Sunday, February 1, 2015

untold story of kg krubong

Pada sekitar lewat 70an dan awal 80an, siapa yag tak kenal arwah kadir. Kalau ada sahaja hari anekaragam di sekolah krubong, beliau pasti menjadi pelakun utama kerana bakat berlakunnya. Dua malam yang lalu, saya telah bermimpi berjumpa arwah kadir. Dalam mimpinya, beliau kelihatan sungguh berseri2 berjubah putih dan berserban putih. Ketika kami sedang berbual2 di bawah sepohon pokok sementara menunggu majlis agama bermula, kelihatan abang beliau yg lengkap berjubah putih datang dipandu pemandunya di dalam kereta berwarna biru. Beliau pada mulanya tidak mahu berjumpa abangnya walaupun diajak oleh saya, tetapi setelah abangnya berlalu pergi, beliau pulak yang tertanya2 seakan2 rindu ingin berjumpa. Kami sekadar mampu melihat beliau berlepas pergi Sejurus kemudian saya pun terjaga dan lama juga saya berfikir dan mengenangkan arwah. Arwah ni yang saya kenal adalah seorang yg baik. Beliau adalah seorang chargeman. Hampir setiap kali pulang bekerja, kesemua wang disakunya akan diberikan sebagai belanja kepada arwah ibunya. Pernah juga bila beliau membaiki soket2 elektrik di rumah arwah mak. Beliau tidak mahu langsung mengambil upah. Sampai terpaksa mengejar dan memasukkan hadiah wang itu ke dalam poket beliau. Di akhir hayatnya ketika terlantar di hospital, pernah saya meminta arwah emak untuk menghantar sedikit hadiah wang untuk arwah ibunya ke hospital bagi menemani beliau, Beliau yang ketika itu telah tenat sehingga hilang penglihatan meminta saya datang melawat beliau. Cuma mungkin itulah kehendak allah, saya tak sempat bertemu beliau yang telah pun dahulu menemui tuhannnya. Alfatihah untuk arwah semoga Allah menghimpun beliau dikalangan org2 saleh. Wallahualam.