Tuesday, May 19, 2020

Untold story of kg krubong-Haji 2018


Kenangan haji Furada bersama Syarikat Destinasia Sdn Bhd. Turut bersama adalah Hj Razak suami isteri dari Bt Berendam yg merupakan bapk kepada kawan baik ketika kanak2 iaitu Dak Man, Kiambang dan Nazzer- cucu haji mat.

Ramai tertanya2 samada ok tak visa furada. Pada saya tak ada masalah, malah dari segi logistik juga teratur dan selesa. Tuan punya Destinasia adalah tuan haji Amin yg merupakan bekas pelajar Cal State Sacramento.  Jadi cubalah kerana penantian haji muassasah mungkin lama lagi dan kalau kita benar2 ingin menunaikan haji insha Allah dijemput allah ke sana. Alhamdulillah.

Sunday, May 17, 2020

The untold story of kg kerubong. Tok mudim


Zaman dulu ada dua orang mudim yang terkenal beroperasi di kg krubong; Arwah Tok Saman Tanah Merah dan Arwah Lebai Said kg Pulau.

Diantara keduanya, arwah tok saman lebih ditakuti kanak-kanak kerana beliau menggunakan sembilu buluh kerana menurutnya besi ada bisa dan lambat baik lukanya. Manakala arwah lebai Said pula menggunakan pisau kecil.

Apabila kanak kanak nakal sedikit, selalunya para bapa akan memberi amaran. Kalau jahat2 nnti kita bercuci dengan Tok Saman ajalah. Pasti kekanak itu akan menangis ketakutan.

Biasanya majlis akan dimulakan dgn tahlil dan mandi air tolak bala. Selepas itu barulah majlis dimulakan. Yg paling muda akan mula dulu biasanya, dan yg paling tua lah yang terakhir.

Teringat juga ketika arwah Lebai Said punya anak ditimpa kemalangan jalanraya dan meninggal. Arwah Lebai mengutip cebisan dari atas jalanraya satu persatu. Begitulah kesabaran yg tinggi yg dikurniakan tuhan kepada insan yg berjsa pada ramai masyarakat krubong. Wallahualam.

The untold story of Kg Krubong- Raya 2019


Disebabkan 2020 kita tidak dapat berhari raya di Melaka, maka gambar di atas adalah kenangan tahun 2019. Ahli anak cucu mak temah (ACMT) berkumpul pada hariraya keempat tahun lepas di Holliday Inn Bandar hilir untuk makan tengah hari dan berhariraya.

Cuma tahun ini kami tidak bersama abang kami, arwah Haji Zainal yang telah pu n meninggalkan kami buat selamanya. Buat kata pantun dedulu:
Anak ayam turun sepuluh, mati seekor tinggal sembila.

Begitulah lumrah alam dan ketentuan tuhan yang maha berkuasa. Wallahualam.

Thursday, May 14, 2020

The untold story of Kg Krubong- Tingkatan 1


Melihatkan abang aku Dak Amir macam best jer sekolah kat Gajah Berang. Aku pun letak Gajah Berang dalam borang ke Sekolah Menengah tahun 1982. Bila aku beritahu pilihan aku kat bapak, Dak amir pun kata kau nak naik apa, kereta pak cik Tampoi tu dah penuh. Maka huru-haralah aku.

Mana taknya aku takut nak mintak borang balik dari Cikgu Md Isa yang garang. Tapi nak buat cam ner. Cikgu Md Isa pun marahlah kat aku, lain kali fikir masak2 katanya. Berbeza masa dia tengok borang tu pada kali pertama. Dia happy sebab aku nak masuk Gajah Berang sbb dia bekas pelajar.

Tapi kalau sudah rezeki tidak ke mana. Aku diterima masuk sekolah tinggi Melaka. Mak aku suka sbb itu Sekolah Dak Wai abang aku dulu. Oleh kerana aku cuma 3A penilaian maka masuklah aku ke kelas 1E. Sebab sampai kelas 1D pun masih penuh dgn 4A.

Dalam kelas aku ada seorang chettiar namanya Uthaya dan seorang portugis namanya Francis. Uthaya ketua tingkatan manakala Francis adalah trouble maker. Jadilah asyik bertekak je bila cikgu tak de. Bila masuk tingkatan 2 kerana aku dapat tempat pertama 1E dan baik keputusan maka masuklah aku ke kelas 2A. Itulah pertama kali student kelas E naik sampai kelas A menyebabkan Cikgu Ho guru kelas 1E yg mengajar Math memanggil aku "Azmi my boy" di kelas 2A dan 3 A kemudian.

Bila aku baca doa untuk mula belajar dalam kelas, kawan aku berbangsa Cina, Tan akan menadah doa juga. Tersenyum juga aku tengok telatahnya. Semoga hidayahNyA masuk ke dalam hati Tan. Insha Allah. Wallahualam


Untold story of kg Krubong- Jadi Nanny


Pada tahun 1992, di akhir-akhir pengajian, ketika membilik akhbar the Ames Tribune, kami terlihat iklan untuk menjadi Nanny. Lalu kami pun menelefon dan akhirnya jadilah kami nanny kepada 2 kanak2 comel Thomas dan Sara Galloway.

Ibunya bekerja dengan surat khabar Des Moines register dan datuknya adalah Dr Thomas Galloway, head of College of Design university aku, ISU.

Setiap pagi ibunya akan membuat Peanut Butter and Jelly dan kami akan menjaganya sehingga ibunya pulang pada pukul 3 ptg. Tapi bukan tiap hari. Bila aku free aja.

Gambar ini ketika membawa mereka bermain di taman. Aku mengajar Thomas main baseball dan dia betul2 suka belajar memukul dan tangkap bola. Nak tergelak aku bila dia tanya betul ke ada org boleh pukul bola sampai ke des moines. 

Ibunya anak bungsu Dr Galloway . Bila Dr Galloway mendapat tawaran menjadi org besar di University Of Georgia, Mdm Karen, majikanku begitu terkesan. Kesian dia.First time berpisah. Wallahualam.

Untold story of kg Krubong- Air show



Gambar di atas adalah di airshow Omaha pada tahun 1992. Offut Air force base ni adalah strategic Command Centre USAF. Lokasi di tengah benua di negeri Nebraska mmg sesuai sbb jauh utuk musuh sampai. Perjalanan ke sana lebih kurang 3 jam dari Ames. Oleh kerana panas, aku bawak sleeping bag merah tu untuk selubung.

Di situ kami lalui Sioux City tempat pesawat united terhempas sekitar tahun 90an. Ada serpihan sayapnya di lab struktur ISU. Bila aku ke lab, wing itulah yg asyik aku belek sambil tertanya-tanya apa telah terjadi padanya.

Bila tengok pesawat A6 Intruder ni teringat pulak aku, Fred dan Fendy menonton wayang di Ames Campustown theatre bertajuk " Flight of intruder". Aku dan Fred pelajar Aero Engineering. Jadi sibuklah kami komen dalam. panggung. Tiba2 ada mat salleh sssh kan kami dan kata shut up. Fendy yg panas baran ajak kita org bergaduh dgn dia. Aku dan Fred pulak tahu puncanya kita org yg bising. Kami pun sabarkan Fendy...Wallahualam.

Wednesday, May 13, 2020

Untold story


Gambar ni kat kedai jersey di. depan Duomo, Milan italy. Ad jersey inter dan AC pasukan bola dari Milan


Ni pula di depan stadium San Siro. Home for AC and Inter Milan.

Sunday, May 10, 2020

The untold story of Kg Krubong- Qurban

Gambar di atas adalah qurban hariraya eidul Adha di Mina KSA. Sepanjang perjalannan menaiki bas ke Arafah, kita dapat lihat padang mengumpul kambing yang sungguh luas dan penuh dgn kambing untuk qurban. Qurban iniakan diterbangkan ke negara lain seperti Sudan untuk pengagihan


The untold story of Kg Krubong-Merdeka stadium

Tak sangka juga dapt menjejakkan kaki ke sini lagi. Last sekali di sini semamsa aku belajar di KPP Subang jaya tahun 1988. Menonton perlawanan separuh akhir Selangor melawan KL. Walaupun Selangor menang di pusingan pertama 2-1, Malam itu Fandi mengganas dan Kl menang 4-2 kalau tak silap. Dahlah aku sokong selangor. Balik pulak bas Seri Jaya penuh gila nasib tak tidur bas stand klang.

Kali ni turun sbg pemain veteran. Terasa aura stadium ni. Teringat gol James Wong menewaskan Korea membawa Mesia ke Olimpik Moscow. Wallahuaam.

The untold story of kg krubong- Lubok selekoh

Beberapa meter ke hilir lubok selekoh terdapat serumpun pokok mengkuang yang tumbuh subur di tebing sungai. Bahkan separuh dari akarnya berjuntai ke sungai kerubong. Setiap kali aku mencenceng kumbu isi ikan, bapak aku akan menyerak jala berdekatan rumpun itu. Memang di situlah tempat yg jarang mengecewakan. Biasanya kami akan dapat ikat putih atau terubol atau kalau nasib baik kami akan dapat ikan limbat. Jarang dapat limbat sungai. Pada satu hari pak mat diuji tuhan. Ketika manyelam untuk melepaskan jalanya tersangkut dia telah hanyut ke dalam teluk lubok selekoh. Katanya pada aku apabila hendak naik kepalanya tehantuk pada tanah  bumbung teluk.

Merasakan hanya Allah lah semata-mata yang dapat membantunya, dia pun berdoa didalam hati, Ya Allah lepaskanlah aku dari sini, kasihanilah aku dan anak-anak aku yang perlukan aku untuk hidup. Ketika menceritakan peristiwa itu beliau kelihatan begitu bersyukur apabila doanya dikabulkan apabila bagaikan ditarik badannya terkeluar dari lubok selekoh.  Kalau tidak mungkin dia juga, seperti Baba Temberang atau Si Dolah menjadi mangsa teluk-teluk sg Krubong.

Wallahualam.

Saturday, May 9, 2020

The untold story of Kg Krubong-Indahnya Pulau Lombok



Gambar di atas adalah pantai di Pulau Gili Trawangan, Lombok. Perjalanan ke sini agak jauh. Setelah mendarat dgn Air Asia di Pulau lombok, kami menaiki bas untuk ke Jeti menuju Gili Trawangan. Pulau seribu Masjid ini mmg berbeza dari Bali kerana setiap kampung ada Masjid sepanjang perjalanan. Sempatlah kami berhenti jamak solat di salah satu masjid. Makanan tegngah hari agak biasa, ayam kecik, nasi dan sayur-sayuran tapi sedap dan pedas ala Lombok.



Gambar jeti Gili Trawangan. Perjalanan menaiki speed boat penumpang dalam 40 minit je.


Seafood mmg fresh sbb kebanyakan penduduknya adalah nelayan. Di gili cuma boleh guna kereta kuda dan basikal. Org kampung ada juga guana motorsikal tapi x banyak.



Air terjun benang kelambu antara tarikan di Lombok.


Nasi ayam kecik seekor unik hanya di Lombok. Wallahualam.


The untold story of kg krubong



Gambar majlis pejumpaan hariraya kelurga arwah Mak Temah  pada jun 19 , 2018. Gambar kenangan terakhir bersama arwah Hj Zainal, abang kami sebelum beliau kembali ke rahmatullah ketika mengerjakan umrah pada Mac 2019.

Seperti kebiasaan, semua ahli keluarga ACMT berkumpul pada hari ketiga atau keempat hariraya. Pada 2018, ianya bertempat di Hotel Holiday Inn Banda Hilir Melaka.

Friday, May 8, 2020

Untold story of kg krubong. El Dorado- The Golden Fish

Ikan ni masa aku amik ni di pasar Sandakan berhadapan Hotel 4 points tempat aku menetap. El Dorado Sabah.



 Yagng i pulak El Dorado Salmon emas di sungai Bolivia. Kalau tengok BBC Wild Robson green's Xtreme  fishing. Banyak betul dia pancing di sungai Bolivia.

Golden Dorado Si Ikan Salmon Ala Air Tawar - Nakama Aquatics


Yang ni abang aku biasa tangkap di mersing. aku tanya masak apa , dia kata masak kari. Tengok Robson Green lawan ikan ni kat kat TV memang dahsyat. Namanya Mahi mahi ataupu El Dorado juga.

Mengenal Profil Ikan Mahi-Mahi - Umpan



The untold story of Kg Kerubong. Asal nama kg kerubong 2

Tahukah anda Kecubong yg dikaitkan dgn nama kg kerubong adalah:


  • Kecubung adalah tanaman pembius berkhasia sebagai ubat sakit gigi dan asma.
  • Bentuk bunga yang seperti terompet
  • Amerika dan Eropah kemudian menyebutnya sebagai devil trumpet. 
  • Penyalahgunaan di India menggunakan kecubung untuk membius korban persembahan bagi dewa.
  • Kononya apabila Raja Majapahit mendengar mendapat berita Sultan memadukan puterinya dgn Tun Teja, Beliau menhantar ahli sihr Petala bumi dan pahlawan  Kertala sari mengamuk.
  • Hang tuah membunuh kedua mereka ketika mabuk kecobong. Wallahualam.


Wednesday, May 6, 2020

The untold story of Kg Krubong- Rome Gelato at night


2017 lepas, alhamdulillah kami sempat bercuti ke Itali. Salah satu perkara menarik adalah melawat tempat menarik di Rome di waktu malam. Jauh perjalanan luaslah pemandangan dan pengalaman baru. Dalam trip ni ada 3 couples dari, San Antonio Texas, Brooking Montana & Tacoma Washington. Mereka rupanya belayar menaiki kapal pelancung dari New York ke Itali.  Semuanya dah pencen. Bila mendengar kami berkata, yang macam tak best cuti nak habis dan balik bekerja semula. Mereka tergelak kerana semuanya telah pencen.

Seronok sembang bila kita pun bercerita pengalaman belajar di sana. Tapi yang paling menariknya makan gelato itali yg sedap tengah malam. memang sedap rupanya. Gambar ni di deoan runtuhan Coliseum Rome. Cantik efek lampu waktu mlm. Wallahualam.

The untold story of kg krubong - sg melaka

Sg krubong mmg tempat yg seronok untuk mencari ikan. Kita tak tahu apa yg akan diberikan tuhan pada kita pada hari itu. Kalau dulu teluk pinang atau nama lainnya teluk putat pernah memberikan pak mat tongsan bulat besar, kini tongsan sudah tidak lagi kita dengar beritanya.


Gambar ni pada tahun 2008 ketika tuk din dan tuk budin menjala dari bot fiber. Sungai nampak cantik dan bersih.  Mungkinkah bot teksi dari bandar akan sampai ke sini satu masa nnti.

Enginenya adalah engin lama tok din. Tok Budin ada enjin yamaha yg lagi kuat.

ini jer yg dapat. Alhamdulillah rizki dari tuhan.


The untold story of kg krubong- Fauna

Krubong juga kaya dgn flora dan fauna. Antaranya adalah kepelbagaian burung yang terdapat di kampung kerana perbezaan geografinya yang mempunyai bendang, hutan paya, sungai, ladang getah dang kampung. Antara burung yg menjadi buruan kanak-kanak krubong adalah:

1. Pipit haji atau pipit uban


Burung ni memang banyak betul bila swah kg mulah berbuah. Biasanya pak mat akan mmeletakkan tin susu dan menggantungnya ke bebrapa tiang di petak2 sawah. Tin2 itu disambung tali plastik sehingga ke pondok jaga padi. bila ditarik tin akan berbunyi maka berkawan-kawanlah pipit lari ketakutan. Mentang2lah bulu kepalanya putih namanya diberi sebagai pipt uban. Atau piit haji yang memimikkkan kopiah seorang haji.

2. Pipit rumah.

Pipit ni ada juga di sawah tapi tak seganas pipit uban membelasah padi

3. Ruak-ruak


Wak wak ni biasa ditangkap dengan jerat simbat , jaring atau tiup-tiup. Antara yg mahir tiup wak-wak adalah arwah babah makmin. 

4. Puchong keladi

Biasanya banyak di sawah kerana ia memakan anak ikan. Pernah lah dia termakan tajur dabuk. apa lagi di sembelih oleh imam harun dan dapatlah ddabuk makan nasi lauk pucong goreng hari tu.

5. Itik air



Bila hujung tahun biasanya kampung krubong akan banjir dan pada masa yg sama itik berpindah dari cuca sejuk di hemisfera utara. Biasanya rancaklah rela kg seperti pandak dengkel, cikgu  daud berperahu bagi menembak itik yang mendarat di bendang krubong yg acup oleh banjir. Sekarang dah tak pernah nampak itik air di krubong.

