Sunday, October 31, 2021

Untold story of kg krubong


 Hari ini aku memenuhi undangan kenduri kahwin sahabat lama dari lanjut manis Adnan untuk majlis kenduri kahwin anaknya. Majlis diadakan di Sg Merab Bangi. Oleh kerana di waktu pasca Covid, majlis penuh dgn SOP. Aku menemui abg ipaunya iatu suami Dak Jaaah. Beliau merupakan bekas askar berpangkat staff sarjan berasal dari Alor Gajah dan sekarang menetap di Seri Kerubong, Tanah Merah.

Rupa-rupanya beliau adalah pakar pemusnah jerangkap samar ATM. Namun pasukan beliau juga tak lepas dari terkena malapetaka. Menceritakan bagaimana Majid seorang anggota beliau dari Kedah terpijak Jerangkap Samar di Genting Highland pada lewat 80an adalah amat mengerikan. Apabilaterkena sahaja kakinya hancur dan daging serta uratnya berumbai-unmai dan terpaksa di kerat. Majid menjerit-jerit kesakitan dan di bawa keluar dengan helikopter . 

Beliau bertugas di kem Bentong sehingalah Bentong menjadi kawasan Putih. Beliau menceritakan keseronokan operasi sekitar Baling adalah air sungai Baling bersih dan indah. 

Sebagai seorang askar kematian itu biasa, Pernah anggotan wanitanya terjun payung, tak kembang. Mereka memungut daging2 serpihan mayat yang remuk. Beliau juga pernah terjun sahaja dari helikopter ke belukar lalang dengan dan tanpa tali, Kata beliau bagi askar yang dapat menghabiskan servis 21 tahun. ianya mmg hebat.

Kini beliau mengidap sakit jantung dan satu saluran telah pun ada stand. Mudah2an Allah menjaga kesihatan beliau dan memberi husnul khatimah. Amin. Wallahualam.


No comments: