Friday, February 12, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Lobai dan dabuk keletihan. Mereka begitu terperanjat dgn pemergian arwah Pak Mat yang dijemput pulang ke sisi Sang Pencipta. Keduanya pun bergegas ke pejabat DBKL unit vektor dan penyakit untuk mendapatkan surat kebenaran pengebumiaan. Memang tengah hari itu, pejabat itu agak lengang kerana kebanyakkan mereka belum balik dari sembahyang jumaat.

Tiba2 dabuk ditegur oleh seorang pegawai di situ. Bila di tanya, pegawai itu mengatakan dia berasal dari Sg Mati Muar. Dabuk pun berbual kecil dan bertanya samada beliau kenal pada arwah Haji Hamid Ninja, guru seni silat sendeng di SMS Muar yg juga berasal dari situ.

Mendengarkan nama itu, pegawai itu begitu terperanjat. Beliau terus menelefon anak buahnya supaya cepat2 makan dan balik menguruskan hal kami. Katanya supaya terus balik ke pejabat untuk menguruskan saudaranya di pejabat. Begitulah takzimnya pegawai itu menjalankan amanat guru supaya tolong menolong sesama saudara.

Demikianlah tuhan melimpahkan rahmatnya dan pertolonganNYA pada anak2 kg krubong. Wallahualam.

Saturday, February 6, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Pagi itu dabuk menerima panggilan telefon yg sangat mengejutkan. Peristiwa itu berlaku di sekitar tahun 1991. Panggilan itu diterima dari rakan sekelasnya di SK Krubong yg sedang menuntut di Univ of Minnesota di Twin Cities (Minneapolis-St Paul). Khabarnya beliau ingin berpindah Ke Ohio State university di Columbus.

Ishak mengajak dabuk berpindah ke OSU kerana katanya di situ terdapat kolej Engineering yg besar. Walaupun berminat, ISU telah menjadi darah daging dabuk lebih2 lagi aktiviti sukan bersama kawan2nya. Dabuk menolak pelawaannya dan itulah kali terakhir beliau mendengar dari Ishak.

Kini Ishak telah menjadi Professor Matematik di UPM. Pernah juga dabuk mengirimkan e-mail kpd beliau untuk berhubung tetapi masih belum berhasil. Demikianlah Allah merezekikan ilmunya kepada anak2 SK Krubong yg serba ketinggallan tetapi dgn limpahNYA dapat merambah ilmuNYA di Universiti yg unggul di sana.