Monday, May 4, 2020

Untold story of Kampung Krubong -Diary Umrah-Jannat Al Mualla


Pada bulan Mac 2019 arwah abang Hj Zainal telah kembali ke rahmatullah. Penyakit GBS yang di hidapinya semakin pulih selepas 3 bulan di Hospital Annur Mekah. Ketika isterinya sibuk menguruskan penghantaran pulang bersama pihak Andalusia, beliau meninggal selepas serangan jantung.

Ketika menunaikan umrah jan 2020 saya dan isteri pun menaiki teksi ke Jannat al mualla iatu tanah perkuburan mekah.  Hanya lelaki sahaja yg dinenarkan ke kubur. Alhamdulillah dapatlah saya menziarahi kuburan beliau. Mudah-mudahan beliau tergolong di kalangan orang yang dirahmati Allah. Semua kuburan di situ hanya bertanda nombor serta batu saja.

Menurut pemandu teksi bangsa bangladesh bernama Zakir, selepas setahun kubur akan di gali dan diletakkan ke tingkat atas bersama tulang mayat yg lalu untuk memberi laluan pada mayat baru. Apa yang menakjubkan banyak mayat juga yang tidak hancur maka kekallah jenazah di situ. Hanya Allah sahaja yg menetukan keadaan itu dengan sifat belas kasihanNYA yg maha agung.

Zakir pernah bekerja kilang di batu pahat selama 7 tahun. Dia tidak habis-habis memuji sedapnya kari dan roti canai di Malaysia. Jadi Zakir lah yg saya panggil untuk miqat ke Tanaim untuk umrah seetrusnya. Wallahualam.




No comments: