Monday, February 4, 2019

2018 travel log haji part 2

Amar memandu kami terus ke Masjid KLIA until solat jumaat memandangkan pesawat kami akan bertolak pada malam hari. Kulihat suasana di kompleks haji telah pun sunyi. Rombongan tabung haji terakhir telah berlepas 2 hari lepas. Di antaranya termasuklah sahabat2 kami, haji Arif gang lama exxon yg kini bersama petronas. Kami sama2 mengaji hujung minggu di Seremban.Haji Shaibi ex boss. Haji Hassan toke kedai kasut di Mitsui factory outlet. Haji amir juga sama di ISU dan pindah ke scotland. Orang2 di Masjid hairan melihat aku berihram sedangkan KT terakhir telah dua hari berlepas. Barulah mereka faham aku adalah jemaah visa furada jemputan terakhir yg terbang dihari terakhir yg dibenarkan imigresen Arab Saudi. Syukurku yang tersangat kepada Allah SWT. Ketika menunggu ticket dan passport dari petugas syarikat. Haji M memberitahu bahawa flight kami dijangka mendarat di jeddah jam 9 malam. Pada 12 malam semua urusan haji ditutup. Ketika itu kami lihat lebih 100 penumpang terkandas di syarikat masing2 kerana ketiadaan flight. Di antaranya termasuklah ustaz pengajian kami yg dua hari berkampung di KLIA Flight Saudia Boeing 787 sedia mengangkut kami. Mutawif kami ustaz H merupakan hos jejak rasul beberapa tahun lalu. Beliau adalah ustaz di Petra Petroleum. Dalam flight kami lebih banyak mengulangkaji tatacara manasik haji ifrad dan ngaji sehinggalah kapal melalui miqat maka anak kapal, mutawif dan petugas bersama2 bertalbiah. Sesampai kami di Jedah, urusan imegresen sangat mudah kerana kami peswat teraknhir. Oleh kerana urusan haji adalah urusan muassasah arab saudi kami perlu menunggu bas. Kami berecht di sofa bersebelahan surah. Ada yang mandi ada yang menghabiskan masa beribadat di sureau. Sekitar 4 page barulah bas datang untuk mengangkut kami ke Aziziyah.Untuk Ke aziziyah kami perlu menyerahkan passport ka maktab dan melalu 3 checkpoints.

No comments: