Friday, May 1, 2020

Amsterdam Sunyi kerana Covid 19


Amsterdam sangat sunyi kali ini. Perjalanan menaiki A380 Emirates juga berbelah bagi. Risau jugak  bila mengenangkan  Covid 19 yang begitu rancak di Eropah. Gambar di atas di Tramp Frederickpleins di mana kami menetap ketika dari 16 mar sehingga 19 Mar 2020. Benarlah kata org. Imegresen yg paling friendly ialah di Schipol Amsterdam. Kami bertanya bagaimana keadaan di sini?
Pegawai imegresen secara berseloroh. Oh we are all gonna die here....:)

Di Amsterdam orang tak panik. Kami terima berita dari anak2 yang panic buying gila2 di Kajang. 


Pada keesokkan harinya, kami melawat Windmill di Zaans.  Baru Aku tahu yg windmill ni adalah kilang. Trip ni kami pergi free and easy. Pergi beli tour package di hop on bus punya company.  Hari tu melawat windmill, kampung belanda dan kilang kasut. Malangnya kilang cheese tutup kerana Covid. Cuma ada satu Bus saja esoknya Amsterdam Lockdown. Bus tu Penuh dengan pelawat dari Mesia. dari London mau ke paris. Beraninya nak gi Paris, epicentre tu.


Nilah Frank, Tukang buat kasut kayu terompah kayu belanda. Mahal nak mampus beli juga dan hantar ke office. Sepasang Euro 99.


Amsterdam kerap berlaku banjir Besar sebab banyak laut   dengan benteng daik dan dipam menggunakan windmill.

Pada 19 haribulan kami merbau keputusan besar iaitu memendekkan cuti kerana semuanya tutup sudah di sini. Di Airport , kapalterlbang kami dgn KLM ke London telah dikensel. Dengen pantas kami membeli flight baru dgn Easyjet ke Luton Airport. Kapalterbang cuma separuh penuh dan rezeki kami bila data sampai ke London dgn selamat.



Rezeki Covid. Kami eiupgrade Ke Hard Rock Hotel dari Hard Rock Apt. Lokasinya Betul di Oxford St. Dan dapurnya ada makanan Halal.





Di Bicester saya berjumpa kawan sekerja yg telah Pencen di ExxonMobil dulu. Kak Zahara HR pergi melawat anaknya yg bekerja di London. FO pun lengang kirana Covid. Pastinya kami kan datang lagi ke sini Insya Allah.

No comments: