Saturday, January 31, 2009

untold story of kampung krubong

Dalam kelas2nya ustazah Safiah sering mensyarahkan akan pentingnya menyayangi orang2 yang menyayangi tuhan. Tapi tarbiahnya pada petang itu mengenai seorang Guru agama di Masjid Kampung Hulu di bandar Melaka begitu menusuk atma Meran dan Dabuk.

Pada hari Raya kedua 1980, kedua sahabat baik itu pun membuat keputusan untuk menziarahi kubur Guru agama itu. Menyedari hasrat murni kedua-dua kanak2 itu, ibu2 mereka pun membekalkan sedikit wang untuk tambang dan belanja dari kampunu Krubong ke Masjid Kampung Hulu.

Pusara Guru itu terletak disebelah kanan mehrab imam. Kedua-dua sahabat berasa sungguh rendah hati dan memuji kebesaran Sang maha pencipta bila mendapati kuburan itu berbau sungguh harum hanya di atas tempat bersemadinya guru itu. Sementara jika beralih sedikit dari situ ia tidak lagi berbau harum. Inilah yg menjadi tanda2 kebesaran tuhan di hati kedua-dua kanak2 itu.

Sesudah selesai melawat Masjaid kampung hulu, mereka pun pulang dan makan mee rebus di kedai arwah Tuk Wahid. Pak Cik Borhan ayah meran, ketawa gelihati, kerana begitulah banyak kedai di bandar melaka, kenapalah kena makan kat kerubong juga.

Friday, January 30, 2009

untold story of kampung krubong

Setiap pagi di markas tentera Jepun, semua askar akan berbaris dan menyanyikan lagu Jepun. Namun pagi itu, Pak Mat ditakdirkan menerima musibah besar.

Semuanya bermula ketika beratur, seorang sahabatnya telah terkentut dgn kuatnya ketika dalam barisan. Apa lagi beberapa askar termasuk Pak Mat pun ketawa kecil kerana geli hati.

Malangnya, kejadian itu disedari oleh Pegawai Jepun pada pagi itu. Dia berasa sangat marah dan bertanya siapa yg ketawa. Tetapi tiada siapa yg berani mengaku kerana akibatnya nanti sangat buruk.

Kata Pak Mat, ".Muka orang bersalah tentulah nampak lain" Apabila pegawai memeriksa satu-persatu dia pun menarik satu persatu mereka yg bersalah.

Menurut Pak Mat, Pegawai itu berkata dalam bahasa jepun, "Emak bapak kamu tidak mengajar kamu dengan baik, jadi aku hari akan menjadi bapa kamu dan aku akan mengajar kamu untuk hormat"

Semua mereka di panggil ke bilik hukuman. Satu persatu di rotan dgn dahsyatnya oleh pegawai Jepun. Kata Pak Mat kebanyakkan mereka telah terkeluar air besar bila libasan ketiga, dan pengsan kemudiannya.

Dari riak muka, dapat dirasakan peristiwa itu merupakan mimpi ngeri untuk beliau sehingga hari itu.

Thursday, January 29, 2009

Untold story of Kg Kerubong.

Kata orang rezeki itu di tangan tuhan. Kadang2 makanan yang sedang disuap pun boleh terjatuh dari tapak tangan. Begitulah takdir Sang Maha Pemurah untuk pak Mat pada hari itu.

Pagi itu guni yang dibawa oleh beliau begitu padat berisi limbat. Malah beliau dapat merasakan limbat dalam guni yang di ikat di atas karia basikalnya bergerak2 dan meronta-ronta.

Sesampainya di Malim, tiba2 guni itu tidak lagi dapat menampung terjahan limbat2 dan terus terbalik ke atas jalanraya. Limbat2 terus melambak di atas jalan.

Pak Mat begitu terkejut dgn kejadian itu. Beliau hanya mampu melihat kereta lalu-lalang melanyak ikan2 limbat yang menjalar di atas jalan tar Malim itu.

Meskipun kejadian itu berlaku lebih 30 tahun dahulu, Pak Mat merakamkan bunyi limbat " lecak-lecuk di gelek tayar kereta, seakan-akan peristiwa itu baru sahaja berlaku semalam. Demikianlah Allah menentukan rizki setiap hambanya adalah bergantung pada iradatNYA semata-mata.

Tuesday, January 27, 2009

untold story of kampung krubong

Limbat biasanya dijual di pasar Melaka. Telah beberapa hari Tokeh pasar itu membuat "perangainya " kepada hasil jualan pak mat yang banyak. Tidak semua limbat yang dibawa ditimbang oleh tokeh. Mana2 yg melingkar dan merayap cuba melarikan diri, ditangkap dan diambil terus oleh tokeh itu.

Menyedari dirinya dizalimi, Pak Mat bertanya, mengapa limbat itu tidak ditimbang untuk dikira bersama. Tokeh tu dgn selamba menjawab bahawa itu untuk mengurangkan kerugiaanya nanti krn sementara menunggu limbat dijual, limbat akan kehilangan berat kerana akan kehilangan berat badan.

Pak Mat pun cuba berfikir panjang bagaimana untuk "menyekolahkan" tokeh itu atas sifat tamaknya. Lalu keesokkan harinya, pak mat pun menyumbat mulut beberapa ekor limbatnya dgn lumpur. Apabila Tokeh itu tersedar akan perkara itu, dia terus melenting dan memarahi Pak Mat.

Tapi dgn selambanya memberitahu, bahawa lumpur itu untuk mengurangkan kerugiaan beliau kerana dalam perjalanan ke pasar, limbat akan kehilangan air dan berat badan.
Semenjak hari itu tokeh itu terus tersedar dan tidak lagi menganiaya penat jerih Pak Mat.

Thursday, January 15, 2009

Untold story of Kg Kerubong.

Pada tahun 1975, teratak usang Pak Mat didatangi seorang terlalu istimewa. Khabarnya beliau adalah saudara kepada isteri pak mat. Berasal dari linggi, Tok Said nampaknya seorang warak & kuat beragama

Setibanya di rumah,Tok said menyerahkan satu bungkusan kain berisi sedikitberas dan sedikit ikan kering dan cili belacan. Dia menginfakan kpd keluarga PakMat dan isteri Pak Mat yang mesra benar dgn Datuk Saudaranya menerimanya dgn senang hatinya.

Pada malamnya Tok Said yang menumpang di rumah ibu, didapati menghabiskan sebahagian besar malamnya dgn beristiqamah dgn zikir dan mengingati Allah. Pak Mat pula berjemaah subuh bersama beliau dan menerima serba sedikit nasihat agama beliau pagi itu.

Dabuk anak pak mat, terlalu ingin tahu dan bertanya kpd ibu. Kata ibunya, Haji said itu orang alim. Makanannya itu bukan sahaja krn tak ingin menyusahkan tuan rumah, malah kerana warak beliau supaya rezekinya tetap yg halal. Pesan ayahnya, supaya sentiasa memberi wang tambang kpd haji said sekiranya dia dtg ziarah.

Semoga Allah menempatkan keduanya bersama orang2 yg soleh. Amin.

Wednesday, January 7, 2009

Untold story at Kg Kerubong.

Seperti Tok Mat Sab, arwah Tok Mat Derus juga di datangi Penghulu. Salah seorang dari 3 anak lelakinya bakal di ambil sebagai rekrut tentera Jepun. Dan kali ini Long Dol, anak sulungnya, memikul tanggung jawab itu demi adik-adiknya yg masih muda.

Kalau Pak Mat Di hantar ke Singapura, Long Dol pula mengalami nasib yg tidak kurang parahnya. Beliau di hantar mengawasi buruh pembinaan landasan keretapi di hutan2 Burma untuk memberi laluan menakluki India.

Hari2 di situ juga penuh dgn kematian. Bagi tentera, mereka bernasib baik kerana di beri makan nasi. Bagi buruh2 malang, mereka terpaksa memakan kepingan sagu rumbia untuk mengisi perut. Sesekali, Long Dol secara diam2 memberi sedikit nasi pada mereka.

Apabila perang sudah berakhir, beliau pun berjalan pulang ke Krubong. Nasib beliau juga baik kerana, sepanjang perjalanan beliau banyak mendapat pertolongan dari orang awam.

Akhirnya, apabila beliau sampai ke rumahnya, ibunya juga sangat terkejut bila menerima kembali anak yg disangkanya telah meninggal dunia di medan perang.

Tuesday, January 6, 2009

untold story of kampung krubong

Setiap hari di Singapura penuh dgn kematian dan kecederaan. Dan pada satu hari salah seorang kawan baik Pak Mat telah tercedera di bahagian mata akibat amukan pesawat berikat. Tentera jepun telah putus bekalan perubatan kerana terlalu banyak kapal bekalan mereka yg tenggelam.

Semakin lama luka yang kecil menjadi parah dan kedua-dua mata membengkak dan menanah. Pak mat merasa susah hati ketika menyuap sahabatnya makan nasi kerana beliau dpt merasakan sahabatnya spt ramai lagi tentera yg cedera akan mati kalau dibiarkan terlantar begitu saja.

Dgn penuh tawakkal, beliau berserah bulat2 kepada Allah dan memupuk daun keledek yang digiling halus ke mata kawannya. Sejurus ubat buatan sendiri itu dipupuk, sahabatnya berkata bahawa matanya rasa sungguh sejuk sekali.

Dan Allah Sang Maha Pengasih , melimpahkan rahmatNYA. Daun keledek akhirnya menjadi penyambung hayat. Lama-kelamaan sahabatnya pulih dari kecederaan dan sangat2 terhutang budi pada Pak Mat yg berminggu2 merawat dgn menyuap makanan dan memandikan beliau.

Ketika Pak Mat menceritakan kisah ini, beliau merasa sgt terharu dan tertanya-tanya samada sahabatnya yg berasal dari Kedah itu masa hidup atau pun sudah meninggal dunia, kerana mereka terpisah di saat-saat terakhir mereka terselamat dari Singapura.

Friday, January 2, 2009

Untold story of kg krubong

Di Krubong, banyak terdapat burung punai dan itik air yang menjadi buruan pemburu2 spt cikgu daud, pak ngah di dan pandak dengkel.

Tempat pemburuan utama adalah di belakang rumah Dolah Pak Takin yag merupakan paya gelam. Biasanya punai akan bersarang di pokok kelat atau gelam.

Apabila burung punai melintasi persembinyian mereaka, Cikgu daud akan meledakkan senapang laras dua dan Pandak Dengkel, tukang kebun Sek krubong akan memungut dan menyembelih burung tersebut.

Oleh kerana kanak2 yang ramai mengerumuni, biasanya punai lebih dahulu di kutipi oleh mereka. Punai dapat dikenali dgn cara terbanngnya. Biasanya syayapnya akan melebar dan menguncup lama sedikit sebelum melebar semula.

Dan oleh kerana terbangnya berkawan, sesekali, sedas tembakan dpt menjatuhkan lebih dari seekor punai.

Ketaksuban Manan, anak pak dolah dgn kebolehan pandak dengkel menyembelih, menyebabkan beliau menunjukkkan kepandaiannya kpd kawan2nya. Pada satu hari, mereka dikejar oleh Mat kompret kerana menangkap anak ayam baru menetas untuk disembelih ala-ala pandak dengkel.

untold story of kampung krubong

Pada tahun 1976, kementerian kesihatan sering menghantar pekerja untuk menyembur DDT ke dinding-dinding rumah untuk mengawal nyamuk dan penyakit berkait rapat dgn nyamuk.

Pada masa yg sama kerajaan juga memberi benih2 tembakau sebagai tanaman penambah pendapatan penduduk krubong. Jadi Tok Mat Sab juga tidak ketinggalan untuk menanam tembakau di kebunnya berhampiran tok nagor dan perigi.

Apabila tembakau sudah membesar, daun-daun awal dijual di kilang tembakau Bacang. Daun terkemudian dan yang dimakan ulat pula tidak laku krn tak berkualiti. Jadi Tok Mat Sab yang memang merupakan pengguna cerut paling utama di krubong pun menjemur dan membuat cerut resepinya yg tersendiri.

Pengawal nyamuk kementerian pun diberi sebatang dari koleksi cerutunya yang terbaik. Apa yang berlaku selepas itu ialah, pengawal tersebut telah terus tertidur di serambi rumah tok mat sab selepas menikmati cerutu yang tersangat kow itu.

Budak yang lalu lalang cuma mampu tersengih melihat kejadian itu dan mengkagumi kemahiran tok mat sab mengadun gulungan daun-daun tembakau tanamannya sehingga menjadi cerutu sekeras itu.