Friday, January 2, 2009

untold story of kampung krubong

Pada tahun 1976, kementerian kesihatan sering menghantar pekerja untuk menyembur DDT ke dinding-dinding rumah untuk mengawal nyamuk dan penyakit berkait rapat dgn nyamuk.

Pada masa yg sama kerajaan juga memberi benih2 tembakau sebagai tanaman penambah pendapatan penduduk krubong. Jadi Tok Mat Sab juga tidak ketinggalan untuk menanam tembakau di kebunnya berhampiran tok nagor dan perigi.

Apabila tembakau sudah membesar, daun-daun awal dijual di kilang tembakau Bacang. Daun terkemudian dan yang dimakan ulat pula tidak laku krn tak berkualiti. Jadi Tok Mat Sab yang memang merupakan pengguna cerut paling utama di krubong pun menjemur dan membuat cerut resepinya yg tersendiri.

Pengawal nyamuk kementerian pun diberi sebatang dari koleksi cerutunya yang terbaik. Apa yang berlaku selepas itu ialah, pengawal tersebut telah terus tertidur di serambi rumah tok mat sab selepas menikmati cerutu yang tersangat kow itu.

Budak yang lalu lalang cuma mampu tersengih melihat kejadian itu dan mengkagumi kemahiran tok mat sab mengadun gulungan daun-daun tembakau tanamannya sehingga menjadi cerutu sekeras itu.

No comments: