Saturday, March 28, 2009

untold story of kampung krubong

Salah satu cerita pelik yg pernah diceritakan oleh org lama kg Kerubong ialah mengenai chempiang. Chempiang ialah kumpulan kongsi gelap China yg selalu menyamun kereta lembu yang menjadi kenderaan orang kampung untuk ke tempat-tempat jauh di sekitar tahun 30an.

Satu hari kumpulan kereta lembu kerubong telah diserang chempiang di sekitar air salak. Mereka yang dalam perjalanan ke Tg Keling menjadi agak kelam kabut.

Menurut nenek enjah, Tok Dolah dan Tok Tan Jirannya yg berketurunan jawa pun mengeluarkan seorang seekor belalang kunyit dari bakul2nya dan meletakkan ke tanah. Dengan tidak semene-mena, muncul dua ekor harimau yang sangat besar. Katanya tengkuknya berkelasa dan sangat besar. Chempiang terkejut besar. Mereka menjerit Haiya !dan lari lintang pukang.

Cerita ini mmg pelik buat saya. Namun begitu ia tidak menghalang saya untuk melihat sekeping kulit harimau kering dari cucu Tok Dolah yang menjadi peninggalan datuknya dan Harimaunya yg bernama " Lompat Pagar" itu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh2 mereka. Wallahu Alam.

Friday, March 13, 2009

Untold story of kampung krubong

Di Masjid Kampung Kerubong terdapat sebuah tabuh yang sudah berusia mungkin melebihi seratus tahun.

Kebiasaannya, pada masa dulu, tabuh akan di pukul untuk beberapa tujuan; antaranya menandakan majlis agama, sembahyang jumaat atau pun kematian. Bagi kematian pula nada paluannya agak panjang , berulang dan berterusan; berbeza dari nada paluan lainnya. Bendera berwarna hitam akan di pasang pada tiang bendera masjid.

Pada hari jumaat, Noja Wahab akan menyapu sampah di dalam dan luar perkarangan masjid, kemudian memalu tabuh dan mengibarkan bendera hijau berseni khat kalimah suci 2 kalimah shahadat.

Kini setelah bilal Md Nor dan Noja Wahab meninggal dunia, tiada lagi yang dapat memalu tabuh kerana nada paluannya telah pun dilupakan.

untold story of kg krubong

Pak Mat dan Pak Cik Hamid Kancil tidak dpt berbuat apa2. Mereka hanya mampu melihat dari bawah lori. Maslia kerbau terakhir Pak Mat terbujur kaku di atas lori kecil yg di sewa khas loeh Pak Hamid, jurulelong kerbau kg krubong.

Peristiwa yg berlaku pada tahun 1975 itu adalah gara wabak sakit kuku dan mulut yg menyerang kerbau2 kampung. Pak mat di beri izin oleh Tok Jusuh untuk menguburkan kerbaunya di kebunnya di bawah pokok durian bersebelahan rumah pak cik siron.

Apabila kerbau telah di masukkan ke dalam lubang. Penduduk kg pun melapah perutnya dan kedengaran angin keluar begitu kuat sekali se akan-akan belon besar yang sedang di bocorkan.

Anak2 kecil pak mat yg melihat mengalirkan air mata bukan sahaja kerana sayangkan maslia, tetapi juga mungkin mengerti ujian yg sedang menimpa keluarga mereka. Demikianlah perginya sumber rezeki yg dipinjamkan Allah Taala kpd mereka yg semuanya telah menjadi ketentuan dariNYA jua.

Thursday, March 12, 2009

untold story of kampung krubong

Pada hujung tahun 1982, Pak Mat mengadakan khenduri mengkhatankan 2 anaknya yang paling kecil. Dan pada masa yg sama, uteh saadiah, jirannya menumpangkan anak bunsunya, dak edi manakala Arwah Pak Cik Siron, menumpangkan anaknya, dak sahar untuk dikhatankan oleh Tok Mudim dari Kg Pulau, arwah lebai said.

Seperti kebiasaanya, lebai said menggunakan pisau, dan sekeping pengepit besi. Dan pada hari itulah berlaku satu perkara yg agak luar biasa.

Ketika beliau bersiap untuk menyesaikan kerjanya pada sahar, Tok Mudim berpengalaman ini diuji tuhan. "Pipit"Sahar menghilang dan terbenam kedalam perut. Akibatnya penyepit tercampak jatuh. Lebai Said mengeraskan suaranya dengan ayat-ayat suci Al Quran dan menghabiskan kerjanya.

