Monday, May 4, 2020

Untold story of kg Krubong- Ikan Lubok kg

Sawah krubong mmg terkenal dengan lubuk-lubuk ikan seperti lubuk pak abas, pak kasim, lubuk tengah, lubuk bidan semah, lubuk pak terap dan alor padang siapong. Antara ikan yg menjadi taruhannya adalah:

1) Ikan Sepat Ronggeng (Sepat rawa)

Ikan ni kecik. banyak di sawah, lubuk dan parit selepas banjir besar bulan 6 dan bulan 12. Selalunya ditangkap dengan jala. Selalunya ikan ni diberi pada jiran-jiran sebab biasanya banyak sangat. Dicuci  menggunakan garam dan daun papaya muda. Pasti akan putih melepak. sedap digoreng garing. Juga ianya digunakan sebajai umpan tajur haruan.

2) Ikan Kaloi

Juga dari keluarga ikan gurami. Cuma didapati di sungai. hanya dngan pancing atau jala. Isinya lemak dan juga biasa dibela sebagi ikan hiasan. Durinya sangat yajam dan boleh merabakkan jala kalau tidak di selam dan dipintal ke pucuk jala bila ditangkap. Saiznya biasanya besar dan sekor cukup sekali masak. Biasa dimasak lemak cili api.

3) Ikan Sepat lampam.(Sepat Siam)



Ikan ni juga ditangkap masa menjala atau menimba tambun atau lubuk. Saiznya lebih besar dari sepat rawa. Banyak dibuat ikan masin sedap. Biasanya dikampung ikan ni buat masak sam bal tumis atau goreng garing jer. Pengalaman menangkap ikan ni paling banyak di parit water treatment kilang mardec batu 8 durian tunggal. Kilang ni dah ditutup sekarang.

4) Ikan Belida


Ikan ni sisik halus. Susah nak di siang. Leper dan banyak tulang. Oleh kerana isinya sedap, ianya sedap dimasak pindang atau goreng buat sambal. Ikan ni boleh diapancing, dijala atau timba. Banyak terdapat di sungai dan lubuk pak abas.

5) Ikan haruan



Ni memeang ikan yg dicari2 waktu menimba dan pasang tajur atau kelakontang. Umpan kegemaran adalah ikan hidup atau katak unjun

Arwah pak endak dengkel mmg pandai menilik anak haruan dan mengujun ketika banjir besar. Sedap dibuat sup.

6) Lundu atau baung

Ikan ni susah kalau kena jala. leceh nak bukak dan berduri. Kalau masuk jala biasanya duri dipatah dengan digigit kerana takut tercucuk jati. Masak lemak atau goreng sambal je


7). Lampam jawa




Ikan ini cuma ditangkap oleh arwah Aim Wak kang, ayah kepada mat entoi dengan jaring Apollo waktu banjir besar di sungai. Masa tu lampan akan mabuk dan keluar dari sarang. Sedap masak lemak dan goreng sambal. Waktu lain ikan ni sukar nak dapat.


8) Ikan tetimah atau temakang

Ikan ni dah pupus dari sawah krubong. Dulu kat alor padang siapong boleh ditangguk jer. Terlampau banyak sehigga di sedekah kepada jiran bila dapat dan dibuat ikan kering. Boleh goreng dan masak sambal jer.

9) Ikan putih yag lain2..

Yg dua ekor tgh tu mmang banyak kat sungai dan bandau.. ikan terubol. Ikan ni buat sambal cair jer boleh. Di utara dibuat ikan pekasam yg lazat...Wallahualam.

No comments: