pak Mat dan bertanyakan kepadanya atas apa yang berlaku. Pak Mat dgn rendah dirinya pun menceritakan bahawa dia cuma bertawakkal dan mengatakan pada dirinya" Aku Allah, engkau Muhammad, manakan boleh kecil Allah dari Muhammad" Dan itulah iktikad tawakkalnya di zaman2 nya di medan perang dahulu.

Sahabatnya2 cuma melopong bila mendengar penjelasan itu dan jauh di sudut hati mereka bersyukur pada kurnia Allah yg maha pelindung. Wallahualam..

Monday, June 22, 2009

Untold story of kg Krubong

Sekitar tahun 70an, satu-satunya kedai gunting rambut di Krubong dimiliki oleh Sidang Ali, ketua Kg Krubong sendiri. Pondok itu terletak di kebun getah berseberangan dgn Klinik desa krubong. Jadi di situlah tempat bersosial bagi orang2 kampung sementara menunggu giliran untuk gunting ataupun bercukur.

Arwah Tok Doralim, hampir setiap minggu akan bercukur kepala di kedai milik anaknya itu. Kadang2 Sidang Ali terpaksa meminta kanak2 menunggu sebentar kerana baru sahaja melelapkan mata untuk berehat selepas menoreh getah.

Sidang Ali sangat suka menasihatkan kanak2 krubong untuk belajar bersungguh-sungguh di sekolah. Mana2 yg nakal akan "dibasuh" cukup2 sewaktu menggunting rambut.

Sekitar awal 80an, Sidang Ali berpindah ke tanah rancangan felda di negeri Pahang. Untuk beberapa ketika, kg krubong tidak mempunyai tukang gunting lagi..

Sunday, June 14, 2009

untold story of kampung krubong

Sekitar tahun 1980, kubah di atas bumbung pintu masuk utama masjid telah merekah dan runtuh. Peristiwa itu sungguh mengejutkan Pengerusi masjid Tuan Haji Mat "Tabung" dan Pak Ngah Di.

Bila di amati, ianya mungkin berpunca dari rekaan kubah konkrit itu yg cuma bertulangkan dawai mata punai tidak dapat menampung berat sfera kubah yang telah pun basah oleh hujan lebat pada malam itu.

Haji Mat dan sahabatnya akhirnya membina semula kubah itu menggunakan kepungan zink dan beberapa hari kemudian, kanak2 kerubong begitu "melopong" melihat kubah runtuh itu telah di bangunkan semula. Semuanya dgn tulang empat kerat orng kampungnya sendiri..Wallahualam.

Friday, June 12, 2009

untold story of kampung krubong

Veisha adalah temasya sukan dan keseniaan yg terbesar bagi masyarakat pelajar Iowa State University. Pada tahun 1994, Dabuk mengepalai sekumpulan pelajar Malaysia telah mendaftarkan pasukan bolasepak " Team Malaysia" untuk menghadapi cabaran Veisha pada tahun itu.

Pada pusingan awal, pasukan Malaysia tidak menghadapi masalah untuk menewaskan pasukan dari USA. Akhirnya Team Malaysia layak ke pusingan akhir menentang pasukan dari Mexico.

Suasana final mmg rancak dgn kerenah penyokong masing2. Beberapa pelajar tempatan, termasuk pengadil membelek2 bendera Malaysia , seakan-akan tidak percaya akan persamaanya dgn bendera USA.

Hari itu mmg sudah menjadi rezeki Malaysia. Tendangan percuma Vivekananda, bekas pemain remaja KL yang muntah oleh penjaga gol disambar dan disempurnakan oleh Dabuk untuk gol yang pertama. Permainan menjadi agak ganas bila pemain import Mexico dari Jepun mula menerjah kasar menyebabkan Amoi, midfielder Malaysia berkali-kali meminta referee memberi amaran.

Tetapi gandingan mantap Vive dan Dabuk sekali lagi menjadi bila percubaan Vive dari luar kotak di dummy Dabuk ke dalam pintu gol Mexico menjadikan kedudukan selesa 2-0.

Esoknya, skuad "Team Malaysia" begitu berbangga memakai T-shirt bertulis Veisha 1994 Soccer Champion ke kuliah masing2. Apa taknya itulah pertama dan terakhir setakat ini Team Malaysia berjaya di kejohanan Veisha. Wallahualam.

Thursday, June 11, 2009

untold story of kampung krubong

Pada sekitar tahun 50 an, balai polis Bukit Beruang di kawal oleh sekumpulan besar Home Guard dan Special constable kerana kegiatan Komunis yg bermaharajalela. Dan di antara kawasan kawalan yg paling merbahaya dan paling digeruni oleh SC ialah bukit bersebelahan yang menempatkan antenna perhubungan.

Dan ditakdirkan Allah, pada malam itu Pak Mat ditugaskan berkawal malam bersama Koperal Taib dan beberapa lagi rakannya untuk berkawal di sana. Malam itu juga sepasukan pengganas komunis telah menyerang pak mat dan rakan SCnya yang lain.

Akibatnya beberapa rakan pak mat telah tercedera. dan pak Mat sendiri terjatuh dalam suasana yg gelap dan kelam kabut itu. Pak Mat pun bergolek-golek di lereng bukit seakan-akan terkena tembakan sehingga ke bawah bukit. Nasib kesemua SC itu baik sekali kerana terdapat pagar yg memisahkan hutan dan bukit kawalan untuk menghalang komunis dari mendapatkan mereka.

Komunis kemudiannya melarikan diri bila unit home guard yang ramai bertindak balas. Dan demikianlah Allah merencanakan bagaimana Pak Mat dan rakan SC terselamat dari ambang maut di bukit bruang. Wallahualam.

Monday, June 8, 2009

untold story of kampung krubong

Penduduk kg krubong mempunyai beberapa amalan dan ritualnya yg tersendiri. Begitulah kisahnya dgn Su Sumi. Sekitar tahun 70an ibu itu diuji tuhan apabila bayinya, Arwah Rusia dijemput pulang ke rahmatullah.

Jadi setiap petang, selama 1 minggu beliau bersedekah bubur nasi bersirakan gula merah kepada kanak2 sekampungnya. Sedekah ikhlas itu begitu dihargai oleh semua kanak2, apatah lagi "pukulan" bubur itu mmg tidak akan sekali-kali disajikan pada waktu2 lain.

Selama satu minggu itu jugalah, kebanyakan kanak2 lebih banyak bermain2 di sekitar rumah Sumi. Wallahualam.

Sunday, June 7, 2009

untold story of kampung krubong

Bagi Tondak, Lobai adalah "paspot imuniti". Mak Lang Tijah akan membenarkan Tondak pergi ke mana sahaja sekiranya Lobai ada bersama. Beliau mendapat"lesen besau" itu setelah bukan saja lulus SRP, tetapi berjaya ke aliran sains bila belajar bersama2 Lobai.

Kisah ini berlaku sekitar 80an bila tondak, dak edi dan lobai begitu terkinyamkan buah jambu bol di kebun Pak Long Harun, iaitu bapa saudara lobai. Tetapi, malang tidak berbau. Sedang mereka sedang enak menjamu selera di atas pokok jambu, mereka mendapati Arwah Pak Long Haron telah muncul di kebun.

"Hoi, sapa suruh petik buah ni.? " jerkah beliau. Dak edi pun terus terjun dari dahan dan cabut sekuat hati. Zam tondak yg ketahuan hanya mampu ketawa duka dan menjawab, "Dak lobai kata boleh." Terperasan yg anak buahnya lobai turut ada, Arwah Pak Long Harun tak berkata apa, seakan membenarkan kejadian itu berlalu tanpa sebarang kesan.

Anak2 kecil Krubong itu berasa sangat lega. Tak sangka, Lobai bukan hanya "lesen besau" untuk Mak Lang Tijah, tetapi juga untuk Pak Long Harun..Wallahualam.

Thursday, June 4, 2009

untold story of kampung krubong

Hari itu Haji Ariffin bertanyakan satu soalan yg sungguh dalam. Ahli zikir itu cuba memberikan sedikit nasihat agama kpd jemaah lain. Katanya " Solat itu didirikan atas apa?". Suaranya yg bertona lembut bagaikan suram dan malap, begitu bertentangan dgn soalannya yang mmg sukar untuk dijelaskan.

Merasakan jawapan yang semakin tak kunjung tiba, Haji Ariffin pun melawak sedikit untuk mengurangkan bebanan yg ditanggung oleh sekalian sahabatnya. "Adakah di atas tikar sembahyang"? Sejurus itu barulah para jemaah berani tersenyum dan ketawa kecil.

Sufi itu mengajarkan sahabatnya tentang ilmu ehsan. Spt mana yg dijelaskan oleh hadis nabi yg intipatinya bermaksud yg ehsan itu adalah apabila kamu menyembah Allah spt kamu melihat akan Dia, dan jikalau kamu tidak dpt melihatNya sesungguhnya Dia melihat anda."

Katanya Solat itu didirikan atas "Alhamdu" atau puji-pujian. Dan seterusnya beliau pun mengajarkan bagaimanakah adab2 bersolat kepada Sang Maha Perkasa.

Anak kecil Kg Krubong, terjaga dari lamunannya. Jauh di sudut hatinya dia merapatkan syukur kepada tuhan atas kurnianya dari ilmu2NYA yg melimpah ruah.

untold story of kg krubong

Di kalangan kanak2, Dak Rani adalah ketua. Dan ini adalah kerana dia memang terhebat di kalangan mereka. Dia boleh memanjat kelapa tinggi dan handal menimba lubok2 besar. Dan yg paling tokleh di sangkal lagi ialah bila terdapat ular masa menimba, semuanya akan ditangkap beliau dgn tangan.

Oleh sebab itu, apabila dak rani mengajak untuk menimba tambun, lubok atau petak sawah semua kanak2 akan beria2 untuk mengikut.

Peristiwa ini berlaku sekitar 1980an, kali ni rakan kongsinya adalah Zam tondak. Hasil menimba taklah sebanyak mana.

Spt mana biasa, mereka pun "amai2 lai kopeng"untuk menentukan siapa yg akan mengambil dahulu ikan2 yg sudah dicuci dan ditandingkan. Dan mmg telah ditakdirkan bahawa rezeki adalah milik Tondak pada hari itu. Beliau mmg selalunya cekap bila "amai2 lai kopeng".

Dak rani kelihatan begitu kecewa, tetapi beliau tetap akur dgn cara memutuskan keadilan, tradisi kanak2 krubong itu.

Saturday, May 16, 2009

untold story of kampung krubong

Di majlis tahlil di mana kehadirannya agak kurang, kadang2 kanak2 juga akan menjamu selera sedulang bersama org2 kanan masjid kerubong spt tuan imam, Tok Ipin, dan Cikgu daud.

Jadi perkara ini sekali lagi berlaku di sekitar tahun 1981. Melihatkan kegelojohan anak2 ini terus menyenduk ambil gulai tengah, Allahyarham Cikgu Daud pun memberi sedikit tunjuk ajarnya. " Kita makan ni macam lah kayu perahu, tepi dulu baruy ke tengah", kata beliau menyuruh anak muridnya mengambil lauk yg tepi dulang dahulu.

Murid yg loyar buruk pun mengusik gurunya. "Sekarang cikgu dah ada motorbot, boleh terus ke tengah". Peristiwa itu di saksikan oleh Haji Arifin sambil ketawa kecil.

Kata Tok Ipin, dgn budak skrg, cakap kena terus terang. Beliau menceritakan bagaimana, isterinya berkias menyuruh anak jirannya supaya "menghabiskan" semua buah belimbing padahal sebenarnya beliau menyuruh berhenti tidak dapat difahami oleh kanak2 itu.

Wallahualam.

Wednesday, May 13, 2009

untold story of kampung krubong

Allahyarham Lebai Said Bin Lebai Ibrahim memang mempunyai murid yg ramai. Beliau sangat berjasa di Kg Krubong bukan sahaja sebagai guru Al Quran, malah berbagai Kitab dari tauhid, tajwid, feqah dan kitab barzanji sentiasa disyarahnya.

Pada satu petang tahun 1981, beliau didatangi murid lamanya dari Kampung Bacang. Haji Narom begitu mesra dgn gurunya. Dan sebagaimana lazimnya, beliau begitu takzim pada gurunya yg tidak lalai dari kebiasaannya memberi nasihat agama.

Anak kecil kampung krubong, terpinga-pinga sambil mengendung kitab Sheikh barzanji milik ayahnya yg sudah pun koyak rabak; kerana menunggukan peluang untuk bersama guru bagi menimba sedikit ilmu samawiyah dari Sang Maha Perkasa.

Haji Narom menginfakan sedikit wang kepada gurunya sebelum pergi. Petang itu,pada anak kecil, Lebai Said tidak putus2 melahirkan kebanggaannya pada muridnya yang masih tidak lupa pada beliau. Dan sememangnya itulah tuntutan agama, yg murid mesti beradab pada gurunya.

Wallahualam.

Saturday, May 2, 2009

untold story of kampung krubong

Banjir di Kg Krubong disambut dgn dua rasa yg berbeza setidak-tidaknya. Bagi golongan ibubapa, hujan yg turun tidak henti2 bermakna cabaran besar krn mereka tidak dpt turun menoreh getah.

Bagi kanak2 pula, inilah masanya untuk menagkap ikan dgn menggunakan tajur. Begitulah halnya juga dgn abg ani dan mahat. Mereka pun mengambil batang palas untuk dibuat btg tajur. Daunnya di potong pendek. Dan dari jauh memang susah nak bezakan dari seganit. Jadi biasanya tajur palas lebih sukar dikesan berbanding tajur buluh.

Tetapi malang tak berbau, cacing yang di cangkul memang banyak. Mahat pun mengutipnya satu persatu untuk di jadikan umpan. Ketika Mahat menghulurkan jarinya, mata cangkul yang dihayun oleh Ani, terbenam kejari mahat.

Nyah piah, terkejut besar dan membawa Mahat ke Klinik. Begitulah ceritanya bagaimana jari mahat ditakdirkan menjadi kudung sedikit. Wallahualam.

Friday, April 10, 2009

untold story at kg krubong

Pada satu hari tuan imam di datangi seorang anak muda yg pulang bercuti dari ibukota. Dari jubah dan busananya, dapatlah disimpulkan akan kecenderungannya yang tinggi pada aspek agama.

Sang muda begitu bersungguh-sungguh melontarkan cadangannya pada tuan imam masjid krubong untuk berdakwah di kampung. Dalam kesungguhannya mungkin sedikit sebanyak telah memperkecilkan usaha2 yg selama ini dilakukan oleh imam tua itu.

Setelah selesai berjemaah isyak, anak kecil kg krubong, seperti lazimnya akan berjalan pulang ke rumah bersama tuan imam. Tuan imam pun menasihatkan anak2 itu yang sekian lama menjadi jemaahnya untuk menerima apa jua sebagai ujian dari tuhan dan sebagai takdir yang terbaik dari tuhannya. Pada suruh tuhan, kita junjung , pada tegahnya kita kepong..

Wednesday, April 1, 2009

untold story of kg krubong

Hampir setiap tahun, pertandingan payung terjun ASEAN di adakan di Lpgn Kapal terbang Batu Berendam. Oleh kerana Pesawat Caribou dan payung2 terjun dapat dilihat dari langit Kg Krubong, pada tahun 1980, beberapa kanak2 pun berpakat untuk berjalan kakai ke B berendam yg terletak beberapa batu dari situ.

Perjalanan itu melalui bekas jalan keretapi lama kg batu lapan. Akhirnya selepas lebih sejam berjalan mereka pun sampai ke B Berendam.

Ciri2 keselamatan adalah agak longgar. Penonton bebas berjalan di atas padang Kapal terbang. Anak2 Pak Mat 2 beradik di marahi oleh komando Malaysia krn berbuat begitu. Beliau berkata" Pergi jauhlah, masa landing laju tau. nanti langgar".

Spt tahun2 lalu, pasukan Berunai yg ratanya komando mat salleh berjaya membuat corak cantik sebelum mengembang payung. Kemudian membentuk tandem beramai-ramai berjaya menjadi juara.

Masa pergi mmglah best. Masa nak balik sungguh meletihkan. Tetapi Allah tidak lalai dari sifatnya melimpahkan kurnia. Ketika terkial-kial kanak2 itu berjalan di tepi jalanraya, tiba2 Van sekolah arwah Pak Long Hashim kamran berhenti. Beliau menjemput kanak2 sekampungnya menumpang.

Semua kanak2 kecil tertidur di dalam van selepas mengharung perjalanan kaki yg sungguh mendera hari itu. Wallahualam.

Saturday, March 28, 2009

untold story of kampung krubong

Salah satu cerita pelik yg pernah diceritakan oleh org lama kg Kerubong ialah mengenai chempiang. Chempiang ialah kumpulan kongsi gelap China yg selalu menyamun kereta lembu yang menjadi kenderaan orang kampung untuk ke tempat-tempat jauh di sekitar tahun 30an.

Satu hari kumpulan kereta lembu kerubong telah diserang chempiang di sekitar air salak. Mereka yang dalam perjalanan ke Tg Keling menjadi agak kelam kabut.

Menurut nenek enjah, Tok Dolah dan Tok Tan Jirannya yg berketurunan jawa pun mengeluarkan seorang seekor belalang kunyit dari bakul2nya dan meletakkan ke tanah. Dengan tidak semene-mena, muncul dua ekor harimau yang sangat besar. Katanya tengkuknya berkelasa dan sangat besar. Chempiang terkejut besar. Mereka menjerit Haiya !dan lari lintang pukang.

Cerita ini mmg pelik buat saya. Namun begitu ia tidak menghalang saya untuk melihat sekeping kulit harimau kering dari cucu Tok Dolah yang menjadi peninggalan datuknya dan Harimaunya yg bernama " Lompat Pagar" itu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh2 mereka. Wallahu Alam.

Friday, March 13, 2009

Untold story of kampung krubong

Di Masjid Kampung Kerubong terdapat sebuah tabuh yang sudah berusia mungkin melebihi seratus tahun.

Kebiasaannya, pada masa dulu, tabuh akan di pukul untuk beberapa tujuan; antaranya menandakan majlis agama, sembahyang jumaat atau pun kematian. Bagi kematian pula nada paluannya agak panjang , berulang dan berterusan; berbeza dari nada paluan lainnya. Bendera berwarna hitam akan di pasang pada tiang bendera masjid.

Pada hari jumaat, Noja Wahab akan menyapu sampah di dalam dan luar perkarangan masjid, kemudian memalu tabuh dan mengibarkan bendera hijau berseni khat kalimah suci 2 kalimah shahadat.

Kini setelah bilal Md Nor dan Noja Wahab meninggal dunia, tiada lagi yang dapat memalu tabuh kerana nada paluannya telah pun dilupakan.

untold story of kg krubong

Pak Mat dan Pak Cik Hamid Kancil tidak dpt berbuat apa2. Mereka hanya mampu melihat dari bawah lori. Maslia kerbau terakhir Pak Mat terbujur kaku di atas lori kecil yg di sewa khas loeh Pak Hamid, jurulelong kerbau kg krubong.

Peristiwa yg berlaku pada tahun 1975 itu adalah gara wabak sakit kuku dan mulut yg menyerang kerbau2 kampung. Pak mat di beri izin oleh Tok Jusuh untuk menguburkan kerbaunya di kebunnya di bawah pokok durian bersebelahan rumah pak cik siron.

Apabila kerbau telah di masukkan ke dalam lubang. Penduduk kg pun melapah perutnya dan kedengaran angin keluar begitu kuat sekali se akan-akan belon besar yang sedang di bocorkan.

Anak2 kecil pak mat yg melihat mengalirkan air mata bukan sahaja kerana sayangkan maslia, tetapi juga mungkin mengerti ujian yg sedang menimpa keluarga mereka. Demikianlah perginya sumber rezeki yg dipinjamkan Allah Taala kpd mereka yg semuanya telah menjadi ketentuan dariNYA jua.

Thursday, March 12, 2009

untold story of kampung krubong

Pada hujung tahun 1982, Pak Mat mengadakan khenduri mengkhatankan 2 anaknya yang paling kecil. Dan pada masa yg sama, uteh saadiah, jirannya menumpangkan anak bunsunya, dak edi manakala Arwah Pak Cik Siron, menumpangkan anaknya, dak sahar untuk dikhatankan oleh Tok Mudim dari Kg Pulau, arwah lebai said.

Seperti kebiasaanya, lebai said menggunakan pisau, dan sekeping pengepit besi. Dan pada hari itulah berlaku satu perkara yg agak luar biasa.

Ketika beliau bersiap untuk menyesaikan kerjanya pada sahar, Tok Mudim berpengalaman ini diuji tuhan. "Pipit"Sahar menghilang dan terbenam kedalam perut. Akibatnya penyepit tercampak jatuh. Lebai Said mengeraskan suaranya dengan ayat-ayat suci Al Quran dan menghabiskan kerjanya.

Akhirnya setelah empat kali di khatankan , kerja2 ke atas Sahar dapat disudahkan. Ketiga sahabat2nya yg lain yg menyaksikan kejadian anih itu terkejut dgn peristiwa itu. Masing2 berbisik kalau sahar yang khatan dulu, aku tak akan tunggu punya. Cabut.

Sahar kelihatan sungguh keletihan dan bila ditanya, kata beliau yg kali keempat je yg berasa sakit. Wallahualam.

Tuesday, March 10, 2009

untold story of kampung krubong

Ketika menjadi askar kerahan di Singapura, Pak Mat menceritakan keberanian seorang juruterbang Jepun. Ketika itu tentera berikat sedang mengebom pengkalan udara mereka, dan di antara pesawat terlibat adalah B25 yang terkenal dgn meriam dan kapasiti bomnya.

Di tengah2 kekalutan itu, juruterbang itu masih sempat berlepas dari landasan dan terus naik menegak ke udara. Menceritakan kejadian itu pak Mat, berasa sungguh terkejut kerana pesawat itu terus menghala tepat ke perut salah sebuah dari B25 itu. Kapalterbang pengebom itu terputus dua dan terhempas serta merta.

Kemudian Pak Mat bercerita pula tentang abang angkatnya Hirata San. Di saat2 Jepun mengundur diri, katanya, beliau terserempak dgn Hirata San Di Malim, Melaka. Hirata San bertempik memanggil beliau, "Amado! Amado!" dari atas lori bermuatan tentera Jepun.

Pak Mat terus melompat masuk ke dalam Sawah dan lari sekuat hatinya. Beliau ketakutan bukan sahaja kerana telah melarikan diri dari Singapura tetapi tidak sanngup meninggalkan ibubapanya sekiranya terpaksa mengikut Hirata San Ke Jepun.

Begitulah kehendak takdir yang menemukan Hirata dan Amado dan kemudian memisahkan keduanya. Dan semuanya itu tentulah yg terbaik buat kedua-dua mereka. Wallahualam.

untold story of kampung krubong

Kalau saudara2 sekelian perhatikan, bahawa di perkarangan Masjid Kampung Krubong, terdapat sebuah meriam lama yang terletak kemas di atas tempatnya yang diperbuat dari simen. Rasa2 saya ianya diletakkan di situ lebih kurang 5 tahun yg lepas.



Meriam itu sebenarnya adalah milik Tok Baba iaitu ayah kepada Tuan Imam Ali yang diberikan kepada cucu kesayangannya yg tinggal bersamanya, Din Kembau.



Sekitar awal tahun 70an, ketika arwah Tok baba dan Nek Gamah masih tinggal di sebelah rumah Pak Mat, Din Kembau sering sahaja menembak meriam itu dgn menggunakan kabaid terutamanya di malam2 bulan ramadan. Meriam itu memang kuat dan sering bergabung dgn meriam2 buluh anak pak Mat untuk "melawan" bunyi meriam dari batu 8 yang sayup2 kedengaran merentasi sawah bendang Krubong.



Khabarnya meriam kecil itu adalah tinggalan askar2 Melaka yang sering menyerang penjajah Portugis dari Ulu Melaka. Wallahualam.

Sunday, March 8, 2009

untold story of kampung krubong

Ikan tilan, ikan tetimah, betuk palas, ikan tongsan leper dan ikan tongsan bulat adalah antara spesis ikan yang di percayai telah pupus dari sungai krubong. Antara penyebabnya adalah aktiviti menangkap ikan tidak sihat yang dilakukan oleh orang2 luar untuk menangkap ikan besar dan juga malapetaka pencemaran.

Pada sekitar tahun 1970an, beberapa kali penduduk digemparkan oleh ikan besar timbul dan "mabuk" di sungai kerana di bom oleh pencari ikan. Biasanya beberapa hari kemudian beribu2 ikan kecil spt trubol, anak tongsan terapong mati.

Tapi peristiwa, kilang getah yg beroperasi di tepi sungai melepaskan sisa industri sekitar 90an telah meyebabkan sungai itu mengalami kemusnahan hiupan yg teruk. Ikan2 kebanyakkan berkudis, terputus dan cacat teruk terkena sisa berkimia. Akibatnya kilang tersebut terpaksa ditutup.

Friday, March 6, 2009

untold story of kampung krubong

Semak belukar sawah kampung kerubong memang telah menjadi "kediaman" ular2 samada yg berbisa atau tidak. Pada sekitar tahun 70 an, keluarga Pak Mat diuji tuhan dgn ular kampung kerubong.

Pada hari tu, Jenal anak lelaki sulong Pak Mat, pulang lewat dari biasa. Ini semua gara2 kerbau2nya yang mencari makan agak jauh di hujung paya. Jenal dan kawan2nya mmg cekap menjaga kerbau. Kerana kalau terleka takut2 kerbaunya akan masuk memakan padi.

Menceritakan semula, beliau mengatakan, kerbaunya sungguh bijak. Beliau hanya akan memanggil sekuat hati "balik" maka kerbau2nya akan bergegas mengekorinya balik ke kandang kurungan di kampung krubong. Demikianlah Sang Maha Pengasih dgn limpahan rahmatNYA memudahkan pekerjaan anak2 kecil kg krubong.

Dalam senja yg berbalam-balam, beliau telah tersepak seekor ular senduk dan ular hitam itu mematuk beliau. Tidak sampai beberapa ketika, beliau pun pingsan.

Pak Mat mengejarkan anaknya ke rumah arwah Cikgu Daud untuk menumpangkan keretanya ke hospital Melaka. Dan Allah Sang Maha Penyayang tidak pernah lalai melimpahkan rahmatNYA. Beliau dapat diselamatkan.
Ikan limbat kuning spt ni pernah saya beli benihnya di ulu langat. Kemudian dipelihara di kolam belakang rumah. Tapi tenggelam oleh banjir yang melanda beberapa tahun yg lalu. Ada beberapa ekor yg dipelihara di dalam perigi. Cantik sekali bila tengok limbak berenang meliuk-liuk di dalam perigi.

Monday, March 2, 2009

untold story of kampung krubong

Pertandingan syarahan agama antara sekolah agama rakyat anjuran sekolah agama kerubong berlangsung pada tahun 1981. Sekolah agama rakyat kerubong diwakili oleh dabuk dan Taufek anak imam Tok Aki.

Apabila pertandingan semakin hampir, guru besar, ustazah Suria meminta anak2 muridnya datang ke rumahnya di cheng untuk latihan secara intensif. Pada tengahari itu kedua anak2 itu pun menumpang teksi arwah tok lambak untuk ke cheng. Walaupun mereka hanya mampu membayar tambang sebanyak 30 sen seorang, Tok lambak sangat gembira menghantar anak2 itu lebih2 lagi setelah mengetahui tujuan mereka.

Di serambi rumahnya, ustazah memanggil jirannya seorang tua berketurunan arab yang hanya di panggil to Sheikh. Tok Sheikh mengangguk2 dan tersenyum bila mendengar bait2 arab dari petikan kitab suci Al quran dan hadis junjungan nabi. Beliau tidak putus2 memberi serba sedikit nasihat agama kepada kedua anak itu dan berjanji untuk sering mendoakan kedua anak2 itu.

Dan Allah yang maha pemurah melimpahkan trahmatnya kepada sekolah kerubong. Dabuk dgn syarahan bertajuk "persaudaraan di dlm islam" menjuarai pertandingan dan Taufek pula menjadi naib johan. Tok Sheikh, Guru besar, Cikgu Sarip dan Cikgu Daud yg duduk di baris hadapan tersenyum gembira.

Kanak2 itu begitu terperanjat menerima hadiah Quran Tafsir HA mahmud yg memang menjadi idaman mereka selama ini. Rupanya2 ustazah Safiah telah merancang perkara itu lebih awal. Allah lah sahaja yg dapat mem,balas kebaikan mereka semua. Amin.

Sunday, March 1, 2009

untold story of kampung krubong

Menjala beramai2 adalah cara terbaik untuk memerangkap ikan besar spt kalui, tongsan, lekoh atau toman. Selalunya bila musim kemarau lubok2 ikan besar spt selekoh, lubuk putat atau lubok si dolah akan di kunjungi penjala2 ikan yg handal spt acip, wak mail jawa, pak lang cepet, budin, pak cik rahim, wahab utan dan yg terhandal sekali ialah jali melikai.

Ikan2 yg ketakutan akan cuba melarikan diri dari lubuk bila begitu banyak jala2 ditebar di sekitar lubuk. Dan di saat itulah, rizki Allah akan dilimpah di sg kerubong. Tiada siapa pun akan berasa iri hati bila mana jala sahabat mereka di pukul ikan besar kerana mereka tetap mengerti yg rizki itu pemberiaan sang maha pemurah.

Tetapi lubuk selekoh ada jaring apollo di dasarnya, putat ada balak kayu manakala si dollah banyak gabin. Oleh itu hanya penyelam yg handal yang akan dpt membawa naik jala nyang dipukul ikan besar.

Menjala seorang diri mmg bukan idea yg baik. Pak Cik Rahim pernah terjumpa rambut terumbai-umbai di air. Mail Jawa terbawa naik mayat budak dan jala long mansur tergunting pendek di lubuk selekoh. Inilah warna2 kehidupan penjala ikan di sg krubong.

Wednesday, February 25, 2009

untold story of kampung krubong

Perlawanan bolasepak persahabatan antara Kg kerubong dan Kg Rumbia pada tahun 1984 yg berlangsung di padang SK Krubong mmg tak dpt dilupakan.

Apa taknya, game anjuran kanak2 remaja yg diterajui oleh Saudara man pak haji, akhirnya menjadi begitu serious bila begitu ramai pemuda2 dan org tua krubong turun padang untuk memberi sokongan. Antaranya adalah raja2 bola kerubong seperti Abg Isa samad, kalui dan parman.

Rumbia pula di ketuai oleh dak candu dtg beramai2 dgn menunggang basikal. Perlawanan mmg betul fight dan 50-50 lebih2 lagi candu mmg kebal bila bola 50-50.

Kecewa dgn aksi hambar adiknya, dak edi, abg isa pun menjerit kpd adiknya, "kalau mcm ni kau main, lain kali jgn main lagi!!" Adiknya menikus ketakutan.

Akhirnya nasib menyebelahi kerubong bila cubaan man pak haji terkena tangan candu dan memberikan sepakan penalti yg akhirnya disempurnakan sendiri oleh beliau.

Candu yang terkilan dgn perlawanan itu meminta re-match di Rumbia. Tapi setelah begitu ramai sokongan dari pemuda kg, man pak haji dan rakan2nya pun cuak juga hendak menyambut cabaran candu.

Tuesday, February 24, 2009

untold story of kampung krubong

Bagi saudara yang tak kenal ikan limbat. Gambar di sebelah ini adalah ikan limbat yg berjaya di tangkap di Tasik Puncak Alam Selangor. Dan masih terdapat banyak spesies ini di paya gelam kerubong. Pemasang lukah terakhir, arwah Baba Makmin telah pun kembali ke rahmatullah beberapa hari yang lalu.

Persoalannya masih adakah lagi anak kerubong yang mampu mengeluarkan hasil dari paya kerubong ini selepas beliau.

Wallahualam.

Sunday, February 22, 2009

untold story of kampung krubong

Anak2 Pak Mat memang rata2nya mahir dgn Sungai Krubong. Dan lazimnya, yang abang akan menjala ikan dan adiknya akan membawa kumbu berisi ikan. Dan apabila mereka selesai menjala , mereka akan mandi-manda sambil mengisai jala dari lumpur dan sampah di lubuk baba temberang yang cetek dan berpasir. Pada masa itulah Dak wai akan membersihkan adiknya lobai atau dabuk sambil mengajar berenang.

Tapi hari itu agak berbeza, kerana hari sudah agak petang. Mereka menjala ikan terubol di lubuk putat. Ketika ke seberang sana Dak wai membawa dabuk dan Malik adik sepupunya. Apabila telah selesai Wai cuma membawa dabuk semula keseberang.

Malik yang ketakutan menjerit meminta Wai dan acip untuk menemaninya berenang kembali. Tapi, Wai yg mmg agak nakal pun sahaja aja tak mau.

Akhirnya, Malik pun nekad. dia berenang sambil kepalanya terbenam ke dalam air, satu2nya cara berenang yang dia tahu. Akhirnya, Malik berjaya merentasi Lubuk Putat yang terkenal dgan lubuknya yg berteluk dan dalanm. Semuanya atas galakan cara paksa dari Wai.

Sunday, February 8, 2009

untold story of kampung krubong

Tok uti adalah antara orang tua berketurunan jawa di Krubong. Tertarik dgn silat jawa yang di ajarkan pada dak ali anak baba makmin, yg juga cucunya, maka beberapa kanak2 pun dtg meminta beliau mengajarkan silat pengantin jawa itu kpd mereka.

Ketika meminta jasa baik org tua itu sedang memupuk baja dan tanah di pangkal pokok pisangnya. Tok uti pun bersetuju dan beliau pun melakarkan kotak besar di atas tanah kebunnya itu menggunakan sebatang ranting. Kadir, bakar , lobai dan dabuk pun di suruh berjalan itik mengelilingi kotak besar itu sambil berlatih menumbuk angin secara bersungguh-sungguh. Kata beliau sebelum bersilat mestilah mempunyai kuda-kuda yg kuat.

Selepas beberapa pusingan kesemua anak2 itu merana kerana keletihan. Beberapa petang kemudian kedatangan berkurangan kerana kanak2 tidak tahan dgn latihan kuda2 dan semangat yg semakin berkurangan kerana bakar mengatakan Tok uti mana ada silat.

Akhirnya Tok uti pun memberhentikan pembelajaran kerana kurangnya semangat muridnya yang terkial-kial menamatkan kotak kuda2.

Hanya tuhan saja yg mengetahui betapa sedihnya beberapa muridnya yg masih beriya-iya untuk menyamai kemahiran dak ali dgn silat pengantin jawanya ketika itu.

Saturday, February 7, 2009

untold story of kampung krubong

Majlis tahlil setiap malam jumaat di masjid kampung krubong sekitar tahun 70an dan 80an di pimpin oleh arwah imam Harun. Dan kebiasaannya, juadah hidangan selepasnya adalah sangat ala kadar iaitu beberapa piring goreng pisang nangka dan secerek air teh. Air teh biasanya dibuat sendiri oleh Arwah bilal md nor.

Oleh krn anak qariahnya yg rata2nya susah, Pak Hamid, pemandu teksi kg, sering menceriakan kanak2 di masjid degn sedekahnya spt roti canai atau roti jala untuk majlis tahlil.

Di hari2 bilal Md Nor uzur dan tidak berjemaah, imam akan meminta anak buahnya, dabuk membawa cerek masjid dan sehelai duit 1 ringgit ke kedai Arwah Hassan Baghdad untuk membeli teh. Setiap kali ke sana, Isteri Tok Hasan mmg pemurah, beliau akan membuat air sepenuh cerek dan bersedekah kuih muih dari kedai kopinya.

Keliru dgn sedekah itu, Dabuk bertanya pada bapa saudaranya, kerana di kedai lain, teh di sukat mengikut gelas, 1 Ringgit hanya akan dpt 5 atau 6 gelas yang akan dikongsi imam bersama jemaah lain. Menurut imam, Hassan itu org baik. Mereka pernah belajar agama di Singapura bersama.

Pada zaman itu juga, Pak Hassan sering melahirkan rindunya untuk ke masjid dan beliau sering menceritakan rasa itu kepada sahabatnya tuan imam. Ketika menceritakan peristiwa itu, tuan imam kelihatan sugul kerana sahabatnya sudah mulai jarang menjadi jemaahnya. Dia menasihatkan anak buahnya tentang istiqamah beribadat.

Dan Allah sang maha perkasa sahajalah yang memegang janji hamba2nya. Pak Hassan di jemput ke sisiNYA pada pagi jumaat di tahun 1981. Mudah2an Allah menghargai rindu hamba2nya yang selalu mengingatiNYA.

Saturday, January 31, 2009

untold story of kampung krubong

Dalam kelas2nya ustazah Safiah sering mensyarahkan akan pentingnya menyayangi orang2 yang menyayangi tuhan. Tapi tarbiahnya pada petang itu mengenai seorang Guru agama di Masjid Kampung Hulu di bandar Melaka begitu menusuk atma Meran dan Dabuk.

Pada hari Raya kedua 1980, kedua sahabat baik itu pun membuat keputusan untuk menziarahi kubur Guru agama itu. Menyedari hasrat murni kedua-dua kanak2 itu, ibu2 mereka pun membekalkan sedikit wang untuk tambang dan belanja dari kampunu Krubong ke Masjid Kampung Hulu.

Pusara Guru itu terletak disebelah kanan mehrab imam. Kedua-dua sahabat berasa sungguh rendah hati dan memuji kebesaran Sang maha pencipta bila mendapati kuburan itu berbau sungguh harum hanya di atas tempat bersemadinya guru itu. Sementara jika beralih sedikit dari situ ia tidak lagi berbau harum. Inilah yg menjadi tanda2 kebesaran tuhan di hati kedua-dua kanak2 itu.

Sesudah selesai melawat Masjaid kampung hulu, mereka pun pulang dan makan mee rebus di kedai arwah Tuk Wahid. Pak Cik Borhan ayah meran, ketawa gelihati, kerana begitulah banyak kedai di bandar melaka, kenapalah kena makan kat kerubong juga.

Friday, January 30, 2009

untold story of kampung krubong

Setiap pagi di markas tentera Jepun, semua askar akan berbaris dan menyanyikan lagu Jepun. Namun pagi itu, Pak Mat ditakdirkan menerima musibah besar.

Semuanya bermula ketika beratur, seorang sahabatnya telah terkentut dgn kuatnya ketika dalam barisan. Apa lagi beberapa askar termasuk Pak Mat pun ketawa kecil kerana geli hati.

Malangnya, kejadian itu disedari oleh Pegawai Jepun pada pagi itu. Dia berasa sangat marah dan bertanya siapa yg ketawa. Tetapi tiada siapa yg berani mengaku kerana akibatnya nanti sangat buruk.

Kata Pak Mat, ".Muka orang bersalah tentulah nampak lain" Apabila pegawai memeriksa satu-persatu dia pun menarik satu persatu mereka yg bersalah.

Menurut Pak Mat, Pegawai itu berkata dalam bahasa jepun, "Emak bapak kamu tidak mengajar kamu dengan baik, jadi aku hari akan menjadi bapa kamu dan aku akan mengajar kamu untuk hormat"

Semua mereka di panggil ke bilik hukuman. Satu persatu di rotan dgn dahsyatnya oleh pegawai Jepun. Kata Pak Mat kebanyakkan mereka telah terkeluar air besar bila libasan ketiga, dan pengsan kemudiannya.

Dari riak muka, dapat dirasakan peristiwa itu merupakan mimpi ngeri untuk beliau sehingga hari itu.

Thursday, January 29, 2009

Untold story of Kg Kerubong.

Kata orang rezeki itu di tangan tuhan. Kadang2 makanan yang sedang disuap pun boleh terjatuh dari tapak tangan. Begitulah takdir Sang Maha Pemurah untuk pak Mat pada hari itu.

Pagi itu guni yang dibawa oleh beliau begitu padat berisi limbat. Malah beliau dapat merasakan limbat dalam guni yang di ikat di atas karia basikalnya bergerak2 dan meronta-ronta.

Sesampainya di Malim, tiba2 guni itu tidak lagi dapat menampung terjahan limbat2 dan terus terbalik ke atas jalanraya. Limbat2 terus melambak di atas jalan.

Pak Mat begitu terkejut dgn kejadian itu. Beliau hanya mampu melihat kereta lalu-lalang melanyak ikan2 limbat yang menjalar di atas jalan tar Malim itu.

Meskipun kejadian itu berlaku lebih 30 tahun dahulu, Pak Mat merakamkan bunyi limbat " lecak-lecuk di gelek tayar kereta, seakan-akan peristiwa itu baru sahaja berlaku semalam. Demikianlah Allah menentukan rizki setiap hambanya adalah bergantung pada iradatNYA semata-mata.

Tuesday, January 27, 2009

untold story of kampung krubong

Limbat biasanya dijual di pasar Melaka. Telah beberapa hari Tokeh pasar itu membuat "perangainya " kepada hasil jualan pak mat yang banyak. Tidak semua limbat yang dibawa ditimbang oleh tokeh. Mana2 yg melingkar dan merayap cuba melarikan diri, ditangkap dan diambil terus oleh tokeh itu.

Menyedari dirinya dizalimi, Pak Mat bertanya, mengapa limbat itu tidak ditimbang untuk dikira bersama. Tokeh tu dgn selamba menjawab bahawa itu untuk mengurangkan kerugiaanya nanti krn sementara menunggu limbat dijual, limbat akan kehilangan berat kerana akan kehilangan berat badan.

Pak Mat pun cuba berfikir panjang bagaimana untuk "menyekolahkan" tokeh itu atas sifat tamaknya. Lalu keesokkan harinya, pak mat pun menyumbat mulut beberapa ekor limbatnya dgn lumpur. Apabila Tokeh itu tersedar akan perkara itu, dia terus melenting dan memarahi Pak Mat.

Tapi dgn selambanya memberitahu, bahawa lumpur itu untuk mengurangkan kerugiaan beliau kerana dalam perjalanan ke pasar, limbat akan kehilangan air dan berat badan.
Semenjak hari itu tokeh itu terus tersedar dan tidak lagi menganiaya penat jerih Pak Mat.

Thursday, January 15, 2009

Untold story of Kg Kerubong.

Pada tahun 1975, teratak usang Pak Mat didatangi seorang terlalu istimewa. Khabarnya beliau adalah saudara kepada isteri pak mat. Berasal dari linggi, Tok Said nampaknya seorang warak & kuat beragama

Setibanya di rumah,Tok said menyerahkan satu bungkusan kain berisi sedikitberas dan sedikit ikan kering dan cili belacan. Dia menginfakan kpd keluarga PakMat dan isteri Pak Mat yang mesra benar dgn Datuk Saudaranya menerimanya dgn senang hatinya.

Pada malamnya Tok Said yang menumpang di rumah ibu, didapati menghabiskan sebahagian besar malamnya dgn beristiqamah dgn zikir dan mengingati Allah. Pak Mat pula berjemaah subuh bersama beliau dan menerima serba sedikit nasihat agama beliau pagi itu.

Dabuk anak pak mat, terlalu ingin tahu dan bertanya kpd ibu. Kata ibunya, Haji said itu orang alim. Makanannya itu bukan sahaja krn tak ingin menyusahkan tuan rumah, malah kerana warak beliau supaya rezekinya tetap yg halal. Pesan ayahnya, supaya sentiasa memberi wang tambang kpd haji said sekiranya dia dtg ziarah.

Semoga Allah menempatkan keduanya bersama orang2 yg soleh. Amin.

Wednesday, January 7, 2009

Untold story at Kg Kerubong.

Seperti Tok Mat Sab, arwah Tok Mat Derus juga di datangi Penghulu. Salah seorang dari 3 anak lelakinya bakal di ambil sebagai rekrut tentera Jepun. Dan kali ini Long Dol, anak sulungnya, memikul tanggung jawab itu demi adik-adiknya yg masih muda.

Kalau Pak Mat Di hantar ke Singapura, Long Dol pula mengalami nasib yg tidak kurang parahnya. Beliau di hantar mengawasi buruh pembinaan landasan keretapi di hutan2 Burma untuk memberi laluan menakluki India.

Hari2 di situ juga penuh dgn kematian. Bagi tentera, mereka bernasib baik kerana di beri makan nasi. Bagi buruh2 malang, mereka terpaksa memakan kepingan sagu rumbia untuk mengisi perut. Sesekali, Long Dol secara diam2 memberi sedikit nasi pada mereka.

Apabila perang sudah berakhir, beliau pun berjalan pulang ke Krubong. Nasib beliau juga baik kerana, sepanjang perjalanan beliau banyak mendapat pertolongan dari orang awam.

Akhirnya, apabila beliau sampai ke rumahnya, ibunya juga sangat terkejut bila menerima kembali anak yg disangkanya telah meninggal dunia di medan perang.

Tuesday, January 6, 2009

untold story of kampung krubong

Setiap hari di Singapura penuh dgn kematian dan kecederaan. Dan pada satu hari salah seorang kawan baik Pak Mat telah tercedera di bahagian mata akibat amukan pesawat berikat. Tentera jepun telah putus bekalan perubatan kerana terlalu banyak kapal bekalan mereka yg tenggelam.

Semakin lama luka yang kecil menjadi parah dan kedua-dua mata membengkak dan menanah. Pak mat merasa susah hati ketika menyuap sahabatnya makan nasi kerana beliau dpt merasakan sahabatnya spt ramai lagi tentera yg cedera akan mati kalau dibiarkan terlantar begitu saja.

Dgn penuh tawakkal, beliau berserah bulat2 kepada Allah dan memupuk daun keledek yang digiling halus ke mata kawannya. Sejurus ubat buatan sendiri itu dipupuk, sahabatnya berkata bahawa matanya rasa sungguh sejuk sekali.

Dan Allah Sang Maha Pengasih , melimpahkan rahmatNYA. Daun keledek akhirnya menjadi penyambung hayat. Lama-kelamaan sahabatnya pulih dari kecederaan dan sangat2 terhutang budi pada Pak Mat yg berminggu2 merawat dgn menyuap makanan dan memandikan beliau.

Ketika Pak Mat menceritakan kisah ini, beliau merasa sgt terharu dan tertanya-tanya samada sahabatnya yg berasal dari Kedah itu masa hidup atau pun sudah meninggal dunia, kerana mereka terpisah di saat-saat terakhir mereka terselamat dari Singapura.

Friday, January 2, 2009

Untold story of kg krubong

Di Krubong, banyak terdapat burung punai dan itik air yang menjadi buruan pemburu2 spt cikgu daud, pak ngah di dan pandak dengkel.

Tempat pemburuan utama adalah di belakang rumah Dolah Pak Takin yag merupakan paya gelam. Biasanya punai akan bersarang di pokok kelat atau gelam.

Apabila burung punai melintasi persembinyian mereaka, Cikgu daud akan meledakkan senapang laras dua dan Pandak Dengkel, tukang kebun Sek krubong akan memungut dan menyembelih burung tersebut.

Oleh kerana kanak2 yang ramai mengerumuni, biasanya punai lebih dahulu di kutipi oleh mereka. Punai dapat dikenali dgn cara terbanngnya. Biasanya syayapnya akan melebar dan menguncup lama sedikit sebelum melebar semula.

Dan oleh kerana terbangnya berkawan, sesekali, sedas tembakan dpt menjatuhkan lebih dari seekor punai.

Ketaksuban Manan, anak pak dolah dgn kebolehan pandak dengkel menyembelih, menyebabkan beliau menunjukkkan kepandaiannya kpd kawan2nya. Pada satu hari, mereka dikejar oleh Mat kompret kerana menangkap anak ayam baru menetas untuk disembelih ala-ala pandak dengkel.

untold story of kampung krubong

Pada tahun 1976, kementerian kesihatan sering menghantar pekerja untuk menyembur DDT ke dinding-dinding rumah untuk mengawal nyamuk dan penyakit berkait rapat dgn nyamuk.

Pada masa yg sama kerajaan juga memberi benih2 tembakau sebagai tanaman penambah pendapatan penduduk krubong. Jadi Tok Mat Sab juga tidak ketinggalan untuk menanam tembakau di kebunnya berhampiran tok nagor dan perigi.

Apabila tembakau sudah membesar, daun-daun awal dijual di kilang tembakau Bacang. Daun terkemudian dan yang dimakan ulat pula tidak laku krn tak berkualiti. Jadi Tok Mat Sab yang memang merupakan pengguna cerut paling utama di krubong pun menjemur dan membuat cerut resepinya yg tersendiri.

Pengawal nyamuk kementerian pun diberi sebatang dari koleksi cerutunya yang terbaik. Apa yang berlaku selepas itu ialah, pengawal tersebut telah terus tertidur di serambi rumah tok mat sab selepas menikmati cerutu yang tersangat kow itu.

Budak yang lalu lalang cuma mampu tersengih melihat kejadian itu dan mengkagumi kemahiran tok mat sab mengadun gulungan daun-daun tembakau tanamannya sehingga menjadi cerutu sekeras itu.