Saturday, December 13, 2014

Untold story of kg krubong

Di sekitar tahun 1982, ketika masih berada di tingkatan 1 Biru sek tinggi melaka, saya mempunyai seorang kawan bernama Zairul Rizal. Dia berbadan sangat tegap dan bercita-cita ingin menjadi sprinter MHS. Idolanya adalah pelari pecut dunia ketika itu, iaitu Carl Lewis. Ayah beliau adalah seorang Renjer RAMD yang bertugas di kem Sg Udang Melaka. Antara cerita yg sering beliau ulang2kan ialah renjerlah yg paling berani kerana merekalah barisan paling hadapan menetang komunis pada masa itu. Beliau sangat minat pada pesawat caribou TUDM.Beliau menceritakan pengalaman mereka berpindah ke pengkalan RAMD sarawak dgn menaiki pesawat caribou. Pesawat ni tak ada tempat dudek cuma ada jaring.
maka kelam kabutlah kanak2 yand masih kecil seperti beliau mengharungi perjalanan itu. Bagi saya pulak pesawat caribou ni mmg hari2 melintas di langit kg kerubong dan mendarat di padang batu berendam. dah lak tu.. tiap- tiap tahun saya dan kawan2 akan ke bt berendam menonton pertandingan payung terjun ASEAN. Asyik tengadah tengok pesawat DeHavilland ni ajer....Wallahualam.

Friday, September 5, 2014

Untold story of kg krubong

Kat rumah arwah tok mat sab ni ada 2 pokok yg mempunyai cerita masing2. Saya kurang pasti kalau semua org kenal dengan pokok gokam. Buah gokam kecik bersaiz buah langsat . Bila muda warnanya hijau dan merah bial masak. Masa kecik2 dulu kalau kita org main perang lastik, kita pakai buah gokam muda sbb kalau pakai batu takut sakit sangat. Dak rani akan pakai topi jabatan ukur bapak dia yang keras sebagai topi keselamatan manakala dak lobai pakai gogle 20 posen dari kedai pak aji. satu hari dalam perang suka2 tu dabuk tertembak mata dak lan kopot. Akibatnya dia dapat gelaran doc holiday legenda koboi ok coral. Gobaulah mak dak lan yg sedang berbual kat rumah su salleh. Esok mak dia tanya, bok asal kau tembak mata dak lan...?? Dabuk tak leh kata apa.. dalam perang samada menembak atau ditembak..bisik hati dia... Wallahualam.

Friday, August 1, 2014

Untold story of kg Krubong

Sementara menunggukan ahli keluarga yang lain pulang dari ber "coffee Bean" di bandar, Dak din dan saya pun pergi ketuk teh di kg banjir. Oleh kerana jaraknya agak jauh. Kami meminjam motor milik Dak aris , sepupu kami. Di sana kami sempat menjamah roti telur dan murtabak dari kawan lama, Razali aka Mat entoi, kawan lama sekelas di SK Krubong. Ingatan saya pun melayang kira2 30 puluh tahun yg lalu, ketika saudara Mat entoi dtg meminta pandangan saya untuk beliau bekerja di kedai roti canai didurian tunggal. Terharu dgn pertemuan itu, saya pun mengingatkan beliau, supaya mempelajari seluk beluk perniagaan itu dan mestilah menanamkan niat bahawa satu hari nanti beliau akan membuka perniagaan sendiri. Maas berlalu begitu pantas, selapas beberapa tahun di luar negara dan bekerja di Kuala lumpur. Saya pun pergi minum teh di warung abang aim padang siapung. Pada malam itu, mat sudahpun menjalankan warung roti canai sendiri. Besar hati dengan pertemuan tersebut, beliau membelanja saya rotinya secara percuma... Mudah2an segala usahanya diberkati dan ditambahkan iman dan ketaatan kepada Allah SWT. Wallahualam,

Wednesday, July 16, 2014

Untold story of kg krubong

Yang manakah yang anda lebih percaya sebagai asal-usul nama kg krubong adakah buah kecubong ataupun burung lang krubong.? Sama-sama kita saksikan gambar di bawah: Rasanya buah kecubong lebih banyak kat kg ni. Burung lang putih ni tak pernah nampak. kalau lang lebah atau lang singkap atau lang merah tu biasa ler nampak. Wallahualam.

Wednesday, June 18, 2014

Untold story of Kg Krubong

Saudara baru berbangsa belanda di atas ini bernama Hamzah Abdullah. Beliau adalah tuan punya Stable kuada " The arabian stud" yang berpusat di telaga tujuh, pulau langkawi. Beliau sangat istimewa kerana di stablenya terdapat kuda-kuda Arab yang hebat yang di antaranya berharga sehingga USD 3 juta. Kuda yg bernama Albariq itu adalah milik mantan PM adalah hadiah dari Raja saudi itu yg diterbangkan khas dgn jet peribadi Raja tersebut. Anak beliau adalah pelumba kuda endurance yg pernah mendapat tempat keempat di peringkat dunia. Sungguh mengkagumkan. Ketika melawat ke kandang kuda ini, beliau memasangkan nasyid untuk kuda2 beliau. beliau mempunyai anak2 dari seorang isteri belanda dan 2 org isteri wanita langkawi. Sangat baik orgnya danlemah-lembut serta tidak lokek berkongsi rahsia penjagaan kuda arab, Dari pengalaman saya ketika bersama rakan2 polis berkuda putrajaya, saya hanya meninggang kuda2 Argentina yg mild dan docile. Tidak pernah saya menunggang kuda arab yg temperamental. Bak kata Tun M, kuda biasa ada 4 kaki, kuda arab ni ada 2 kaki. Membayangkan kuda arab yg suka melompat dan barking...Wallahualam..

Sunday, May 4, 2014

Untold story of kampung krubong

Lencana SK Krubong ini mula digunakan pada tahun 1978 iaitu ketika saya berada di darjah 3. Ianya di reka oleh cikgu Mokhtar, iatu cikgu matapelajaran lukisan pada ketika itu.Pada ketika itu lencana ini dijual RM0.30 satu dan warna kuning tersebut pada asalnya adalah warna oren. Lencana logam itu di jual oleh cikgu Sarip, guru mata pelajaran b Inggeris ketika itu dab disimpan di dalam almari jualan barangan alatulis di tingkat satu sekolah baru. Arwah cikgu Bakar pula berjasa memberi nama rumah2 sukan sekolah pada tahun 1980. Mungkin nama tersebut kekal hingga kini sebagai, Garuda berwarna biru, Rajawali, merah, jelatik kuning dan cenderwasih hijau...Wallahualam

Untold story of Kg Krubong

Mungkin ramai yang tertanya2 dari mana asalnya nama kampung kerubong. Dari apa yang pernah diceritakan oleh orang tua2 kampung semasa kami kecil, terdapat dua cerita yang paling popular yang sering mengaitkan asal nama krubong. Cerita yang pertama yang diberitahu oleh arwah nek kayah, di kerubung terutama di sekitar belukar gelam, terdapat banyak pokok kecubong. Oleh kerana Kerubong sendiri di teroka oleh pengambil kayu gelam untuk dijadikan arang dan dijual di pasar, maka kampung kerubong pun mendapat namanya. Cerita yang kedua pula diceritakan oleh nek siah moyang arwah kadir, Di kerubong dulu terdapat banyak burung helang. antaranya burung helang singkap, dan yang hebat sekali adalah burung helang putih yang lebih di kenali sebagai helang kerubong. Dan kerubong pun diberi nama oleh peneroka kampung sempena helang tersebut. Wallahualam