Tuesday, October 25, 2011

Untold story of kg krubong

Teks ucapan ayah pengantin alum

BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Yang saya kasihi Adinda saya Tuan Haji Zainal Haji Ahmad iaitu ayahanda pengantin Lelaki, Mazby Zubir Khairul Nazri Bin Hj Zainal. Yang saya kasihi Puan Hajjah Norlela Haji Zubir
Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekelian.

| SELAKU ABANG IPAR KEPADA BAPA PENGANTIN, DI KALANGAN KELUARGA BESAR KAMI, SAYA TELAH DITUGASKAN UNTUK MEMBACA TEKS UCAPAN KASIH DAN PENGHARGAAN KEPADA PARA HADHIRIN, MEWAKILI KELUARGA PENGANTIN LELAKI |

Sekalung budi setulus hati dari saya dan isteri saya serta keluarga, di atas kesudian Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang hadir bagi menyerikan lagi majlis persandingan anakanda saya, Mazby Zubir Khairul Nazri dengan pasangannya Nafisah Haji Mazlan pada petang ini. Budi baik semua akan kami kenang selama-lamanya.

Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada rombongan pengantin perempuan yang diketuai oleh Yang dihormati Tuan Mazlan Mad Amin dan isteri Puan Hajjah Murah binti Salimin diatas kesudian untuk bersama-sama meraikan majlis ini.Tidak lupa saya ingin menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih saya kepada sekelian yang hadir di dalam dewan yang mulia ini. Saya bagi pihak keluarga menyatakan rasa syukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan keberkatan limpah kurnia dan izin dariNya, kami telah menerima seorang lagi ahli dalam keluarga BESAR kami. Semoga dengan kehadirannya, akan bertambah2lah keceriaan dan berbahagia untuk selamanya.

Saya memohon jasa baik daripada para hadirin sekelian, untuk sama-sama mendoakan supaya dilimpahkan keberkatan dan kebahagiaan serta dimurahkan rezeki buat pasangan mempelai hingga ke akhir hayat. Kepada kedua anakanda tersayang ayahanda bagi pihak semua ahli keluarga ingin menyampaikan sedikit pesanan buat panduan anakanda melayari bahtera hidup bersama.
Kepada anakanda berdua hayatilah maksud tersirat dalam ungkapan2 emas berikut:
Adat orang bersuami isteri,
Pahit manis sama dirasa,
Dalam surut - ada pasangnya,
Dalam susah - ada senangnya,
Dalam sempit - ada lapangnya.

Kalau sedikit, sesudu seorang,
Kalau banyak, sesenduk seorang,
Kalau untung, sama-sama timbul,
Kalau rugi, sama-sama tenggelam.

Kalau tebu, SERUAS seorang,
Kalau nangka, SEULAS seorang,
Payung satu, sama berteduh,
Perahu satu, sama menyeberang.

Makan sepinggan,
Minum secawan.
Duduk setikar,
Tidur sebantal,
Sama melangkah seiring sejalan.

Mudah-mudahan....
Kasih abadi subur sentiasa,
Dendam berahi sepanjang masa.
Sayang kekal sampai kiamat, Cinta tak putus sepanjang hayat.

Kepada keluarga besan saya iaitu Yang Dihormati Haji Mazlan bin Mat Amin dan isteri diharap dapatlah jua kiranya sama-sama memberikan teguran, panduan, tunjuk ajar serta bimbingan kepada anakanda saya Mazby Zubir Khairul Nazri supaya menjadi seorang suami dan bapa yang terbaik demi kebahagiaan rumahtangga yang mereka baru bina ini. Juga ianya menjadi jembatan dalam mengeratkan lagi tali persaudaraan yang terjalin.


Sebelum mengakhiri ucapan, saya mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada kedua ibu dan ibu mertua, semua adik beradik, saudara mara dan sahabat handai dan tidak lupa kepada SEMUA yang telah sudi bersama-sama, menjayakan majlis menyambut menantu kami ini. Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada Pengurusan MITC diatas segala kerjasama dalam menjayakan majlis ini... maklum sahajalah Mazby adalah ANAK TUNGGAL KAMI! Saya juga mengucapkan terima kasih kepada sesiapa saja yang terlibat yang namanya tidak sempat saya sebutkan. Terima kasih daun keladi, ada rezeki berjumpa lagi.

Kepada para tetamu yang kami muliakan, jutaan terima kasih di atas cenderahati dan ucapan tahniah yang kami terima daripada hadirin sekelian yang amat kami hargai.

Di kesempatan ini kami menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat apa-apa jua kekurangan di sepanjang majlis ini berlangsung.

Kami memohon maaf :
KALAU
Kuah terlebih garam,
Gulai terlebih pedas,
Manisan terlebih gula,
Nasi ada yang mentah!
Kalau ada wajah yang tersalah pandang
Kalau ada nama yang tersalah sebut
Kalau ada gelar yang tersalah ucap, Kalau ada duduk disalah tempat
Saya dengan rasa rendah hati, memohon ampun dan maaf dan sebelum mengundurkan diri saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun,

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek bawa ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Untold story of kg krubong

TEXT MC kenduri Alum
MENGUMUMKAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan pasangan raja sehari Mazby Zubir Khairul Nazri & Nafisah Hj Mazlan masuk ke dewan diiringi oleh rombongan keluarga pihak perempuan daripada Parit Perawas, Sungai Rambai Melaka.

Note: Pengantin dah duduk kat atas tempat makan beradab

KETIBAAN TETAMU DAN JEMPUTAN


Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah bersarang di pohon buluh,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah bersusun jari sepuluh.

Batu kecubung berwarna ungu,
Ditatah berlian batu bermutu,
Adat Melayu menyambut tetamu,
Hamparkan tikar lebarkan pintu.

Orang ke laut menjala udang,
Petang hari pasang pelita,
Yang ditunggu sudahpun datang,
Yang dinanti sudahpun tiba.

Assalammualaikum w.b.t, saya, Azlin binti Sabtu beserta pasangan saya, Azmi bin Ahmad bagi pihak keluarga kekanda Tn Haji Zainal Bin Haji Ahmad dan isteri Puan Hajah Norlela Binti Zubir dengan berbesar hati mengucapkan selamat datang kepada semua jemputan yang sudi hadir ke Majlis Perkahwinan Mazby Zubir Khairul Nazri Hj Zainal dan Nafisah Hj Mazlan.

Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakna dan menyerikan lagi majlis pada hari ini.


Allah swt berfirman di dalam surah Al-Rum ayat 21:
Maksudnya
Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan - keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.




BACAAN DOA DAN SELAWAT

Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Dengan ini, majlis mempersilakan En Hamzah Haji Ahmad yang juga ayahanda saudara bagi pengantin lelaki bagi membacakan doa, dipersilakan
……………………………………………………………..

Terima kasih diucapkan.


UCAPAN

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan ini, majlis mempersilakan Tuan Haji Sabtu bin Md Ali, ayahanda saudara pengantin lelaki untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

................................................................................



Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada ayahanda saudara tercinta mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T.






Aduhai Mazby dan juga Nafisah
Janganlah risau janganlah gundah,
Ambik senang ambik mudah
Pesan tok imam dalam khutbah nikah,

Sentiasa waras dalam susah
Jgn seperti retak menunggu belah
Rahsia di rumah jgn di bawa ke tanah
Didengar org dek jadi fitnah
Banyakkan sabar banyakkan tabah
InsyaAllah rukun damai serumah-rumah.



MAKAN BERADAB

Dari Melaka ke Negeri Kedah
Sedap sungguh masakan utara
Doa sudah, ucapan pun sudah,
Jemput hadirin menjamu selera.

Para hadirin sekalian, silalah menjamu selera, usah malu, usah segan, tak cukup sepinggan, kita minta nasi tambahan. Dipersilakan semua.


PERSEMBAHAN CD

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu


Untuk pengetahuan Hadirin sekalian, pasangan pengantin merpati dua sejoli kita ini sudahpun berkenalan sejak dibangku sekolah lagi. Bagi berkongsi, suka duka, kasih-cinta, pahit manis perkenalan mereka sehinggalah diijabkabulkan marilah kita bersama-sama menonton persembahan multimedia yang telah disediakan.




**BIOLA*

Hadirin sekalian, kita amat bertuah pada hari ini kerana bersama kita ada seorang pemain biola yang handal. Dengan itu, saya menjemput saudari____NADIA IRINA untuk mengasyikkan kita dengan alunan merdu gesekan biolanya. Dipersilakan


Note : Tgk bila pengantin dah habis makan

UPACARA MEMOTONG KEK

Makan sudah,
Minum pun sudah,
Pembasuh mulut sudah dinikmati..

Sudu dan garfu sudah diletakkan,
Tangan yang berkuah sudah dibasuh,
Bibir yang berminyak sudah dilap..

Dijemput pasangan mempelai untuk ke hadapan untuk memulakan upacara memotong kek.


BERSURAI

Inilah yang dikatakan,
Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan majlis pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Dijemput hadirin sekalian untuk terus menjamu selera.

Dijemput juga pengantin dan keluarga kedua dua belah pihak untuk ke pentas bagi sesi bergambar.

Sekian, Wabillah hitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum W.B.T

Wednesday, September 21, 2011

The untold story of kampung Krubong

Minggu lepas, dalam perjalanan pulang dari berhari raya di rumah Pak Su Mat Nor di TTDI, bapak mertua aku pun bercerita tentang kedai senjata api di pekan kajang. Beliau hendak membeli selaras senapang patah dua laras boleh membantunya. Laras kedua penting sekiranya dia ke dusun dan terpaksa menembak binatang spt ular kempas.

Selepas itu beliau bercerita tentang ular kempas atau pun Tedung selar di kampungnya di kampung sungai Kechil Ilir, Nibung tebal. Cerita berlaku lebih 30 tahun dahulu bagaimana tok andak meninggal di patuk ular kempas yang garang di kebun getahnya di bukit pancor.

Menurut mereka yang tersepa ular itu sebesar betis dan berwarna coklat kehitaman dan sangat garang. Arwah Tok andak di patuk di belakang bahu. Bapak yg di panggil orang pun berlari ke kebun getah dan menatang dan mendokong arwah tok andak dan terus ke rumah pawang ular kg sg kecik. Selepas, beliau berkata sudah terlalu parah dan tak boleh diselamatkan lagi.

Mmg bisa sungguh toksin kempas. Tuk andak cuma bertahan dua jam. Bahunya lebam kehitaman . Mulutnya berbuih darah. Permintaan akhirnya sebelum meninggal di pangkuan bapak supaya diberikan sedikit air kerana terlalu haus. Ketika mengangkat mayatnya untuk dikebumikan, terkeluar sedikit suara yang terperangakap ketika tertekan peti suara arwah.. Begitulah Allah taala menunjuk tanda kebesarannya menciptakan makhluk yang sebisa ular kempas..Wallahualam.

Saturday, August 13, 2011

untold story of kg krubong

Dak Edi, zam tondak dan lobai sejak beberapa minggu yg lalu bertungkus lumus dalam group study utk menghadapi peperikasaan SRP pada tahun 1986. Mereka sama2 bersekolah di sek tun hj abd Malik, tg Minyak Melaka sebagaimana kebanyakan kanak2 lain dari kg krubong.
Kali ini giliran dak edi pula menjadi tuan rumah. Lobai pun menguji kefahaman edi untuk pelajaran agama islam. En Dedi ni mmg kelakar bila menjawap soalan. Lobai pun bertanya: " di apakah ertinya mukjizat"

Dedi yg gugup pun menjawap..ala nanti dulu..nanti dulu.. aku ingat ni... aaah pada zaman dahulu ahli sihir berkeliaran...ala apa bai..ala..yg tongkat jadi ulau tu....

Zam , dedi dan lobai tergelak besau...mmg kegugupan dedi menjadi hiburan mereka bertiga hari itu..Begitulah keadaannya kanak2 kerubong yg tetap cuba untuk belajar dalam keadaan yg serba kekurangan..Wallahualam..

Saturday, July 2, 2011

untold story of kg Krubong



2 minggu lepas, Dabuk bergegas untuk menghantar anak saudaranya Naufal ke KLIA. Naufal berlepas malam itu untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Marine engineering di st Petersburg,Russia. Kapalterbangnya ke Frankfurt, Jerman, berlepas pada 11 malam.

Dabuk bergegas ke surau KLIA untuk menunaikan fardhu Maghrib. Dan Allah sang maha penyayang pun memberikan peringatan. Selepas bersolat, beliau pun berdoa ringkas. "Allahumma jaalni minat tawwabin, wajaalni, minal mutatahhirin, wajaalni min ibadikassolihin, wajaalni saburan syakura, wajaalni azkurukan zikran kasira..."

Mendengarkan doa itu, seorang penumpang bangsa arab yang sdg duduk di sebelah beliau pun terus menjulur separuh meniarap sambil beristigfar dgn lantang.."astagfirullahal azim...

Dabuk terpegun seketika..dia bersyukur bila doa taubat itu ditakdirkan tuhan menyentuh hati insan yang selalu mahu dekat denganNYA. Allahu Akbar, aku agungkan dikau siang dan malam.. Wallahualam..

Monday, May 9, 2011

Untold story of kg krubong



Beberapa hari yg lalu, ketika dabuk berada di kota Paris, dia berjumpa dgn chef Muhammad yg berbangsa Arab. Gambar ni Chef sedang bakar gula untuk desert cream bruellet..Dia berniaga di restorannya yg bernama "La Petit Gourmet". Memang Petit sungguh kerana restoran di Paris mmg kecik2 jer.

Chef ni mmg kuat beragama kerana, mula sekali dia offer suruh sembahyang asar kat basementnya, tapi dabuk kata dia sudah pun solat. Kerana beliau cuma tahu bercakap perancis, maka dabuk pun berbicara dalam bahasa arab yang tunggang langgang. " Ya Chef, anta min Arab?".. Chef pun jawab, min Tunisia..

Ketika itu jugalah dabuk meminta "jus de ananas" iaitu air nenas.. Chef yg sedg sibuk mengambil order dari kawan2 dabuk yg lain pun dengan tegas membaca sepotong ayat Quran.. Innallaha maas sobirin..

Dabuk yg terkejut mendengar peringatan chef yg kuat beragama terkejut seketika..Dalam kekerdilannya hatinya berbisik..,"Bala, Wa ana minas Sobirin.." Demikianlah datangnya peringatan dari tuhan yang semata-matanya atas kekuasaannya juaga.. Wallahualam.

Wednesday, March 16, 2011

The untold story of kg krubong



Gambau kat atas ni adalah tokeh rekod org kahwin kat kg bacang melaka. Celotehnya kelakar bersahaja dan pandai pantun..Lagu favourite Joget mak datin oleh hang moktar..kalau tak caya cubalah panggil

Monday, March 14, 2011

Untold story of kg Krubong

Di antara prof yg paling rapat dgn dabuk di ISU ialah Prof PJ Herrman. Dia mmg telah terlalu tua tapi sgt berdisiplin. Semuanya kerana dia pernah menjadi pilot di perang dunia di eropah. Pernah beliau memarahi rakan sekelas bila menghantar assignment walaupun jawapannya tak logik.

"you gotta understand the physics.. the tightest turn radius of an airplane can never be 0.6 meter"..jeritnya dgn geram..

Di hari dabuk dress up dgn memakai suit untuk membentangkan senior papernya di hadapan panel dari syarikat Boeing dan beberapa professor, PJ menegur dabuk dan memuji pakaian kemas kerana beliau memang sentiasa pakai suit.

Selepas hari graduation dabuk pergi melawat PJ. " Sir, thank you very much. I'm done here. I'm going home to my country. PJ memeluk dabuk erat. Pesannya "from now on, when you go to work in the cold cruel world, there is no room for mistake, unlike school.." mmg itulah pesan keramatnya setiap kali berleter di kelas flight mechanics dulu..

Baru2 ini bila dabuk menghubungi beliau melalui emel, beliau berbangga" We the faculties must have done a good job for you to work at ExxonMobil, such a prominent company in the world..

Adios PJ, happy healty retirement, we all love you so much..

Friday, February 25, 2011

Untold story of kg Krubong

Last week kat Maritime Center Putrajaya pool, Hailrul mengajar Dabuk mcm mana swimmer turn masa swimming lap. Masa tgh sibuk tu adalah seorang prof instruktor ajar suruh hembus udara dari hidung kalau tak nak pedih...wah ramai juga org baik2 kat sini..

Ingat kan kisah ni teringat pulak pengalaman berbeza ketika dak rani kehilangan pisau jagung yang baru dibeli dalam banjir kat jambatan alor. Sbb dak rani tu adalah ketua maka ramailah kanak2 krubong yang pergi volunteer menyelam untuk mencari. Ada yg pakai gogle murah 25 sen kedai pak aji yang masuk air.

Selam-punya selam, tak dapat..Lama2 bila perut dah lapar, kanak2 pun pergilah mandi kat perigi tok mat kelinci. air perigi tu jernih.. tapi tak der pembetung. apa lagi bila kena kumbah ngan bebudak, mestilah keruh kena air mandi bertanah..

Tiba2 rani dan yg lain dgr suara arwah tok mat kelinci menjerit. Apalagi semuanya memecut mcm atlit malaysia nordin mohd jadi terus ke dalam hutan leban sawah arwah bacik sajun..

Nak gelak pun ader..demikianlah nasib kanak2 yang sering dibura oleh org2 tua yg garang2 di kg krubong satu masa dulu.. Wallahualam..

Thursday, February 17, 2011

Untold story of kg krubong



Bangunan di atas adalah bangunan persatuan ulama negeri Kedah darul aman yg terletak di Derang, Pokok Sena, Kedah. Bangunan ini memerlukan sumbangan bagi membiayai kos retention yg masih tertunggak sebanyak RM60K dan kos kelengkapan bagi perpustakaan dan peralatan pejabat spt komputer dan perabut.

Setelah hampir 30 tahun, akhirnya bangunan ini berjaya didirikan dan akan menjadi pusat "train the trainer" bagi semua ulama dari 10 sekolah2 pondok negeri kedah dan sebagainya.

Ya aiyuhallazina amanu amfiqu mimma razaqnakum min qabli ai ya'tiya yaumul la baiau fihi wala hullatteu wala shafaah..

Wallahualam..

Wednesday, February 16, 2011

Untold story of kg krubong

Sekali lagi aku katakan.. " mahukah kau masuk Islam, dan saya akan carikan kau seorang isteri islam". Echin cuma tersenyum.

Cuma kali ni senyum dia tak seceria dulu sbb ayahnya yang dijaganya selama 2 tahun terlantar sakit telah pun meninggal dunia.

Aku meminjamkan telinga selaku pendengar yang baik. Echin menceritakan bagaimana ayahnya menangis sayu atas layanan baik Echin.

"Mengapa ayah menyimpan anggur tu.?"
"Ayah simpan sbb buah ni mahal, nanti esok ayah makan lagi"
"Ayah makanlah habis2.. nanti saya belikan lagi. Dulu ayah habiskan sekandang lembu untuk membesarkan saya, takkanlah saya tak boleh membelikan ayah sebungkus anggur lagi"

Setiap minggu, apabila balik saja dari KL, Echin akan memeluk dan mencium ayahnya, dan setiap kali itu jugalah ayahnya akan berkata " Kau ni sayang aku bagi cium aja, makan tak bagi"
Lepas itu kedua-dua anak beranak itu akan ketawa dan Echin akan menyuap nasi kepada ayahnya..

Mendengarkan cerita2 ini dan banyak lagi, membuatkan aku semakin berazam untuk berdakwah padanya..Kerana aku begitu yakin ada jiwa islam dalam diri Echin. Mudah2an Allah memperkenankan permintaan ini..

Walakinnallah yafalu ma yurid.. Wallahualam.