Friday, February 8, 2019

2018 travellog ha

Sesudah subuh, seperti yang dijanjikan. Saya dan isteripun menuju ke hentian teksi untuk berkumpul. Dari kejauhan kami lihat jus mangga Saudi begitu sedap. Apa lagi kami pun membeli dan menikmatinya. Pemandangan masjidilharam di pagi hari sungguh indah. Oleh kerana lama sangat menunggu kamipun menumpang van jemaah kami yg ke hotel mereka. Rawase terletak di dalam perjalanan maka kami pun pulang ke Rawase.

Di Rawase Isteri saya berkongsi bilik bersama hajjah I, Kak Hajah Bib, Kak hajah N.  Pagi itu saya dan Haji W pergi ke pekan mencari prepaid card. Saya berdaftar dgn mobily manakala haji W memilih zain. Maka tertanya-tanyalah Haji A dan Haji R..

Kemesraan di bilik kami bertambah bila Haji W dan Haji R kami panggil abg long dan dan abgngah. saya pula dipanngil su kerana paling muda.

Kesian ustaz H kerana semua asyik berdengkur bila tidur. Katanya bilik kami mcm airport asyik ada kaalterbang landing. x landing2.

Pada mlm kedua saya dan long pergi bersolat di masjid seberang jln hotel kami.Apabila masuk sajarakaat kedua tetiba pintu masjid berdentum kuat. selesai saja solat kami pun keluar. Ternyata kami sedang dilanda ribut pasir.  Keadaan sungguh gelap dan ribut. Dalam keadaan terhuyung hayang. Lutut saya mmg sedang sakit. Tentera Saudi menghulurkan topeng mulut kepda kami. Angin yg kuat menerbangkan plastk dan road barrier melayang. Malah ada juga jemmah yg jatuh di bantai ribut. Masya Allah itulah pengalaman yg indah buat kami. Kemudian kami terus ke tingkat 6. Makan malam disediakan oleh syarikat di tingkat 6. Minuman dan mkanan free flow. Bila lapar pergi saja mesti ada makanan biasanya.

Haji adalah tempat kita berniaga kata haji A. Berniaga sungguh untuk merebut pahala. Di kafeteria, semua jemaah akan membawa bekalan dan meminta jemaah merasa sambal atau rendang yg mereka bawa dari malaysia. Syukur  Alhamdulillah.

Tuesday, February 5, 2019

2018 travellog haji 3

Perjalanan di dalam bas lama. Suara talbiah bersambungan. Ustaz H terus bertalbiah sehiggalah bas sampai ke Hotel Rawase al aziziyah.Setelah barang diturunkan kami menunggu untuk bilik. Sebilik ada 5 org, Haji A dari tupat, Haji R dari Serdang, Haji W dari Seremban dan Ustaz H dari Subang.

Hotel Rawase terletak di pinggir bukit jamraat. Tempat melontar. Malam tu pihak syarikat menyewa van untuk jemaah ke mekah bagi menunaikan tawaf qudum. Van berhenti berhampiran bangunan tabung haji dan jemaah pun berjalan ke hentian teksi mekah dan memasuki Masjidil haram untuk tawaf. Jemaah agak kurang kerana kebanyakkan sudah pun bergerak ke mina untuk bermalam di sana sebelum ke arafah untuk wukuf.

selesai tawaf dan solat sunat tawaf, jemmah pun ke masaa untuk saei haji kerana kebanyakkan jemaah menunaikan haji ifrad. Ada juga yang tamattuk tetapi kurang kerana sampai pun dah beberapa hari saja ke Arafah. Selesai saei dan berdoa, Masuklah waktu solat subuh. Maka jemaah pu  bersolat subuh.

Monday, February 4, 2019

2018 travel log haji part 2

Amar memandu kami terus ke Masjid KLIA until solat jumaat memandangkan pesawat kami akan bertolak pada malam hari. Kulihat suasana di kompleks haji telah pun sunyi. Rombongan tabung haji terakhir telah berlepas 2 hari lepas. Di antaranya termasuklah sahabat2 kami, haji Arif gang lama exxon yg kini bersama petronas. Kami sama2 mengaji hujung minggu di Seremban.Haji Shaibi ex boss. Haji Hassan toke kedai kasut di Mitsui factory outlet. Haji amir juga sama di ISU dan pindah ke scotland. Orang2 di Masjid hairan melihat aku berihram sedangkan KT terakhir telah dua hari berlepas. Barulah mereka faham aku adalah jemaah visa furada jemputan terakhir yg terbang dihari terakhir yg dibenarkan imigresen Arab Saudi. Syukurku yang tersangat kepada Allah SWT. Ketika menunggu ticket dan passport dari petugas syarikat. Haji M memberitahu bahawa flight kami dijangka mendarat di jeddah jam 9 malam. Pada 12 malam semua urusan haji ditutup. Ketika itu kami lihat lebih 100 penumpang terkandas di syarikat masing2 kerana ketiadaan flight. Di antaranya termasuklah ustaz pengajian kami yg dua hari berkampung di KLIA Flight Saudia Boeing 787 sedia mengangkut kami. Mutawif kami ustaz H merupakan hos jejak rasul beberapa tahun lalu. Beliau adalah ustaz di Petra Petroleum. Dalam flight kami lebih banyak mengulangkaji tatacara manasik haji ifrad dan ngaji sehinggalah kapal melalui miqat maka anak kapal, mutawif dan petugas bersama2 bertalbiah. Sesampai kami di Jedah, urusan imegresen sangat mudah kerana kami peswat teraknhir. Oleh kerana urusan haji adalah urusan muassasah arab saudi kami perlu menunggu bas. Kami berecht di sofa bersebelahan surah. Ada yang mandi ada yang menghabiskan masa beribadat di sureau. Sekitar 4 page barulah bas datang untuk mengangkut kami ke Aziziyah.Untuk Ke aziziyah kami perlu menyerahkan passport ka maktab dan melalu 3 checkpoints.

2018 travelog haji

Pada 29 julai 2018, Haji M petugas haji syarikat menjemput kami ke Shah Alam untuk taklimat haji terakhir. Berbunga2 hati kami pada masa tu, saspen pun ada. Kata haji M insha Allah kami beserta 80 bakal haji lain akan berlepas pada 18 Aug. Haji M mengimbau kembali soalannya pada arwah ibunya bila balik dari haji. Kata ibunya pada Haji M," Mak doakan Kamu dapat pergi haji selalu dan banyak kali.". Rupa-rupanya doa ibunya makbul apabila bellas diterima bekerja bersama tabung haji dan menjadi petugas haji hinggalah beliau pencen dan menyertai syarikat. Maklumlah org tua pun dah tiada. Kami mengadakan majlis baca yasin di surau dan sempât juge dihadiri Ayeh adik ipar yg tinggal di Cheras. beberapa hari kemudian datang pula kak pah sekeluarga beserta dan kak ana untuk mengucapkan selamat jalan. Visa Furada kami perolehi 2 minggu sebelum haji.maka bermulalah perjalanan haji kami. Wan dam Marini bertandang kerumah kami kerana pernah kami gurau2 nak naik haji sekali kerana dulu kami sama2 umrah bersama group alpha lipid beramai2. Pagi itu selepas solat sunat, saya pun mengenakan ihram dan berangkat keluar pintu diringi keluarga dan wan serta Marini. Hafiz anak kami pun mengumandangkan azan. Airmata mula mengalir. Wan pun membacakan doa selamat dan doa bagi dipermudahkan musafir kami. Kami sama2 menangis. Amar ditugaskan memandu kami ke airport. Dalam perjalanan aku menerima panggilan telefon dari abang jenal. Pesannya selamat pergi dan kembali. Berulang kali dia ucapkan supaya kami bersabar di hari2 Mina nanti. Berkali2 abang aku minta maaf tak dapat datang ke KLIA dan berkali2 juge pesannya sabar di Mina. Itulah pesanan abang aku yg telah beberapa kali menunaikan haji. Semoga Allah menyembuhkan beliau dengan segera dari penyakitnya pada masa ini. Beliau telah terlantar di hospital Mekah lebih sebulan akibat penyakit GBS.Wallahu ala kulli syaiin kadir.

Saturday, July 28, 2018

Untold story of kg Krubong

Di Batu 32 labuk , Sandakan, ada seorang pengusaha berbangsa bugis yg berjaya. Namanya Kak Sairah. Beliu mempunyai pelbgai busines, dari bas ekspress, lori bahkn sebuah stesen minyak edai dan restoran. Perniagaannya bermula dari mengedar telur kecil-kecilan ke pulau2 di Sandakan sehinggalah akhirnya menjadi pengeksport telur ke pulau2 selatan Filipina. Dia juga yg mula2 membawa masuk bas dan lori Scania ke Sabah. Tetapi di tengah2 tapak bisnesnya beliau membina sebuh surau yg besar berkubah perak. Jadi dalam perjalanan panjang dapatlah pemandu berhenti makan di restorannya, mengisi minyak di stesenya dan bersembhyang di surau milik Allah Janda waala. Wallahualam.

Friday, June 29, 2018

Untold story of Kg Krubong

Kat Kerubong seoring kawan yang sangat rapat akan digelar "kangkang kepit atau dalam bahasa inggeris best friend. Memandangkan Hisyam sentiasa mengikut Dabuk ke mana sahaja, kakaknya iti selalu bertanya kepada dabuk; "kangkang kepit kau mana? bila dabuk datang berjumpa dengannya tanpa Hisyam. Hisyam ini boleh berbahasa arab dan dibawa masuk ke tempât kerja bleh Dabuk. Oleh kerana itu dia sentiasa Sahaja mengikut dabuk ke mana Sahaja. Ketika bekerja di dusun iti di Pilah, Hisyam terserempak dengan ulau itam sebesar lengan. Bila nampak sahaja dia menjerit dan lari sekuat hati ke tempat lapang. Dabuk terkejut dan begitu tidak menyangka bila melihat kangkang kepitnya yang gagah perkasa seperti adiwira menjadi begitu ketakutan. Dabuk pasrah dan akur bahawa pengetahuannya sebagai insan begitu terbatas dari ilmu Tuhan yang maha luas. Kini kangkang kepit tidak lagi ke dusun dan tempatnya telahpun di ambil oleh wak dari indon. Wallahualam.

Sunday, April 17, 2016

Untold story of kg Krubong

Berita Arwah Aziz anak arwah cikgu Bakar meninggal begitu membuat semua penduduk terkejut. Aku pun cuma tahu melalui group whatsapp SK krubong bagi pelajar 1976-1981. Kenangan aku terimbau balik berpuluh tahun dahulu ketika di hari arwah Aziz melangsungkan perkahwinannya. Mana taknya di hari itulah arwah bidan Semah iatu neneknya meninggal di rumah imam Harun. Aku diminta oleh pak long harun untuk memangggil arwah busuh sakyah iaitu ibu arwah Aziz untuk memberitahu kepadanya berita kematian itu. Arwah busu sakyah pun berlari bersamaku kembali ke rumah arwah imam harun. Seketika itu juga rekod di majlis perkahwinan dipadamkan bagi menghormati kematian nenek beliau. Di rumah pak long Harun kulihat arwah busu Sakayah menangis dgn sebak sekali. Beliau mencium kaki ibunya terkilan tidak dapat menemuinya lebih awal. Begitulah kehendak tuhan yang maha merancang atas tiap2 sesuatu..