Monday, May 4, 2020

Untold story of Kg Krubong- Hiking Jabal Nur

Januari 6 mencatat kenangan dalam hidup. Buat pertama kali dengan izin Allah mendaki ke Gua Hira tempat turunnya wahyu pertama

Seperti yang dirancang kami menaiki teksi dari kota mekah ke kaki jabal nur. Tamabang seorang 10 riyal. Kebetulan saya menaiki teksi bersama ustaz UNIC dan 2 jemaah SB Malaysia. Perjalanan mendaki gak cemas kerana driver badwi ni memang lasak. Oleh kerana jemaah yang lain lambat sampai, kami bercadang mendaki ke atas. Sepanjang jalan terdapat road block byat kata ustaz. Iaitu orang pakistan meminta sedekah.


Oleh kerana mendaki di malam hari pada bulan januari, suasana sejuk perlu dilalui. Saya dgn rendah diri meminta ustaz perlahan sedikit bila saya keletihan dan perlu RNR. Mujur ketiga-tiga mereka sporting dan berkongsi torchlight dgn saya.

Perjalanan memakan masa dalam 50 minit untuk sampai ke puncak. Kalau sebelum ini mendaki, di puncak perjalanan sudah sedikit rata. Banyak jemaah dari turki dan yang wanita dari indonesia dan turki sahaja yg mampu.

Di puncak kami membeli maggi dari sebuah warung dan makan di situ. Enak betul sambail melihat kota mekah. Rombongan Az zuhar yg lain membuat keputusan untuk tidak naik ke puncak. Jadi hanya kami dan seorang lagi jemaah yg juga hiker yang mendaki malam itu.Menurut ustaz, mendaki ni tiada apa2 cuma mengingat ibrah nabi berkhalwat di situ.

Oleh kerana asyik diganggu oleh seorang pakistan yg meminta untuk tukar ringgitlah dan macam-macam, ustaz pun meneruskan perjalanan turun dan memasuki gua hira. Didalamnya terdapat ramai org turki yg menunggu giliran untu solat sunat di dalam gua kecil itu.Kami duduk di situ seketika.Perjalanan turun lebih cepat kerana menurun lebig ringan tapi lutut pulak sakit sikit. Hanya allah saja yg tahu betapa bersyukur di hati kerana dijemput ke atas Jabal Nur. Hanya dia yg mampu memberi kekuatan untuk memanjat ribuan anak tangga untuk ka atas. Wallahualam.


No comments: