Sunday, May 17, 2020

The untold story of kg kerubong. Tok mudim


Zaman dulu ada dua orang mudim yang terkenal beroperasi di kg krubong; Arwah Tok Saman Tanah Merah dan Arwah Lebai Said kg Pulau.

Diantara keduanya, arwah tok saman lebih ditakuti kanak-kanak kerana beliau menggunakan sembilu buluh kerana menurutnya besi ada bisa dan lambat baik lukanya. Manakala arwah lebai Said pula menggunakan pisau kecil.

Apabila kanak kanak nakal sedikit, selalunya para bapa akan memberi amaran. Kalau jahat2 nnti kita bercuci dengan Tok Saman ajalah. Pasti kekanak itu akan menangis ketakutan.

Biasanya majlis akan dimulakan dgn tahlil dan mandi air tolak bala. Selepas itu barulah majlis dimulakan. Yg paling muda akan mula dulu biasanya, dan yg paling tua lah yang terakhir.

Teringat juga ketika arwah Lebai Said punya anak ditimpa kemalangan jalanraya dan meninggal. Arwah Lebai mengutip cebisan dari atas jalanraya satu persatu. Begitulah kesabaran yg tinggi yg dikurniakan tuhan kepada insan yg berjsa pada ramai masyarakat krubong. Wallahualam.

No comments: