Tuesday, February 5, 2019

2018 travellog haji 3

Perjalanan di dalam bas lama. Suara talbiah bersambungan. Ustaz H terus bertalbiah sehiggalah bas sampai ke Hotel Rawase al aziziyah.Setelah barang diturunkan kami menunggu untuk bilik. Sebilik ada 5 org, Haji A dari tupat, Haji R dari Serdang, Haji W dari Seremban dan Ustaz H dari Subang.

Hotel Rawase terletak di pinggir bukit jamraat. Tempat melontar. Malam tu pihak syarikat menyewa van untuk jemaah ke mekah bagi menunaikan tawaf qudum. Van berhenti berhampiran bangunan tabung haji dan jemaah pun berjalan ke hentian teksi mekah dan memasuki Masjidil haram untuk tawaf. Jemaah agak kurang kerana kebanyakkan sudah pun bergerak ke mina untuk bermalam di sana sebelum ke arafah untuk wukuf.

selesai tawaf dan solat sunat tawaf, jemmah pun ke masaa untuk saei haji kerana kebanyakkan jemaah menunaikan haji ifrad. Ada juga yang tamattuk tetapi kurang kerana sampai pun dah beberapa hari saja ke Arafah. Selesai saei dan berdoa, Masuklah waktu solat subuh. Maka jemaah pu  bersolat subuh.

No comments: