Thursday, May 14, 2020

The untold story of Kg Krubong- Tingkatan 1


Melihatkan abang aku Dak Amir macam best jer sekolah kat Gajah Berang. Aku pun letak Gajah Berang dalam borang ke Sekolah Menengah tahun 1982. Bila aku beritahu pilihan aku kat bapak, Dak amir pun kata kau nak naik apa, kereta pak cik Tampoi tu dah penuh. Maka huru-haralah aku.

Mana taknya aku takut nak mintak borang balik dari Cikgu Md Isa yang garang. Tapi nak buat cam ner. Cikgu Md Isa pun marahlah kat aku, lain kali fikir masak2 katanya. Berbeza masa dia tengok borang tu pada kali pertama. Dia happy sebab aku nak masuk Gajah Berang sbb dia bekas pelajar.

Tapi kalau sudah rezeki tidak ke mana. Aku diterima masuk sekolah tinggi Melaka. Mak aku suka sbb itu Sekolah Dak Wai abang aku dulu. Oleh kerana aku cuma 3A penilaian maka masuklah aku ke kelas 1E. Sebab sampai kelas 1D pun masih penuh dgn 4A.

Dalam kelas aku ada seorang chettiar namanya Uthaya dan seorang portugis namanya Francis. Uthaya ketua tingkatan manakala Francis adalah trouble maker. Jadilah asyik bertekak je bila cikgu tak de. Bila masuk tingkatan 2 kerana aku dapat tempat pertama 1E dan baik keputusan maka masuklah aku ke kelas 2A. Itulah pertama kali student kelas E naik sampai kelas A menyebabkan Cikgu Ho guru kelas 1E yg mengajar Math memanggil aku "Azmi my boy" di kelas 2A dan 3 A kemudian.

Bila aku baca doa untuk mula belajar dalam kelas, kawan aku berbangsa Cina, Tan akan menadah doa juga. Tersenyum juga aku tengok telatahnya. Semoga hidayahNyA masuk ke dalam hati Tan. Insha Allah. Wallahualam


No comments: