Sunday, June 28, 2009

untold story of kg krubong

Sesiapa yang pernah kena sengat ikan keli sajalah yg tahu bahawa semakin kecil ikan keli itu semakin power neuro toksinnya atau pun bisanya. Hari itu sekitar tahun 1979, dabuk ditimpa kecelakaan itu bila cuba menangkap ikan keli di tahang pada tebing tambun dak beng.

Kerana tak tahankan bisanya, kanak2 itu pun menangis kecil di tepi reban ayam hanya disedari sebentar kemudian oleh pak Mat. Pak Mat mencurahkan sedikit air tapai lama yg tersimpan dalam reban dan kemudiannya memberi wang sebanyak 50 sen untuk berjumpa nek nye, ibu kepada long hamid pemain biola dondang sayang kg krubong.

Nek nye menghidupkan tempat bara dan melayur batang keladi gatal. Kemudian keladi itu di balut pada jari yg luka itu dan didekatkan pada tempat bara. Beberapa lama kemudian bisa pun menghilang. Mmg itulah cara perubatan nek nye baik di sengat, ikan, lipan atau pun ular.

Nek nye berterima kasih atas sedekah 50 sen dan mengirimkan salamnya pada ayah dabuk. Katanya dapatlah beliau membeli sayur pada hari itu. Begitulah caranya beliau untuk melahirkan terima kasih pada sedekah itu.

Dabuk pula telah mempelajari cara menangkap ikan keli yg lebih selamat iaitu dgn menekap kepala keli ke dalam lumpur ataupun dgn menikam menggunakan papan kecil berpaku.

1 comment:

peminatmu said...

Tapi Dabuk skrg dah hebat....dah jadi pembela ikan keli dalam kolam blkg rumah di krubong!