Friday, February 8, 2019

2018 travellog ha

Sesudah subuh, seperti yang dijanjikan. Saya dan isteripun menuju ke hentian teksi untuk berkumpul. Dari kejauhan kami lihat jus mangga Saudi begitu sedap. Apa lagi kami pun membeli dan menikmatinya. Pemandangan masjidilharam di pagi hari sungguh indah. Oleh kerana lama sangat menunggu kamipun menumpang van jemaah kami yg ke hotel mereka. Rawase terletak di dalam perjalanan maka kami pun pulang ke Rawase.

Di Rawase Isteri saya berkongsi bilik bersama hajjah I, Kak Hajah Bib, Kak hajah N.  Pagi itu saya dan Haji W pergi ke pekan mencari prepaid card. Saya berdaftar dgn mobily manakala haji W memilih zain. Maka tertanya-tanyalah Haji A dan Haji R..

Kemesraan di bilik kami bertambah bila Haji W dan Haji R kami panggil abg long dan dan abgngah. saya pula dipanngil su kerana paling muda.

Kesian ustaz H kerana semua asyik berdengkur bila tidur. Katanya bilik kami mcm airport asyik ada kaalterbang landing. x landing2.

Pada mlm kedua saya dan long pergi bersolat di masjid seberang jln hotel kami.Apabila masuk sajarakaat kedua tetiba pintu masjid berdentum kuat. selesai saja solat kami pun keluar. Ternyata kami sedang dilanda ribut pasir.  Keadaan sungguh gelap dan ribut. Dalam keadaan terhuyung hayang. Lutut saya mmg sedang sakit. Tentera Saudi menghulurkan topeng mulut kepda kami. Angin yg kuat menerbangkan plastk dan road barrier melayang. Malah ada juga jemmah yg jatuh di bantai ribut. Masya Allah itulah pengalaman yg indah buat kami. Kemudian kami terus ke tingkat 6. Makan malam disediakan oleh syarikat di tingkat 6. Minuman dan mkanan free flow. Bila lapar pergi saja mesti ada makanan biasanya.

Haji adalah tempat kita berniaga kata haji A. Berniaga sungguh untuk merebut pahala. Di kafeteria, semua jemaah akan membawa bekalan dan meminta jemaah merasa sambal atau rendang yg mereka bawa dari malaysia. Syukur  Alhamdulillah.

No comments: