Thursday, November 6, 2008

untold story of kampung krubong

Kalau tengok kat google earth di website kerubong, kita akan nampak Jalan Haji Hashim. Haji Hashim bagi saya bolehlah di anggap orang "budiman" krubong. Beliau bekerja di Pejabat pelajaran KL. Rumah beliau terletak di sebelah sek krubong. Beliau membakar semangat org kampung utk menghantar anak ke sek menengah dan univ pd sekitar tahun 60an dan 70 an. Rata2 ibubapa biasanya patah semangat oleh yuran buku dan sek yg tinggi kerananya keseluruhan penduduk adalah penoreh getah.

Haji Hashim sedar adik sepupunya mempunyai anak yang cerdik tetapi terlalu miskin. Beliau sering memberi bantuan kewangan, menggaji pak mat menjaga kebunnya, dan memberi semangat. Satu hari anak Pak mat mendapat tempat ke sek Jln Kolam ayer (Sekarang Sek Sri Putri). Pak mat berasa sgt susah hati. Nasihat beliau" Dik kalau tak sanggup meredah lautan, takkan adik sampai ke seberang".

Beliau telah memberi berbagai pertolongan dan akhirnya ramai lagi anak pak mat telah memasuki universiti.

Sekitar 80an, Haji Hashim meninggal dunia di Mekah ketika menunaikan haji. Semoga Allah memuliakan beliau atas perjuangan beliau memerdekakan minda anak2 kerubong untuk merambah menara gading.

3 comments:

babyzee2511 said...

salam.

terima kasih sedara kerana sudi bercerita tentang datuk saya. moga roh beliau sentiasa dicucuri rahmatNya, amin.

sajak sufi said...

Salam kembali baby,

Saya berasa bertuah dapat berjumpa dan kenal dgn arwah. Sememangnya orang yg hebat dan banyak lagi cerita beliau yg tersimpan bersama, walaupun saya pada masa tu masih lagi kanak2. Pesan beliau, "hutang budi di bawa mati"

babyzee2511 said...

salam,

apa pun saya yakin di sebalik segala jasa baik yang telah diberikan, beliau tidak mengharapkan sebarang imbalan, niat beliau tidak lain tidak bukan mahu anak2 kerubong menjadi warga berilmu.

Pemergian beliau ke rahmatullah sewaktu menunaikan haji di Mekah terlalu mendalam kesannya pada saya walaupun waktu itu saya masih belum bersekolah. Seorang datuk yang penyayang dan tentu sahaja kasih sayang beliau sentiasa segar dalam ingatan saya.