Saturday, May 29, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Bekalan air kampung krubong hanya bermula sekitar tahun 1983. Jadi, sebelum itu semua penduduk mendapatkan bekalan dari perigi berdekatan. Demikian juga dengan masjid kg krubong. kalau masjid lama yg letaknya di pinggir sawah, kedua-dua periginya sangat cetek , masjid baru mempunyai perigi yang sangat dalam kerana letaknya di kawasan yang tinggi.

Maka pada setiap petang khamis, tuan bilal mat nor, tuan noja wahab akan bekerja keras untuk memenuhkan air kolah masjid bagi keperluan jemaah berwuduk solat jumaat pada keesokan harinya. Selain dari kedua pegawai syarak itu, terdapat seorang lagi insan yang sering mengepam air kolah secara diam2 iaitu abang Ani nyah piah.

Kolah masjid bersaiz sederhana, tetapi mengepam air dari perigi sedalam 4 atau 5 pembetung memanglah rumit. Kadang2 tak sampai 2 atau tiga hari air kolah itu di pam, terdapat buih sarang telur berudu di penjuru kolah. Anak2 kecil kg krubong begitu geli-geleman bila melihat tuan bilal mencekup dengan tangan untuk memindahkan telur2 itu ke dalam parit..

Demikianlah khidmat2 yg pernah diberikan oleh mereka2 yg cintakan masjid krubong dan semuanya adalah kerana izinNYA yg menjemput mereka manjadi tetamuNYA di Masjid Krubong. Wallahualam.

Sunday, May 23, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Penduduk kg krubong mmg perihatin dgn pasukan bolasepak krubong. Di hari2 ada perlawanan bolasepak kawasan tanjung, mereka akan menyuruh anak2 untuk menjemput pemain yg tinggal jauh spt tanah merah atau lanjut manis balik makan tengah hari di rumah mereka untuk bersiap ke perlawanan bola.

Jadi tidak sukarlah bagi pemain2 spt adnan ustaz amat, basiran nasir atau subramaniam dari kaman dua untuk bersiap mewakili sk krubong..

Penduduk2 pulak biasanya akan pergi menyokong ke mana saja pasukan mereka bertarung samada ke lereh mahu pun ke bukit rambai.

Jadi tak hairanlah kalau kadang2 bila pasukan mereka menang ada yg bermurah hati untuk belanja ketuk teh di kedai kopi krubung.. wallahualam.

Friday, May 21, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Seperti biasa apabila dabuk balik ke krubong pd tahun lalu, dabuk akan mengupah latip, jirannya untuk menebas atau memesen rumput di kebun belakang rumah emaknya.

Pagi itu ketika membersihkan parit belakang rumahnya untuk dijadikan tempat memancing, latip pun menceritakan tentang kebun getah arwah ayahnya di bukit minyak..Katanya beberapa tahun yang lalu ada sebuah syarikat yg menanam pokok betik dan berjanji akan menanam semula kebun getah beberapa pekebun kecil di situ.. tetapi akhirnya mereka ghaib dan kini kebun getah yg pernah menjadi sumber rezeki ibunya telah bertukar menjadi hutan belukar..

Jadi bagi penduduk kampung, tentulah sukar untuk menanam semula getah memandangkan kosnya tentulah agak tinggi..

Demikianlah dugaan berat yg dihadapi oleh pekebun2 kecil bukit minyak kerubong yg semuanya itu tentulah ketentuan dariNYA juga.. wassalam..

Saturday, May 15, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Di Melaka High School, expectatation terhadap dabuk adalah tinggi. Semuanya kerana dak wai yg dikenali sebagai jipeng di MHS di lewat tahun2 70an mempunyai reputasi yg hebat. Dia adalah ketua pelajar hostel. Dia juga dalah jaguh pidato MHS yg bertanding sehingga ke peringkat kebangsaan.

Arwah abag Hashim, tukang masak hostel menceritakan kpd dabuk bagaimana gara2 meminta menu makanan yg lebih sebab menyebabkan isu besar apabila jipeng mempolitikkan isu itu sehingga berlaku mogok ke atas dewan makan.

Apabila cikgu mat yatim, bekas cikgu SK Krubong yg bertugas di MHS mendapati bahawa dabuk adalah adik jipeng, beliau pun bertanya jipeng di mana sekarang. Dabuk kata di Univ Malaya. Cikgu tanya lagi, buat kursus apa?.. Fakulti sastera.. Cikgu mat yatim yg mempunyai harapan menggunung tiba2 berubah hati.. huh.. katanya mencemik.. krn beliau mempunyai harapan yg tinggi supaya jipeng memngambil kursus sains politik..atau undang2.

Apabila perbualan itu , diceritakan dabuk kepada abgnya, dak wai pun ketwa berdekah2..Begitulah apabila expectation yg tinggi tak terpenuhi... wallahualam..

Untold Story of Kg Krubong

Dabuk, betul2 susah hati pada hari itu. Peristiwa yg berlaku pada tahun 1985 di asrama SMS Muar begitu merungsingkan dabuk. Apa taknya kad pengenalanya telah di dapati hilang dari lockernya.

Selepas meminta pendapat bakar, rakan baiknya. Bakar yg nakal pun mula menakutkan dabuk. Katanya polis mamak maidin muar memang cukup garang dan akan membuli bebudak yg hilang kad pengenalan. Terketar2 jugak dabuk pergi ke balai polis muar.

Tapi hari tu memang nasib menyebelahi dabuk.. Jangankan kata nak buli, polis mamak tu yg pandai2 mengarang cerita. yang dabuk jalan2 dan tercicir dompet beserta kp.. Bakar nampak kecewa hari tu..

Tapi kemudian nasib pulak menyebelahi bakar. Bila check punya check, polis tu tersilap pulaklah tulis alamat.. kampung kerubong muar, ditulisnya.Patutnya krubong melaka.. mana ada kerubong kat muar tu... Menyembur-nyembur bakar ketawakan dabuk yg sekali lagi sangat susah hati di dalam bas MOS untuk balik dari bandar muar..

Tapi Allah lah tuhan yg maha pemurah.. KP dabuk akhirnya dijumpai dalam locker besar..Maka terselamatlah dia dari bertemu dgn polis muar sekali lagi..

Thursday, May 13, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Bagi setiap orang pengalaman spiritual ketika mengerjakan umrah adalah terlalu peribadi dan berbeza2. Begitu juga dgn Zamri. Setiap pagi selepas mengerjakan solat subuh di Makkah, beliau akan menolong untuk mengusung keranda ke tanah perkuburan Makkah.

Semuanya bermula bila beliau yg ingin sangat mencari di mana pusara datuknya yg meninggal di tanah suci ketika haji. Beliau bertanya kepada arab2 yg mengusung keranda secara bergilir2 sejauh 2 kilometer dari masjid. Puas jugak nak dapat arab yg boleh berbahasa inggeris. Katanya, mereka berebut2 krn berharapkan rida ilahi dan seandainya isi keranada adalah shuhada maka dapatlah mereka menjadi pengusung nya. Maka, itulah Zamri tidak melepaskan peluang mengusung keranda setiap paginya di kota makkah. Kubur di sana mempunyai 2 lapis lahad untuk 2 mayat pada satu pusaradan kubur ditebus guna semula dengan mengalih mayat lama yg hancur untuk diganti dgn mayat yg baru. Nisannya dari batu granit biasa menyebabkan zamri tidak dapat mencari kuburan datuknya.

Pada satu hari ketika beliau bertawaf, beliau terlihat seorang perempuan berbangsa habsyi yang meraba2 dgn tongkat utk bertawaf kerana buta. Kerana kasihan dan hajatnya ikhlas untuk menolong, beliaupun memimpin ibu itu bertawaf. Apabila selesai tawafnya, beliau pun memandang ke muka ibu itu. Tergamam bila didapati didapati matanya melopong tanpa sebarang biji mata. ibu itu merungkaikan tangannya dan hilang dari penglihatan beliau. Walaupun pengalamannya pelik, Zamri akur akan demikianlah Allah memperlihatkan bahawa segala kejadian itu adalah semata-mata di bawah kekuasaannya juga. Wallahualam..

Wednesday, May 12, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Pagi itu sekitar tahun 2006 Makcik Peah yang baru pulang dari menunaikan Haji di Makkah bergegas ke rumah arwah ustaz amat. Beliau bertanyakan bagaimana beliau boleh terlihat arwah ustaz berada di tanah suci dan mengerjakan haji.

Setiap kali Mak Cik Peah bercerita, berkali2 jugalah arwah ustaz menjelaskan bahawa beliau berada di kampung pada masa itu dan hanya insha Allah di jadualkan ke Makkah pada tahun hadapannya.

Dan Allah Sang Maha berkuasalah yang maha menentukan. Ustaz yg mengidap diabetes di jemput kembali ke sisinya sebelum sempat melawat tanah suci. Selepas kematian beliau pernah sekali lagi mak cik peah berjumpa dgn nan anak ustaz menceritakan sekali lagi peristiwa dia berjumpa arwah ustaz di tanah suci.

Mudah2an Allah menempatkan beliau hampir di sisiNYA. Wallahualam.

Friday, May 7, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Tak Ramai yg tahu bahawa arwah ustaz Amat dari lanjut manis adalah seorang hafiz. Beliau berasal dari kg rumbia. Budi pekerti dan kekerapannya berazan, menyebabkan seorang Habib peranakan arab akhirnya meminta izin ibu ustaz amat untuk membawa beliau belajar ugama di pondoknya di masjid tanah buat beberapa tahun..

Satu hari arwah ustaz ahmat diminta utk mengajar Al-quran untuk keluarga saudaranya seorang YB, kerana sudah 4 org ustaz dah berhenti mengajar. Kanak2 tu buat macam2 spt menyorokkan tongkat dan kasut ustaz untuk melemahkan semangat beliau. Demikianlah Allah Swt menguji hambanya yg tidak pernah lalai meminta doa dan pertolongan darinya..

Akhirnya perangai anak2 itu berubah baik berkat doa dan kurnia dari sang maha pengasih. Mereka sendiri mengaku tak berdaya melemahkan semangat ustaz dgn ibu mereka.. alhamdulillah, kini salah seorang mereka telah pun menjadi ustaz lulusan Al-Azhar..

Di akhir hayatnya, anak2 ustaz, jaah dan nan membacakan ayat2 al quran.. Apabila mereka berhenti berehat, ustaz menyambung bacaan mereka dalam keadaan matanya yg tertutup..

Mudah2an Allah menempatkan beliau di dalam rahmat NYA setelah pernah bertahun2 berdakwah di sek agama rakyat krubong dan mengajar taranum kalam suci di masjid kg krubong. Wallahu alam..