6. Burung belatuk.



Teringat pulak lagu kanak ini:

Burung belatuk kepala merah
curi lauk  datuk marah

burung belatuk kepala kuning
curi lauk datuk pening

burung belatuk kepala hijau
curi lauk datuk kejau

burung belatuk kepala bitu
curi lauk datuk haru...

Mmang bayak warna jambul burung belatu dan itulah keistimewaannua.  Biadsanya ia akan membuat sarang dibatang pokok mati yang dibuatnya lubang.


7. Tekukur 


Tekukur ni rasanya bukanlah burung liar kampung. tapi belaan orang seperti arwah tok hassan baghdad.

8. Raja udang, terkinking



banyak membuat srang di lubang tanah tepi bandau. Burung ni mmg cukup banyak kerana kerubong mempunyai sawah yg luas.


9. Kelicap bukit


Kelicap adalah burung terkecil di dunia. Terdapat berbagai species di sini seperti kelicap jantung, bunga dan paling banyak tandan kelapa kerana menghisap madu dari bunga kelapa. Wallahualam


Monday, May 4, 2020

Untold story of Kampung Krubong -Diary Umrah-Jannat Al Mualla


Pada bulan Mac 2019 arwah abang Hj Zainal telah kembali ke rahmatullah. Penyakit GBS yang di hidapinya semakin pulih selepas 3 bulan di Hospital Annur Mekah. Ketika isterinya sibuk menguruskan penghantaran pulang bersama pihak Andalusia, beliau meninggal selepas serangan jantung.

Ketika menunaikan umrah jan 2020 saya dan isteri pun menaiki teksi ke Jannat al mualla iatu tanah perkuburan mekah.  Hanya lelaki sahaja yg dinenarkan ke kubur. Alhamdulillah dapatlah saya menziarahi kuburan beliau. Mudah-mudahan beliau tergolong di kalangan orang yang dirahmati Allah. Semua kuburan di situ hanya bertanda nombor serta batu saja.

Menurut pemandu teksi bangsa bangladesh bernama Zakir, selepas setahun kubur akan di gali dan diletakkan ke tingkat atas bersama tulang mayat yg lalu untuk memberi laluan pada mayat baru. Apa yang menakjubkan banyak mayat juga yang tidak hancur maka kekallah jenazah di situ. Hanya Allah sahaja yg menetukan keadaan itu dengan sifat belas kasihanNYA yg maha agung.

Zakir pernah bekerja kilang di batu pahat selama 7 tahun. Dia tidak habis-habis memuji sedapnya kari dan roti canai di Malaysia. Jadi Zakir lah yg saya panggil untuk miqat ke Tanaim untuk umrah seetrusnya. Wallahualam.




Untold story of Kg Krubong- Diary umrah Jan 2020

Perjalanan untuk pulang dari Jabal nur ke Hotel Di Mekah lebih mencabar. Apa taknya dah pukul 12 malam. Tapi nasib kami baik ada sebuah Hilux badwi yg sanggup menghantar kami. Kami saja dah 4 org. Badwi pula bawak anaknya seorang. bayangkan betapa sempit. Anak badwi seakan2 duduk atas bahu saya. Lepas tu ustaz syed pun tunggu kami juga.

Di pertengahan jalan ustaz asyik bertanya cukup ke minyak sebab indicator dah empty. Badwi tu asyik kata insha Allah cukup je. Bebau jugak kita org.

Ketika memasuki Mekah kami melalui roadblock. Hadoi bertambah bebau rasa di hati. Hilux tu road tax pun x de. Bila polis tanya dia kata bawak org malaysia gi jabal nur. Allah saja yang maha penyayang. Mendengar je jemaah Malaysia, Polis Arab terus ucap apa khabar beberapa kali dan bila kami jawap Alahamdulillah kabar baik, maka sahlah kamai org malaysia. Driver badwi mmg tak payah pakai road tax sbb itulah kebiasaan meraeka.

Hnay tuhan yang tahu betapa lega dan tergelak-geak kami bila dibenarkan polis untuk meneruskan perjalanan balik. Alhamdulillah wallahualam.

Untold story of Kg Krubong- Hiking Jabal Nur

Januari 6 mencatat kenangan dalam hidup. Buat pertama kali dengan izin Allah mendaki ke Gua Hira tempat turunnya wahyu pertama

Seperti yang dirancang kami menaiki teksi dari kota mekah ke kaki jabal nur. Tamabang seorang 10 riyal. Kebetulan saya menaiki teksi bersama ustaz UNIC dan 2 jemaah SB Malaysia. Perjalanan mendaki gak cemas kerana driver badwi ni memang lasak. Oleh kerana jemaah yang lain lambat sampai, kami bercadang mendaki ke atas. Sepanjang jalan terdapat road block byat kata ustaz. Iaitu orang pakistan meminta sedekah.


Oleh kerana mendaki di malam hari pada bulan januari, suasana sejuk perlu dilalui. Saya dgn rendah diri meminta ustaz perlahan sedikit bila saya keletihan dan perlu RNR. Mujur ketiga-tiga mereka sporting dan berkongsi torchlight dgn saya.

Perjalanan memakan masa dalam 50 minit untuk sampai ke puncak. Kalau sebelum ini mendaki, di puncak perjalanan sudah sedikit rata. Banyak jemaah dari turki dan yang wanita dari indonesia dan turki sahaja yg mampu.

Di puncak kami membeli maggi dari sebuah warung dan makan di situ. Enak betul sambail melihat kota mekah. Rombongan Az zuhar yg lain membuat keputusan untuk tidak naik ke puncak. Jadi hanya kami dan seorang lagi jemaah yg juga hiker yang mendaki malam itu.Menurut ustaz, mendaki ni tiada apa2 cuma mengingat ibrah nabi berkhalwat di situ.

Oleh kerana asyik diganggu oleh seorang pakistan yg meminta untuk tukar ringgitlah dan macam-macam, ustaz pun meneruskan perjalanan turun dan memasuki gua hira. Didalamnya terdapat ramai org turki yg menunggu giliran untu solat sunat di dalam gua kecil itu.Kami duduk di situ seketika.Perjalanan turun lebih cepat kerana menurun lebig ringan tapi lutut pulak sakit sikit. Hanya allah saja yg tahu betapa bersyukur di hati kerana dijemput ke atas Jabal Nur. Hanya dia yg mampu memberi kekuatan untuk memanjat ribuan anak tangga untuk ka atas. Wallahualam.


The untold Strory of Kg Krubong - Prof Ishak rakan sekelas.


Malaysia has three professors on world’s most influential scientific minds list













Hebat tak hebat, bekas pelajar SK Krubong (1976-1981) telah menerima anugerah di atas pada 2014. Prof Ishak Hashim dari Kg Tanah Merah . Beliau sekarang mengajar di UKM dan tinggal di Bangi. Syabas Prof. Bila nak minum teh kat SOHO dgn dak Nan lagi.. Wallahualam.

Untold story of kg Krubong- Ikan Lubok kg

Sawah krubong mmg terkenal dengan lubuk-lubuk ikan seperti lubuk pak abas, pak kasim, lubuk tengah, lubuk bidan semah, lubuk pak terap dan alor padang siapong. Antara ikan yg menjadi taruhannya adalah:

1) Ikan Sepat Ronggeng (Sepat rawa)

Ikan ni kecik. banyak di sawah, lubuk dan parit selepas banjir besar bulan 6 dan bulan 12. Selalunya ditangkap dengan jala. Selalunya ikan ni diberi pada jiran-jiran sebab biasanya banyak sangat. Dicuci  menggunakan garam dan daun papaya muda. Pasti akan putih melepak. sedap digoreng garing. Juga ianya digunakan sebajai umpan tajur haruan.

2) Ikan Kaloi

Juga dari keluarga ikan gurami. Cuma didapati di sungai. hanya dngan pancing atau jala. Isinya lemak dan juga biasa dibela sebagi ikan hiasan. Durinya sangat yajam dan boleh merabakkan jala kalau tidak di selam dan dipintal ke pucuk jala bila ditangkap. Saiznya biasanya besar dan sekor cukup sekali masak. Biasa dimasak lemak cili api.

3) Ikan Sepat lampam.(Sepat Siam)



Ikan ni juga ditangkap masa menjala atau menimba tambun atau lubuk. Saiznya lebih besar dari sepat rawa. Banyak dibuat ikan masin sedap. Biasanya dikampung ikan ni buat masak sam bal tumis atau goreng garing jer. Pengalaman menangkap ikan ni paling banyak di parit water treatment kilang mardec batu 8 durian tunggal. Kilang ni dah ditutup sekarang.

4) Ikan Belida


Ikan ni sisik halus. Susah nak di siang. Leper dan banyak tulang. Oleh kerana isinya sedap, ianya sedap dimasak pindang atau goreng buat sambal. Ikan ni boleh diapancing, dijala atau timba. Banyak terdapat di sungai dan lubuk pak abas.

5) Ikan haruan



Ni memeang ikan yg dicari2 waktu menimba dan pasang tajur atau kelakontang. Umpan kegemaran adalah ikan hidup atau katak unjun

Arwah pak endak dengkel mmg pandai menilik anak haruan dan mengujun ketika banjir besar. Sedap dibuat sup.

6) Lundu atau baung

Ikan ni susah kalau kena jala. leceh nak bukak dan berduri. Kalau masuk jala biasanya duri dipatah dengan digigit kerana takut tercucuk jati. Masak lemak atau goreng sambal je


7). Lampam jawa




Ikan ini cuma ditangkap oleh arwah Aim Wak kang, ayah kepada mat entoi dengan jaring Apollo waktu banjir besar di sungai. Masa tu lampan akan mabuk dan keluar dari sarang. Sedap masak lemak dan goreng sambal. Waktu lain ikan ni sukar nak dapat.


8) Ikan tetimah atau temakang

Ikan ni dah pupus dari sawah krubong. Dulu kat alor padang siapong boleh ditangguk jer. Terlampau banyak sehigga di sedekah kepada jiran bila dapat dan dibuat ikan kering. Boleh goreng dan masak sambal jer.

9) Ikan putih yag lain2..

Yg dua ekor tgh tu mmang banyak kat sungai dan bandau.. ikan terubol. Ikan ni buat sambal cair jer boleh. Di utara dibuat ikan pekasam yg lazat...Wallahualam.

Sunday, May 3, 2020

Untold story of Kg Krubong


Setakat ini sudah 3 masjid didirikan di Kg Krubong. Bermula dengan masjid lama yg dibina pada 1880 berhampiran bandau ataupun sawah kg krubong. Masjid ini mempunyai senibina di bawah seperti kebanyakan masjid asal di Melaka. Berhampiran masjid terdapat sebuah perigi batu yg berpembetung dan sebuah perigi yang betul-betul tepi bandau bersebehan pokok rumbia arwah tok Mat Sab. Selain itu masjid ini juga mempunyai sebuah kolah yg besar.  Juga di kebun sebelah terdapat perigi yg biasanya kita panngil sebagai perigi tok ipin, juga menjadi tempat wuduk ketika jumaat.

Tapi yang paling istimewa ia mepunyai sebatang pokok jambu air kelat yang kerap berbuah lebat. Tempat kanak-kanak kerubong belajar memanjat untuk mandapatkan buahnya.  Pokok wakaf tak ada siapa nak marah.

Sekitar tahun 1974 masjid ini dirobohkan bagi membangunkan masjid baru yg terletak di tepi jalan. Berbagai cerita mengenai masjid ini pernah saya ceritakan dahulu.


Design masjid yang pertama di krubong-bukan gambar sebenar. -ikhsan google


Pada tahun 1974, maka masjid kedua muncul di kampung seperti dibawah- gambar ikhsan blog masjid. Masjid ini akhirnya diberi nama An-Nur. Kekal di situ adalah tabuh masjid lama, mimbar baru dibina 1974. dan Meriam besi arwah tok Baba ayah kepada salah seorang imam kampung iaitu Arwah Imam Ali. Masjid ini diresmikan oleh ketua menteri ketika itu DS Rahim. Banyak cerita masjid ini juga diceritakan di dalam blog ini.


Masjid AnNur (1974-2018)-ikhsan blog masjid

Lama juga kampung tidak mempunyai masjid apabila masjid ini dirobohkan. Ketika itu pernah juagalah saya solat jumaat di masjid tanah Merah berdekatan. Akhirnya masjid ini siap dibuka pada tahun 2019. Nama an-Nur dikekalkan. Wallahualam


Masjid An-Nur (2019-sekarang) - ikhsan blog masjid.