Saturday, November 1, 2008

Untold story at Kg Kerubong.

Sawah padi di kerubong seluas mata memandang. Kat sawah tu pulak ada banyak kerbau dan lubok ikan. Antaranya lubuk tengah, lubuk bidan semah, Lubuk Pak abas, Lubuk baba kasim, lubuk lubuk pak terap. Tapi yang paling selalu menjadi tempat mencari rezeki adalah alor.

Kerbau adalah binatang peliharaan utama disebabkan sawahnya ang luas. Penduduk kg membuat sebuah kandang yang besar dan berkongsi tempat mengurung kerbau yang di halau balik dari sawah dan sungai.

Lubuk tengah memang dalam. Tiap tiap tahun, traktor bajak sawah akan terbenam kedalam lubuk ini kerana kelirukan sawah bendang. Kat situ ada dua tambun terkenal iaitu tambun dak budin dan tambun man botol. Airnya dalam dan sejuk. Tiap2 minggu ada saja yang menimba tambun untuk menangkap ikan lubuk tengah.

Lubuk bidan semah pulak letaknya didalam hutan kecil. Kat situ ada paya mengkuang yang membuatkan susah untuk menangkap ikan. Sekitar tahun 80an, Lubuk itu telah berjaya ditimba sampai kering. Ikannya terlampau banyak. Masa tu juga dia orang jumpa ular sawa besar. Jamal kadok yang memang berani orangnya pun tangkap ekor ular tu dan terus tarik ke darat sambil berlari. Kecundang si batik hari tu.

Lubuk Pak terap paling di geruni. Lumpurnya berwarna hitam. Payanya sangat luas dan tak pernah kering. Di situlah sekitar tahun 70an pabeng dan Malek menangkap seekor keli albino. Warna putih. Bapa dia punyalah takut, malam tu jugak pergi lepaskan balik. Lubuk ni di tengah hutan. Ada banyak ikan lembat, tetimah, belida dan haruan.

Lubuk pak abas tu dalam pokok rumbia, tapi satu parit digali supaya air dia boleh digunakan untuk tanam padi. Banyak ikan sepat, belida especially selepas banjir surut

Lubuk pak kasim membahaya, sekitar 60an pak kasim hilang ketika mencari kerbau. Kat pokok situ orang ada tersepa harimau akar. Terlalu banyak ikan sebab letaknya dekat dengan sungai dan hutan. Ikan lembat banyak.

Tapi paling grand still alor. Dia tempat budak2 belajar berenang sebab airnya bersih dan terletak tepi padang bola. Kat situlah sekitar 80an masa dikeringkan, ikan haruan sebesar peha berjaya di tangkap. Warna dia dekat putih sebab tua sangat.

4 comments:

Bondtoad said...

Teman suka bebeno baca cerita kome ni. Betul ke cerita ni? Semacam je best bunyi nye. Diberitakan kot?

sajak sufi said...

adake cerita hidup dgn mati kome kate diberitakan je..

karisma said...

Apalah guna kerja keras masa menimba...kalau akhirnya kecundang masa "Amai-amai la kopeng"..

sajak sufi said...

amai-amai lai kopeng kalau dah kena jengah mmg mcm ambik periksa tapi dah dpat soalan bocor...