Wednesday, September 21, 2011

The untold story of kampung Krubong

Minggu lepas, dalam perjalanan pulang dari berhari raya di rumah Pak Su Mat Nor di TTDI, bapak mertua aku pun bercerita tentang kedai senjata api di pekan kajang. Beliau hendak membeli selaras senapang patah dua laras boleh membantunya. Laras kedua penting sekiranya dia ke dusun dan terpaksa menembak binatang spt ular kempas.

Selepas itu beliau bercerita tentang ular kempas atau pun Tedung selar di kampungnya di kampung sungai Kechil Ilir, Nibung tebal. Cerita berlaku lebih 30 tahun dahulu bagaimana tok andak meninggal di patuk ular kempas yang garang di kebun getahnya di bukit pancor.

Menurut mereka yang tersepa ular itu sebesar betis dan berwarna coklat kehitaman dan sangat garang. Arwah Tok andak di patuk di belakang bahu. Bapak yg di panggil orang pun berlari ke kebun getah dan menatang dan mendokong arwah tok andak dan terus ke rumah pawang ular kg sg kecik. Selepas, beliau berkata sudah terlalu parah dan tak boleh diselamatkan lagi.

Mmg bisa sungguh toksin kempas. Tuk andak cuma bertahan dua jam. Bahunya lebam kehitaman . Mulutnya berbuih darah. Permintaan akhirnya sebelum meninggal di pangkuan bapak supaya diberikan sedikit air kerana terlalu haus. Ketika mengangkat mayatnya untuk dikebumikan, terkeluar sedikit suara yang terperangakap ketika tertekan peti suara arwah.. Begitulah Allah taala menunjuk tanda kebesarannya menciptakan makhluk yang sebisa ular kempas..Wallahualam.