Wednesday, January 27, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Sekitar tahun 1979, azan suboh di masjid krubong biasanya dibawakan oleh Arwah Pak Long Wahid yang mengusahakan kedai kopi berhampiran. Pada hari itu, beliau begitu terkejut kerana pada hari itu beliau dikunjungi seorang kanak2 sebagai makmumnya.

Beliau begitu terharu melihatkan kanak2 yang masih lagi termengah-mengah kerana berlari dari rumahnya yang jauh ke masjid untuk menjadi jemaahnya. Beliau mengalirkan air mata. Pada anak kecil dinyatakan syukurnya kepada tuhan yang memberikannya satu2nya makmum pada pagi itu.

Beliau membelanjakan anak kecil roti canai dan teh dari kedainya dan bermulalah perhubungan antara imam tua dan makmum kecil yang beristiqamah di subuh2 masjid kg Krubong. Wallahualam...

Tuesday, January 26, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Malam itu Dabuk terkejut bila Haji Ariffin menghampiri beliau. Peristiwa itu berlaku sekitar tahun 1980. Guru sufi itu menegur anak kecil itu supaya mengerjakan sujud dengan sempurna, kedua-dua dahi dan hidung hendaklah menyetuh ke lantai.

Anak kecil yang loyar buruk itu pun beralasan, "tapi tok, hidung tu kan sunat"..Haji Ariffin hanya tersenyum dan berlalu sambil naik ke tangga masjid. Tanpa disedari anak kecil itu berasa sungguh menyesal kerana bukan senang bagi tok Ipin yg sering hanyut dalam zikirnya untuk menegur dan berbicara kosong. Hanya kerana komen kecil itu, terlepas dabuk dari menerima ajaran dan wejangan dari ahli zikir itu.

Demikianlah takdir tuhan yang telah menentukan yang terbaik untuk anak2 kg krubong..Wallahualam.

Monday, January 25, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Memanglah mata pelajaran yang paling diminati oleh Dabuk di SMS Muar adalah Agama Islam. Apatah lagi bila ianya diajarkan oleh Ustaz Hj Ahmad Tunggal yang kelakar bila mengajar tetapi sangat2 kuat beragama.

Ustaz Ahmad semasa mudanya mengembara di timur tengah untuk mendalami ilmu agama. Oleh kerana kecenderungan yang sama Ustaz Ahmad mmg suka berbual dgn beliau di dalam kelas lebih2 lagi tentang perkara2 agama.

Sesekali terkeluar juga syarahnya tentang ilmu penyucian rohaninya. Rohani itu akan dicerahkan oleh 4 amalan iaitu membaca Al-Quran, zikrullah yg berterusan, puasa sunat dan sembahyang malam.

Semoga tuhan menggolongkan beliau di kalangan orang2 yg khusus. Wallahualam.

Sunday, January 10, 2010

Untold story of kg krubong

Petang tadi di kelas pegawai keselamatan dan kesihatan NIOSH, En Halim tidak habis-habis menekankan pentingnya seorang pegawai untuk mempraktikkan "active listening" ketika menjalankan siasatan pada satu-satu insiden.



Mengingatkan tunjuk-ajar pensyarah itu, ingatan dabuk melayang kepada tunjuk-ajar guru agamanya di zaman anak-anak di kampung krubong. Setiap kali Lebai said mensyarahkan sesuatu dari kitabnya, beliau akan bertanya semula kepada muri-muridnya,; " ada geti". Itulah teknik "active listening" yang telah lama dipraktikkan oleh tok Aid.



Lama-kelamaan pertanyaan itu telah menjadikan sesuatu yg menggeletek hati Dak Bakar. Bakar akan tersenyum dan hampir2 ketawa setiap kali mendengar ucapan itu. Yang lain pulak akan bermati-matian menahan lucu dgn gelagat Bakar..



Hanya tuhan saja yang tahu betapa leganya kanak2 lain bila bakar tidak lagi meneruskan pengajiaannya kerana harus satu hari terbarai jugak gelak dari mereka gara-gara dak bakar yang candi tu.



Wallahualam..

Tuesday, January 5, 2010

Untold story of Kg Krubong

Dah lebih sepuluh tahun dabuk kerja di Esso dan belum pernah ada anak2 kg krubong yg masuk bekerja di sana sehinggalah pada satu pagi di tahun 2007. Haji Jenal begitu terkocoh ganyah lagi memperkenalkan Haji Mahmud kepadanya.

Sebagaimana lazimnya, Haji mahmud meminta dabuk tolong tengok2kan anaknya siti hidayah yang akan mula lapur diri di Esso pada minggu depan.

Dabuk pun mencari Siti dan akhirnya apabila berjumpa dan bertanyakan khabar, dihulurnya kad berserta no telefon untuk dihubungi sekiranya mengalami apa2 masalah di kuala lumpur.

Amanah itu memang besar tapi besar lagi jasa Haji Mahmud yg sering melayan arwah pak mat berulang-alik dari rumah ke kedai simpang untuk secawan teh di lewat-lewat usianya. Terima kasih tuan haji.. Wassalam.