Akhirnya setelah empat kali di khatankan , kerja2 ke atas Sahar dapat disudahkan. Ketiga sahabat2nya yg lain yg menyaksikan kejadian anih itu terkejut dgn peristiwa itu. Masing2 berbisik kalau sahar yang khatan dulu, aku tak akan tunggu punya. Cabut.

Sahar kelihatan sungguh keletihan dan bila ditanya, kata beliau yg kali keempat je yg berasa sakit. Wallahualam.

Tuesday, March 10, 2009

untold story of kampung krubong

Ketika menjadi askar kerahan di Singapura, Pak Mat menceritakan keberanian seorang juruterbang Jepun. Ketika itu tentera berikat sedang mengebom pengkalan udara mereka, dan di antara pesawat terlibat adalah B25 yang terkenal dgn meriam dan kapasiti bomnya.

Di tengah2 kekalutan itu, juruterbang itu masih sempat berlepas dari landasan dan terus naik menegak ke udara. Menceritakan kejadian itu pak Mat, berasa sungguh terkejut kerana pesawat itu terus menghala tepat ke perut salah sebuah dari B25 itu. Kapalterbang pengebom itu terputus dua dan terhempas serta merta.

Kemudian Pak Mat bercerita pula tentang abang angkatnya Hirata San. Di saat2 Jepun mengundur diri, katanya, beliau terserempak dgn Hirata San Di Malim, Melaka. Hirata San bertempik memanggil beliau, "Amado! Amado!" dari atas lori bermuatan tentera Jepun.

Pak Mat terus melompat masuk ke dalam Sawah dan lari sekuat hatinya. Beliau ketakutan bukan sahaja kerana telah melarikan diri dari Singapura tetapi tidak sanngup meninggalkan ibubapanya sekiranya terpaksa mengikut Hirata San Ke Jepun.

Begitulah kehendak takdir yang menemukan Hirata dan Amado dan kemudian memisahkan keduanya. Dan semuanya itu tentulah yg terbaik buat kedua-dua mereka. Wallahualam.

untold story of kampung krubong

Kalau saudara2 sekelian perhatikan, bahawa di perkarangan Masjid Kampung Krubong, terdapat sebuah meriam lama yang terletak kemas di atas tempatnya yang diperbuat dari simen. Rasa2 saya ianya diletakkan di situ lebih kurang 5 tahun yg lepas.



Meriam itu sebenarnya adalah milik Tok Baba iaitu ayah kepada Tuan Imam Ali yang diberikan kepada cucu kesayangannya yg tinggal bersamanya, Din Kembau.



Sekitar awal tahun 70an, ketika arwah Tok baba dan Nek Gamah masih tinggal di sebelah rumah Pak Mat, Din Kembau sering sahaja menembak meriam itu dgn menggunakan kabaid terutamanya di malam2 bulan ramadan. Meriam itu memang kuat dan sering bergabung dgn meriam2 buluh anak pak Mat untuk "melawan" bunyi meriam dari batu 8 yang sayup2 kedengaran merentasi sawah bendang Krubong.



Khabarnya meriam kecil itu adalah tinggalan askar2 Melaka yang sering menyerang penjajah Portugis dari Ulu Melaka. Wallahualam.

Sunday, March 8, 2009

untold story of kampung krubong

Ikan tilan, ikan tetimah, betuk palas, ikan tongsan leper dan ikan tongsan bulat adalah antara spesis ikan yang di percayai telah pupus dari sungai krubong. Antara penyebabnya adalah aktiviti menangkap ikan tidak sihat yang dilakukan oleh orang2 luar untuk menangkap ikan besar dan juga malapetaka pencemaran.

Pada sekitar tahun 1970an, beberapa kali penduduk digemparkan oleh ikan besar timbul dan "mabuk" di sungai kerana di bom oleh pencari ikan. Biasanya beberapa hari kemudian beribu2 ikan kecil spt trubol, anak tongsan terapong mati.

Tapi peristiwa, kilang getah yg beroperasi di tepi sungai melepaskan sisa industri sekitar 90an telah meyebabkan sungai itu mengalami kemusnahan hiupan yg teruk. Ikan2 kebanyakkan berkudis, terputus dan cacat teruk terkena sisa berkimia. Akibatnya kilang tersebut terpaksa ditutup.

Friday, March 6, 2009

untold story of kampung krubong

Semak belukar sawah kampung kerubong memang telah menjadi "kediaman" ular2 samada yg berbisa atau tidak. Pada sekitar tahun 70 an, keluarga Pak Mat diuji tuhan dgn ular kampung kerubong.

Pada hari tu, Jenal anak lelaki sulong Pak Mat, pulang lewat dari biasa. Ini semua gara2 kerbau2nya yang mencari makan agak jauh di hujung paya. Jenal dan kawan2nya mmg cekap menjaga kerbau. Kerana kalau terleka takut2 kerbaunya akan masuk memakan padi.

