Saturday, May 16, 2009

untold story of kampung krubong

Di majlis tahlil di mana kehadirannya agak kurang, kadang2 kanak2 juga akan menjamu selera sedulang bersama org2 kanan masjid kerubong spt tuan imam, Tok Ipin, dan Cikgu daud.

Jadi perkara ini sekali lagi berlaku di sekitar tahun 1981. Melihatkan kegelojohan anak2 ini terus menyenduk ambil gulai tengah, Allahyarham Cikgu Daud pun memberi sedikit tunjuk ajarnya. " Kita makan ni macam lah kayu perahu, tepi dulu baruy ke tengah", kata beliau menyuruh anak muridnya mengambil lauk yg tepi dulang dahulu.

Murid yg loyar buruk pun mengusik gurunya. "Sekarang cikgu dah ada motorbot, boleh terus ke tengah". Peristiwa itu di saksikan oleh Haji Arifin sambil ketawa kecil.

Kata Tok Ipin, dgn budak skrg, cakap kena terus terang. Beliau menceritakan bagaimana, isterinya berkias menyuruh anak jirannya supaya "menghabiskan" semua buah belimbing padahal sebenarnya beliau menyuruh berhenti tidak dapat difahami oleh kanak2 itu.

Wallahualam.

Wednesday, May 13, 2009

untold story of kampung krubong

Allahyarham Lebai Said Bin Lebai Ibrahim memang mempunyai murid yg ramai. Beliau sangat berjasa di Kg Krubong bukan sahaja sebagai guru Al Quran, malah berbagai Kitab dari tauhid, tajwid, feqah dan kitab barzanji sentiasa disyarahnya.

Pada satu petang tahun 1981, beliau didatangi murid lamanya dari Kampung Bacang. Haji Narom begitu mesra dgn gurunya. Dan sebagaimana lazimnya, beliau begitu takzim pada gurunya yg tidak lalai dari kebiasaannya memberi nasihat agama.

Anak kecil kampung krubong, terpinga-pinga sambil mengendung kitab Sheikh barzanji milik ayahnya yg sudah pun koyak rabak; kerana menunggukan peluang untuk bersama guru bagi menimba sedikit ilmu samawiyah dari Sang Maha Perkasa.

Haji Narom menginfakan sedikit wang kepada gurunya sebelum pergi. Petang itu,pada anak kecil, Lebai Said tidak putus2 melahirkan kebanggaannya pada muridnya yang masih tidak lupa pada beliau. Dan sememangnya itulah tuntutan agama, yg murid mesti beradab pada gurunya.

Wallahualam.

Saturday, May 2, 2009

untold story of kampung krubong

Banjir di Kg Krubong disambut dgn dua rasa yg berbeza setidak-tidaknya. Bagi golongan ibubapa, hujan yg turun tidak henti2 bermakna cabaran besar krn mereka tidak dpt turun menoreh getah.

Bagi kanak2 pula, inilah masanya untuk menagkap ikan dgn menggunakan tajur. Begitulah halnya juga dgn abg ani dan mahat. Mereka pun mengambil batang palas untuk dibuat btg tajur. Daunnya di potong pendek. Dan dari jauh memang susah nak bezakan dari seganit. Jadi biasanya tajur palas lebih sukar dikesan berbanding tajur buluh.

Tetapi malang tak berbau, cacing yang di cangkul memang banyak. Mahat pun mengutipnya satu persatu untuk di jadikan umpan. Ketika Mahat menghulurkan jarinya, mata cangkul yang dihayun oleh Ani, terbenam kejari mahat.

Nyah piah, terkejut besar dan membawa Mahat ke Klinik. Begitulah ceritanya bagaimana jari mahat ditakdirkan menjadi kudung sedikit. Wallahualam.