Wednesday, February 25, 2009

untold story of kampung krubong

Perlawanan bolasepak persahabatan antara Kg kerubong dan Kg Rumbia pada tahun 1984 yg berlangsung di padang SK Krubong mmg tak dpt dilupakan.

Apa taknya, game anjuran kanak2 remaja yg diterajui oleh Saudara man pak haji, akhirnya menjadi begitu serious bila begitu ramai pemuda2 dan org tua krubong turun padang untuk memberi sokongan. Antaranya adalah raja2 bola kerubong seperti Abg Isa samad, kalui dan parman.

Rumbia pula di ketuai oleh dak candu dtg beramai2 dgn menunggang basikal. Perlawanan mmg betul fight dan 50-50 lebih2 lagi candu mmg kebal bila bola 50-50.

Kecewa dgn aksi hambar adiknya, dak edi, abg isa pun menjerit kpd adiknya, "kalau mcm ni kau main, lain kali jgn main lagi!!" Adiknya menikus ketakutan.

Akhirnya nasib menyebelahi kerubong bila cubaan man pak haji terkena tangan candu dan memberikan sepakan penalti yg akhirnya disempurnakan sendiri oleh beliau.

Candu yang terkilan dgn perlawanan itu meminta re-match di Rumbia. Tapi setelah begitu ramai sokongan dari pemuda kg, man pak haji dan rakan2nya pun cuak juga hendak menyambut cabaran candu.

Tuesday, February 24, 2009

untold story of kampung krubong

Bagi saudara yang tak kenal ikan limbat. Gambar di sebelah ini adalah ikan limbat yg berjaya di tangkap di Tasik Puncak Alam Selangor. Dan masih terdapat banyak spesies ini di paya gelam kerubong. Pemasang lukah terakhir, arwah Baba Makmin telah pun kembali ke rahmatullah beberapa hari yang lalu.

Persoalannya masih adakah lagi anak kerubong yang mampu mengeluarkan hasil dari paya kerubong ini selepas beliau.

Wallahualam.

Sunday, February 22, 2009

untold story of kampung krubong

Anak2 Pak Mat memang rata2nya mahir dgn Sungai Krubong. Dan lazimnya, yang abang akan menjala ikan dan adiknya akan membawa kumbu berisi ikan. Dan apabila mereka selesai menjala , mereka akan mandi-manda sambil mengisai jala dari lumpur dan sampah di lubuk baba temberang yang cetek dan berpasir. Pada masa itulah Dak wai akan membersihkan adiknya lobai atau dabuk sambil mengajar berenang.

Tapi hari itu agak berbeza, kerana hari sudah agak petang. Mereka menjala ikan terubol di lubuk putat. Ketika ke seberang sana Dak wai membawa dabuk dan Malik adik sepupunya. Apabila telah selesai Wai cuma membawa dabuk semula keseberang.

Malik yang ketakutan menjerit meminta Wai dan acip untuk menemaninya berenang kembali. Tapi, Wai yg mmg agak nakal pun sahaja aja tak mau.

Akhirnya, Malik pun nekad. dia berenang sambil kepalanya terbenam ke dalam air, satu2nya cara berenang yang dia tahu. Akhirnya, Malik berjaya merentasi Lubuk Putat yang terkenal dgan lubuknya yg berteluk dan dalanm. Semuanya atas galakan cara paksa dari Wai.

Sunday, February 8, 2009

untold story of kampung krubong

Tok uti adalah antara orang tua berketurunan jawa di Krubong. Tertarik dgn silat jawa yang di ajarkan pada dak ali anak baba makmin, yg juga cucunya, maka beberapa kanak2 pun dtg meminta beliau mengajarkan silat pengantin jawa itu kpd mereka.

Ketika meminta jasa baik org tua itu sedang memupuk baja dan tanah di pangkal pokok pisangnya. Tok uti pun bersetuju dan beliau pun melakarkan kotak besar di atas tanah kebunnya itu menggunakan sebatang ranting. Kadir, bakar , lobai dan dabuk pun di suruh berjalan itik mengelilingi kotak besar itu sambil berlatih menumbuk angin secara bersungguh-sungguh. Kata beliau sebelum bersilat mestilah mempunyai kuda-kuda yg kuat.

Selepas beberapa pusingan kesemua anak2 itu merana kerana keletihan. Beberapa petang kemudian kedatangan berkurangan kerana kanak2 tidak tahan dgn latihan kuda2 dan semangat yg semakin berkurangan kerana bakar mengatakan Tok uti mana ada silat.

Akhirnya Tok uti pun memberhentikan pembelajaran kerana kurangnya semangat muridnya yang terkial-kial menamatkan kotak kuda2.

Hanya tuhan saja yg mengetahui betapa sedihnya beberapa muridnya yg masih beriya-iya untuk menyamai kemahiran dak ali dgn silat pengantin jawanya ketika itu.

Saturday, February 7, 2009

untold story of kampung krubong

Majlis tahlil setiap malam jumaat di masjid kampung krubong sekitar tahun 70an dan 80an di pimpin oleh arwah imam Harun. Dan kebiasaannya, juadah hidangan selepasnya adalah sangat ala kadar iaitu beberapa piring goreng pisang nangka dan secerek air teh. Air teh biasanya dibuat sendiri oleh Arwah bilal md nor.

Oleh krn anak qariahnya yg rata2nya susah, Pak Hamid, pemandu teksi kg, sering menceriakan kanak2 di masjid degn sedekahnya spt roti canai atau roti jala untuk majlis tahlil.

Di hari2 bilal Md Nor uzur dan tidak berjemaah, imam akan meminta anak buahnya, dabuk membawa cerek masjid dan sehelai duit 1 ringgit ke kedai Arwah Hassan Baghdad untuk membeli teh. Setiap kali ke sana, Isteri Tok Hasan mmg pemurah, beliau akan membuat air sepenuh cerek dan bersedekah kuih muih dari kedai kopinya.

Keliru dgn sedekah itu, Dabuk bertanya pada bapa saudaranya, kerana di kedai lain, teh di sukat mengikut gelas, 1 Ringgit hanya akan dpt 5 atau 6 gelas yang akan dikongsi imam bersama jemaah lain. Menurut imam, Hassan itu org baik. Mereka pernah belajar agama di Singapura bersama.

Pada zaman itu juga, Pak Hassan sering melahirkan rindunya untuk ke masjid dan beliau sering menceritakan rasa itu kepada sahabatnya tuan imam. Ketika menceritakan peristiwa itu, tuan imam kelihatan sugul kerana sahabatnya sudah mulai jarang menjadi jemaahnya. Dia menasihatkan anak buahnya tentang istiqamah beribadat.

Dan Allah sang maha perkasa sahajalah yang memegang janji hamba2nya. Pak Hassan di jemput ke sisiNYA pada pagi jumaat di tahun 1981. Mudah2an Allah menghargai rindu hamba2nya yang selalu mengingatiNYA.