Sunday, February 8, 2009

untold story of kampung krubong

Tok uti adalah antara orang tua berketurunan jawa di Krubong. Tertarik dgn silat jawa yang di ajarkan pada dak ali anak baba makmin, yg juga cucunya, maka beberapa kanak2 pun dtg meminta beliau mengajarkan silat pengantin jawa itu kpd mereka.

Ketika meminta jasa baik org tua itu sedang memupuk baja dan tanah di pangkal pokok pisangnya. Tok uti pun bersetuju dan beliau pun melakarkan kotak besar di atas tanah kebunnya itu menggunakan sebatang ranting. Kadir, bakar , lobai dan dabuk pun di suruh berjalan itik mengelilingi kotak besar itu sambil berlatih menumbuk angin secara bersungguh-sungguh. Kata beliau sebelum bersilat mestilah mempunyai kuda-kuda yg kuat.

Selepas beberapa pusingan kesemua anak2 itu merana kerana keletihan. Beberapa petang kemudian kedatangan berkurangan kerana kanak2 tidak tahan dgn latihan kuda2 dan semangat yg semakin berkurangan kerana bakar mengatakan Tok uti mana ada silat.

Akhirnya Tok uti pun memberhentikan pembelajaran kerana kurangnya semangat muridnya yang terkial-kial menamatkan kotak kuda2.

Hanya tuhan saja yg mengetahui betapa sedihnya beberapa muridnya yg masih beriya-iya untuk menyamai kemahiran dak ali dgn silat pengantin jawanya ketika itu.

2 comments:

cucu hj hashim said...

Assalamualaikum. Saya tersenyum sorang bila baca your stories abt kg krubong, my kampung.
If I were to hazard a guess,rasanya sdr adalah salah sorang anak lelaki Pak Mat, not sure yg mana satu tapi saya shortlist kpd 3 org. Dak Dabuk?,bukan rasanya. Dak Embing(sorry Amir)?, mungkin, Dak Gesat (Dahsra terbalik)mungkin...
Arwah atuk saya,Tok Mail Gagap pernah jadi peraih ikan limbat (dibekal oleh arwah Tok Mat Sab dll)untuk dijual di pekan Tampin.Sedih sebab tempayan kurung limbat,dacing timbang,basikal Raleigh (basikal lori)beliau dah ghaib entah kemana..
Apapun, terimakasih dah tahniah atas usaha sdr menulis.
Till then, God bless !.

sajak sufi said...

Waalaikumsalam.
Terima kasih atas sokongan. Rasanya mungkinkah saudara ni saudara Jasman. Kalau betul, saya rasa you are also one of the krubongites yang really enjoy fishing kat lubuk2 dan sungai krubong..