Thursday, July 2, 2009

untold story of kampung krubong

Sekitar 1980, rutin bergembira dan bermain dabuk menerima jalan buntu. Semuanya kerana arwah Tok Mat Sab telah meminta menemani beliau yg uzur untuk memasang dan memungut lukah ikan limbat di hari2 cuti.

Setiap kali ke kedai kasut Bata dan melihat kasut berjenama bubble gummers, pasti dabuk teringat kasut bubble gummers rayanya yg digunakan ke paya limbat. Lazimnya dabuk akan memikul karung limbat manakala atuknya akan membawa timba berisi umpan taucu yg sangat busuk dan meloyakan.Wek..

Seperti hari2 biasa adalah kepantangan mereka berbual di dalam hutan. Tapi hari itu satu perkara menakjubkan berlaku. Di penghujung laluan paya limbat , di sekitar lubuk berair hitam berdekatan kebun Arwah Nek Ada & Sidang Polek, Arwah Tok Mat Sab berhenti sebentar dan meminta dabuk yg telah pun terhuyung hayang diterjah limbat2 dari dalam karung untuk memegang timba taucu. Hanya Tuhan sahaja yg mengetahui betapa tak lalunya menghidu bau umpan itu. Kembang tekak Dabuk.

Arwah Tok Mat Sab yg uzur, dgn selambanya menebang sebatang gelam besar dan tinggi dan memikulnya keluar dan meninggalkannya di pinggir hutan itu. Semuanya dilakukan dgn mudah dan seorang diri. Dabuk hanya mampu tercengang dan jauh di sudut hatinya dia akui hanya Tuhan sahaja yg mampu melimpahkan rezeki sebegitu pada anak2 kg krubong. Wallahualam.

No comments: