Sunday, May 3, 2020

Untold story of Kg Krubong


Setakat ini sudah 3 masjid didirikan di Kg Krubong. Bermula dengan masjid lama yg dibina pada 1880 berhampiran bandau ataupun sawah kg krubong. Masjid ini mempunyai senibina di bawah seperti kebanyakan masjid asal di Melaka. Berhampiran masjid terdapat sebuah perigi batu yg berpembetung dan sebuah perigi yang betul-betul tepi bandau bersebehan pokok rumbia arwah tok Mat Sab. Selain itu masjid ini juga mempunyai sebuah kolah yg besar.  Juga di kebun sebelah terdapat perigi yg biasanya kita panngil sebagai perigi tok ipin, juga menjadi tempat wuduk ketika jumaat.

Tapi yang paling istimewa ia mepunyai sebatang pokok jambu air kelat yang kerap berbuah lebat. Tempat kanak-kanak kerubong belajar memanjat untuk mandapatkan buahnya.  Pokok wakaf tak ada siapa nak marah.

Sekitar tahun 1974 masjid ini dirobohkan bagi membangunkan masjid baru yg terletak di tepi jalan. Berbagai cerita mengenai masjid ini pernah saya ceritakan dahulu.


Design masjid yang pertama di krubong-bukan gambar sebenar. -ikhsan google


Pada tahun 1974, maka masjid kedua muncul di kampung seperti dibawah- gambar ikhsan blog masjid. Masjid ini akhirnya diberi nama An-Nur. Kekal di situ adalah tabuh masjid lama, mimbar baru dibina 1974. dan Meriam besi arwah tok Baba ayah kepada salah seorang imam kampung iaitu Arwah Imam Ali. Masjid ini diresmikan oleh ketua menteri ketika itu DS Rahim. Banyak cerita masjid ini juga diceritakan di dalam blog ini.


Masjid AnNur (1974-2018)-ikhsan blog masjid

Lama juga kampung tidak mempunyai masjid apabila masjid ini dirobohkan. Ketika itu pernah juagalah saya solat jumaat di masjid tanah Merah berdekatan. Akhirnya masjid ini siap dibuka pada tahun 2019. Nama an-Nur dikekalkan. Wallahualam


Masjid An-Nur (2019-sekarang) - ikhsan blog masjid.

No comments: