Saturday, May 2, 2009

untold story of kampung krubong

Banjir di Kg Krubong disambut dgn dua rasa yg berbeza setidak-tidaknya. Bagi golongan ibubapa, hujan yg turun tidak henti2 bermakna cabaran besar krn mereka tidak dpt turun menoreh getah.

Bagi kanak2 pula, inilah masanya untuk menagkap ikan dgn menggunakan tajur. Begitulah halnya juga dgn abg ani dan mahat. Mereka pun mengambil batang palas untuk dibuat btg tajur. Daunnya di potong pendek. Dan dari jauh memang susah nak bezakan dari seganit. Jadi biasanya tajur palas lebih sukar dikesan berbanding tajur buluh.

Tetapi malang tak berbau, cacing yang di cangkul memang banyak. Mahat pun mengutipnya satu persatu untuk di jadikan umpan. Ketika Mahat menghulurkan jarinya, mata cangkul yang dihayun oleh Ani, terbenam kejari mahat.

Nyah piah, terkejut besar dan membawa Mahat ke Klinik. Begitulah ceritanya bagaimana jari mahat ditakdirkan menjadi kudung sedikit. Wallahualam.

3 comments:

aNIe said...

Hmmm...Kampung Krubong...di mana terdapat saudara2 ku yang bau2 bacang...dah berdekad2 lamanya tak menjejak kaki ke Kg Krubong...aku cuma singgah di Kg. Tanah Merah...kampung kelahiranku

Bondtoad said...

Kesian si Mahat. Lama dah aku tak jumpa dia. Ntah hidup lg ke tak agaknya....

sajak sufi said...

Mahat tentulah masih hidup. kalau tak sapa nak pasang cassette org kahwin..