Menceritakan semula, beliau mengatakan, kerbaunya sungguh bijak. Beliau hanya akan memanggil sekuat hati "balik" maka kerbau2nya akan bergegas mengekorinya balik ke kandang kurungan di kampung krubong. Demikianlah Sang Maha Pengasih dgn limpahan rahmatNYA memudahkan pekerjaan anak2 kecil kg krubong.

Dalam senja yg berbalam-balam, beliau telah tersepak seekor ular senduk dan ular hitam itu mematuk beliau. Tidak sampai beberapa ketika, beliau pun pingsan.

Pak Mat mengejarkan anaknya ke rumah arwah Cikgu Daud untuk menumpangkan keretanya ke hospital Melaka. Dan Allah Sang Maha Penyayang tidak pernah lalai melimpahkan rahmatNYA. Beliau dapat diselamatkan.
Ikan limbat kuning spt ni pernah saya beli benihnya di ulu langat. Kemudian dipelihara di kolam belakang rumah. Tapi tenggelam oleh banjir yang melanda beberapa tahun yg lalu. Ada beberapa ekor yg dipelihara di dalam perigi. Cantik sekali bila tengok limbak berenang meliuk-liuk di dalam perigi.

Monday, March 2, 2009

untold story of kampung krubong

Pertandingan syarahan agama antara sekolah agama rakyat anjuran sekolah agama kerubong berlangsung pada tahun 1981. Sekolah agama rakyat kerubong diwakili oleh dabuk dan Taufek anak imam Tok Aki.

Apabila pertandingan semakin hampir, guru besar, ustazah Suria meminta anak2 muridnya datang ke rumahnya di cheng untuk latihan secara intensif. Pada tengahari itu kedua anak2 itu pun menumpang teksi arwah tok lambak untuk ke cheng. Walaupun mereka hanya mampu membayar tambang sebanyak 30 sen seorang, Tok lambak sangat gembira menghantar anak2 itu lebih2 lagi setelah mengetahui tujuan mereka.

Di serambi rumahnya, ustazah memanggil jirannya seorang tua berketurunan arab yang hanya di panggil to Sheikh. Tok Sheikh mengangguk2 dan tersenyum bila mendengar bait2 arab dari petikan kitab suci Al quran dan hadis junjungan nabi. Beliau tidak putus2 memberi serba sedikit nasihat agama kepada kedua anak itu dan berjanji untuk sering mendoakan kedua anak2 itu.

Dan Allah yang maha pemurah melimpahkan trahmatnya kepada sekolah kerubong. Dabuk dgn syarahan bertajuk "persaudaraan di dlm islam" menjuarai pertandingan dan Taufek pula menjadi naib johan. Tok Sheikh, Guru besar, Cikgu Sarip dan Cikgu Daud yg duduk di baris hadapan tersenyum gembira.

Kanak2 itu begitu terperanjat menerima hadiah Quran Tafsir HA mahmud yg memang menjadi idaman mereka selama ini. Rupanya2 ustazah Safiah telah merancang perkara itu lebih awal. Allah lah sahaja yg dapat mem,balas kebaikan mereka semua. Amin.

Sunday, March 1, 2009

untold story of kampung krubong

Menjala beramai2 adalah cara terbaik untuk memerangkap ikan besar spt kalui, tongsan, lekoh atau toman. Selalunya bila musim kemarau lubok2 ikan besar spt selekoh, lubuk putat atau lubok si dolah akan di kunjungi penjala2 ikan yg handal spt acip, wak mail jawa, pak lang cepet, budin, pak cik rahim, wahab utan dan yg terhandal sekali ialah jali melikai.

Ikan2 yg ketakutan akan cuba melarikan diri dari lubuk bila begitu banyak jala2 ditebar di sekitar lubuk. Dan di saat itulah, rizki Allah akan dilimpah di sg kerubong. Tiada siapa pun akan berasa iri hati bila mana jala sahabat mereka di pukul ikan besar kerana mereka tetap mengerti yg rizki itu pemberiaan sang maha pemurah.

Tetapi lubuk selekoh ada jaring apollo di dasarnya, putat ada balak kayu manakala si dollah banyak gabin. Oleh itu hanya penyelam yg handal yang akan dpt membawa naik jala nyang dipukul ikan besar.

Menjala seorang diri mmg bukan idea yg baik. Pak Cik Rahim pernah terjumpa rambut terumbai-umbai di air. Mail Jawa terbawa naik mayat budak dan jala long mansur tergunting pendek di lubuk selekoh. Inilah warna2 kehidupan penjala ikan di sg krubong.