Saturday, February 9, 2019

travellog 6

Malam ni kedua-dua group haji Rashid dan Ustaz H memulakan perjalanan untuk mabit malam pertama untuk melontar haji apabila sampai di sana dan kemudiannya mabit dan melontar malam pertama selepas azan subuh. Suasana jalan di depan hotel Rawase sungguh ramai dengan jemaah merata dunia bergerak ke jamrah. Ksesakan dan tolak menolak terutamanya bila melibatkan jemaah dari timur tengah yang berbadan besar.

Dah lama benar kami berihram kerana haji ifrad. Nasib baik kalau di bilik kami akan memakai pelikat yg tidak berjahit sebagai ihram. Jadi rasanya lebih selesa. Selepas malam ni bolehlah melepaskan ihram.

Dari jauh kami dapat melihat small jamraat . Strategi Ustaz H menjadi untuk bergerak ke tepi kiri. Apabila jemaah lain mengerumuni awal tembok jamraat, kumpulan kami bergerak masuk ke hujung jamraat. Ternyata begitu lapang untuk melontar. begitulah ke jamrah seterusnya sehingga habis kami pun bergerak untuk mabit.

Pada masa itu Haji R mengalami masalah kerani betisnya tetiba sakit dan hampir jatuh. Haji S pula tersungkur kerana mendaki. Jadi Ustaz pun membawa kami mabit ke seberang.Kami pun menibarkan tikar untuk solat  isyak dan sunat. malam2 itu dihabiskan denganQuran solat dan zikir dan istirehat.


Tentera yang bertugas, tak henti2 membangukan mereka yg duduk dan tidur. mula-mula pening juga fikir mengapa mereka buat macam tu. Akhirnya kata ustaz mereka mahu semua orang alert sekiranya berlaku kecemasan. memanglah mina adalah tempat yg paling bahaya ketika haji dan selalu berlaku kematian seperti terpijak dan sebagainya.

Apabila azan subuh berkumandang. kami pun bergerak ke jamrah dan memulakan lontaran dan terus pulang ke hotel Rawase untuk solat subuh dan istirehat.

No comments: