Wednesday, November 12, 2008

untold story of kampung krubong

Peristiwa rumah 2 ibu tunggal terbakar tu masih lagi segar dalam ingatan. Kejadian tu bermula pada tengahari. Ketika memasak nasi, Allahyarhamah nek Embam telah pergi ke kedai. Di suainya bara kayu api masak nasi dan lauk tu. Rumah tepi sawah, tentulah banyak angin. Di takdirkan Allah, bara kayu api tu menyala balik dan menjilat rumah beratap rumbia tu. Kemudian, rumah anaknya, Nyah Piah pun disambar api juga.

Aim Skru, cucu nek embam yg tinggal sama2 dia, meraung dan penduduk kampung pun cuba memadamkan api dgn air bandau. Dak Mahat mmg satunya ada pemain cartridge. Ptg2 ramai yang lepak rumah dia dgr lagu dari pemain lagu waktu kenduri kahwin krubong itu.

Aim Skru berlari sambil menagis pergi mengadu ke rumah Tok Mat Sab. Dak Mahat cuba menyelamatkan pemain cartridge yg terbakar dgn melemparkan ke dalam air. Apa lagi teruslah rosak

Petang itu ramai yg datang membersihkan tapak rumah dgn mengutip sisa kebakaran. Apabila rumahnya di bina semula, benda yg pertama sekali dibeli oleh mahat ialah pemain cartridge.

2 comments:

karisma said...

masalah dak mahat ni..

cucu hj hashim said...

Sejurus selepas kebakaran, saya mengikut Pakcik Siron (rumahnya sebelah rumah Dorahman Cendol) dan Dorani (org Sg Badau,dulu penah meniaga ABC sekejap kt sebelah kedai arwah Paklong Wahid) gi round kampung collect derma untuk bantu mangsa kebakaran.
Mcm mcm barang yang orang kampung dermakan. Ada yang kasi duit,makanan, pakaian terpakai , pinggan mangkuk dll.
Begitulah seadanya... Walaupun rata rata penduduk Krubong orang susah, namun semangat bantu membantu diantara satu sama lain memang dibanggakan.