Sunday, June 6, 2021

The untold story of kg Krubong

 Arwah ibu mertuaku adalah bekas guru besar di Kedah. Di Kgnya Kuala Ketil  , beliau adalah guru Quran, Ketua Burdah bersama Ustazah, Waktu pencennya dihabiskan dgn mengajar Alquran dewasa dan pda malam harinya mengajar kanak2 taman, Itu sebabnya semua anak2ku akan kuhantar ke kampung untuk mengaji Quran bersama Tok mereka, apabila cuti sekolah sehingga khatam,

Pada tahun 2015, beliau meninggal dunia setibanya dari mengerjakan umrah kerana pneumonia. Sebelum beliau ke Mekah, beliau telah berpesan kepada rakan burdah tentang suaminya. Katanya sekiranya beliau meninggal dunia, dia minta sahabatnya mencari seorang isteri baru untuk suaminya kerana suaminya selama ini sangat bergantung pada beliau dan tak pandai menguruskan diri sendiri,

Dengan takdir Allah yg maha kaya, setelah beliau meninggal, maka ustazah Hasnah beriya benar untuk mencarikan isteri untuk bapak. Mulanya sebagai anak kami agak kurang senang sehinggalah kami dari ustazah Hasnah menceritakan perihal pesanan sahabatnya ibu kami.

Apabila dekat dengan majlis pernikahan, saya dan isteri pergi melawat ibu2 saudara kami dan menjemput mereka ke majlis pernikahan. Mula2nya mereka menyatakan kesedihan kerana kakak mereka baru meninggal sedangkan abang ipar sudah mahu menikah lagi.

Apabila kami menceritakan bahawa emak sayangkan bapak kami sehignga sesudah mati, ibu2 saudara kami, tersentak dan sedih serta akur dgn kemahuan emak. Saya dan isteri bersyukur kepada Allah kerana lawatan kami kerumah ibu saudara dipermudahkan Allah tujuannya,

Pada 27 Ramadan ini selepas membaca alquran, saya tertidur, didalam tidur saya bermimipi arwah emak, beliau begitu muda, cantik berseri dan memakai baju kurung sambil gembira.

Saya bertanya pada emak: Mak kat mana sekarang?

Emak mertua: Di Syurgalah, orang perempuan ni mudah, kalau dia taat dan berbakti pada suami, mesti masuk syurga, katanya

Saya terus terjaga dan mendapatkan isteri menceritakan mimpi itu, Isteri saya hanya menangais . mungkin terlalu rindu pada arwah emak yang memnag hidupnya tertib.. maklumlah guru bersar,

Hanya Allah sebaik-baik pemberi kurnia pada Makhluknya yang sangat berbakti. Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat arwah mak. Wallahu Alam.