Wednesday, May 6, 2020

The untold story of kg krubong- Fauna

Krubong juga kaya dgn flora dan fauna. Antaranya adalah kepelbagaian burung yang terdapat di kampung kerana perbezaan geografinya yang mempunyai bendang, hutan paya, sungai, ladang getah dang kampung. Antara burung yg menjadi buruan kanak-kanak krubong adalah:

1. Pipit haji atau pipit uban


Burung ni memang banyak betul bila swah kg mulah berbuah. Biasanya pak mat akan mmeletakkan tin susu dan menggantungnya ke bebrapa tiang di petak2 sawah. Tin2 itu disambung tali plastik sehingga ke pondok jaga padi. bila ditarik tin akan berbunyi maka berkawan-kawanlah pipit lari ketakutan. Mentang2lah bulu kepalanya putih namanya diberi sebagai pipt uban. Atau piit haji yang memimikkkan kopiah seorang haji.

2. Pipit rumah.

Pipit ni ada juga di sawah tapi tak seganas pipit uban membelasah padi

3. Ruak-ruak


Wak wak ni biasa ditangkap dengan jerat simbat , jaring atau tiup-tiup. Antara yg mahir tiup wak-wak adalah arwah babah makmin. 

4. Puchong keladi

Biasanya banyak di sawah kerana ia memakan anak ikan. Pernah lah dia termakan tajur dabuk. apa lagi di sembelih oleh imam harun dan dapatlah ddabuk makan nasi lauk pucong goreng hari tu.

5. Itik air



Bila hujung tahun biasanya kampung krubong akan banjir dan pada masa yg sama itik berpindah dari cuca sejuk di hemisfera utara. Biasanya rancaklah rela kg seperti pandak dengkel, cikgu  daud berperahu bagi menembak itik yang mendarat di bendang krubong yg acup oleh banjir. Sekarang dah tak pernah nampak itik air di krubong.

6. Burung belatuk.



Teringat pulak lagu kanak ini:

Burung belatuk kepala merah
curi lauk  datuk marah

burung belatuk kepala kuning
curi lauk datuk pening

burung belatuk kepala hijau
curi lauk datuk kejau

burung belatuk kepala bitu
curi lauk datuk haru...

Mmang bayak warna jambul burung belatu dan itulah keistimewaannua.  Biadsanya ia akan membuat sarang dibatang pokok mati yang dibuatnya lubang.


7. Tekukur 


Tekukur ni rasanya bukanlah burung liar kampung. tapi belaan orang seperti arwah tok hassan baghdad.

8. Raja udang, terkinking



banyak membuat srang di lubang tanah tepi bandau. Burung ni mmg cukup banyak kerana kerubong mempunyai sawah yg luas.


9. Kelicap bukit


Kelicap adalah burung terkecil di dunia. Terdapat berbagai species di sini seperti kelicap jantung, bunga dan paling banyak tandan kelapa kerana menghisap madu dari bunga kelapa. Wallahualam


No comments: