Sunday, April 17, 2016

Untold story of kg Krubong

Berita Arwah Aziz anak arwah cikgu Bakar meninggal begitu membuat semua penduduk terkejut. Aku pun cuma tahu melalui group whatsapp SK krubong bagi pelajar 1976-1981. Kenangan aku terimbau balik berpuluh tahun dahulu ketika di hari arwah Aziz melangsungkan perkahwinannya. Mana taknya di hari itulah arwah bidan Semah iatu neneknya meninggal di rumah imam Harun. Aku diminta oleh pak long harun untuk memangggil arwah busuh sakyah iaitu ibu arwah Aziz untuk memberitahu kepadanya berita kematian itu. Arwah busu sakyah pun berlari bersamaku kembali ke rumah arwah imam harun. Seketika itu juga rekod di majlis perkahwinan dipadamkan bagi menghormati kematian nenek beliau. Di rumah pak long Harun kulihat arwah busu Sakayah menangis dgn sebak sekali. Beliau mencium kaki ibunya terkilan tidak dapat menemuinya lebih awal. Begitulah kehendak tuhan yang maha merancang atas tiap2 sesuatu..