Friday, August 1, 2014

Untold story of kg Krubong

Sementara menunggukan ahli keluarga yang lain pulang dari ber "coffee Bean" di bandar, Dak din dan saya pun pergi ketuk teh di kg banjir. Oleh kerana jaraknya agak jauh. Kami meminjam motor milik Dak aris , sepupu kami. Di sana kami sempat menjamah roti telur dan murtabak dari kawan lama, Razali aka Mat entoi, kawan lama sekelas di SK Krubong. Ingatan saya pun melayang kira2 30 puluh tahun yg lalu, ketika saudara Mat entoi dtg meminta pandangan saya untuk beliau bekerja di kedai roti canai didurian tunggal. Terharu dgn pertemuan itu, saya pun mengingatkan beliau, supaya mempelajari seluk beluk perniagaan itu dan mestilah menanamkan niat bahawa satu hari nanti beliau akan membuka perniagaan sendiri. Maas berlalu begitu pantas, selapas beberapa tahun di luar negara dan bekerja di Kuala lumpur. Saya pun pergi minum teh di warung abang aim padang siapung. Pada malam itu, mat sudahpun menjalankan warung roti canai sendiri. Besar hati dengan pertemuan tersebut, beliau membelanja saya rotinya secara percuma... Mudah2an segala usahanya diberkati dan ditambahkan iman dan ketaatan kepada Allah SWT. Wallahualam,