Sunday, May 4, 2014

Untold story of kampung krubong

Lencana SK Krubong ini mula digunakan pada tahun 1978 iaitu ketika saya berada di darjah 3. Ianya di reka oleh cikgu Mokhtar, iatu cikgu matapelajaran lukisan pada ketika itu.Pada ketika itu lencana ini dijual RM0.30 satu dan warna kuning tersebut pada asalnya adalah warna oren. Lencana logam itu di jual oleh cikgu Sarip, guru mata pelajaran b Inggeris ketika itu dab disimpan di dalam almari jualan barangan alatulis di tingkat satu sekolah baru. Arwah cikgu Bakar pula berjasa memberi nama rumah2 sukan sekolah pada tahun 1980. Mungkin nama tersebut kekal hingga kini sebagai, Garuda berwarna biru, Rajawali, merah, jelatik kuning dan cenderwasih hijau...Wallahualam

Untold story of Kg Krubong

Mungkin ramai yang tertanya2 dari mana asalnya nama kampung kerubong. Dari apa yang pernah diceritakan oleh orang tua2 kampung semasa kami kecil, terdapat dua cerita yang paling popular yang sering mengaitkan asal nama krubong. Cerita yang pertama yang diberitahu oleh arwah nek kayah, di kerubung terutama di sekitar belukar gelam, terdapat banyak pokok kecubong. Oleh kerana Kerubong sendiri di teroka oleh pengambil kayu gelam untuk dijadikan arang dan dijual di pasar, maka kampung kerubong pun mendapat namanya. Cerita yang kedua pula diceritakan oleh nek siah moyang arwah kadir, Di kerubong dulu terdapat banyak burung helang. antaranya burung helang singkap, dan yang hebat sekali adalah burung helang putih yang lebih di kenali sebagai helang kerubong. Dan kerubong pun diberi nama oleh peneroka kampung sempena helang tersebut. Wallahualam