Tuesday, March 10, 2009

untold story of kampung krubong

Ketika menjadi askar kerahan di Singapura, Pak Mat menceritakan keberanian seorang juruterbang Jepun. Ketika itu tentera berikat sedang mengebom pengkalan udara mereka, dan di antara pesawat terlibat adalah B25 yang terkenal dgn meriam dan kapasiti bomnya.

Di tengah2 kekalutan itu, juruterbang itu masih sempat berlepas dari landasan dan terus naik menegak ke udara. Menceritakan kejadian itu pak Mat, berasa sungguh terkejut kerana pesawat itu terus menghala tepat ke perut salah sebuah dari B25 itu. Kapalterbang pengebom itu terputus dua dan terhempas serta merta.

Kemudian Pak Mat bercerita pula tentang abang angkatnya Hirata San. Di saat2 Jepun mengundur diri, katanya, beliau terserempak dgn Hirata San Di Malim, Melaka. Hirata San bertempik memanggil beliau, "Amado! Amado!" dari atas lori bermuatan tentera Jepun.

Pak Mat terus melompat masuk ke dalam Sawah dan lari sekuat hatinya. Beliau ketakutan bukan sahaja kerana telah melarikan diri dari Singapura tetapi tidak sanngup meninggalkan ibubapanya sekiranya terpaksa mengikut Hirata San Ke Jepun.

Begitulah kehendak takdir yang menemukan Hirata dan Amado dan kemudian memisahkan keduanya. Dan semuanya itu tentulah yg terbaik buat kedua-dua mereka. Wallahualam.

1 comment:

Bondtoad said...

Ni Pak Mad mana ni? Macam En. Ahmad je bunyinua... Hang pun mewarisi bakat berbahasa jepun. Sumata mau? Yosha..!!