Saturday, October 30, 2021

Travellog Eropah di awal Krisis kesihatan


 Kota Amsterdam telah mula sunyi kerana dunia dilanda Covid 19. Kami batalkan hasrat ke Itali pada Mar 2019 kerana situasi Covid yang teruk. Jadi kami gantikan dengan Amsterdam dan London. Setibanya di Amsterdam dengan pesawat KLM , bandar Amsterdam sudah mula ditutup. Bila ditaya pada pegawai imigresen, selamba je dia jawab. Very bad , we all gonna die here. Kami terus mengambil keretapi ke Frederickplein di mana kami menyewa apartment. Kesokkan harinya kami kembali ke sentral untuk membeli package ke Ke Zaan Schan untuk melawat kincir angin. Rupanya kincir angin di sini adalah kilang untuk mengepam air dan mengisar kacang tabnah untuk minyak makan.

Di Zaan Schzn kami melihat 2 bas berisi pelancong Malaysia yang hendak ke Paris. Bisik kami beraninya. Sedangkan Amsterdam baru 300 kes covid kami dah takut inikan 3000 di Paris. Apabila pulang kami berjalan sendirian Ke Jourdance iaitu taman bunga dan membeli belah di Hard Rock Cafe. Kami juga ke Volendam membeli sepasang terompah di kilang dan melihat bagaimana mereka membuat terompah. Yang menariknya, mereka akan menanam semula pokok yang dipotong.

Selepas tiga malam di belanda, semua bandar ditutup. Flight kami dgn KLM ke London  pun dibatalkan. Dalam suasana kelam kabut di airport, saya mencari tiket ke London kerana Flight balik dari London lima hari lagi. Nasib baik ada Easyjet ke Luton airport. Maka selamatlah kami ke London.


Di airport driver teksi seorang muslim. London masih belum lockdown dan tiada pun orang memakai pelitup mulut.Kes sudah mencecah 800 sehari. Aku menyambut harijadi isteri 18 mar di kota London yg kebiasaannya di Itali.Package ke Naples nurnt macam tu aja.

Kerana kami sampai awal sehari kerana lockdown di Amsterdam, Apartment mlm pertama setakat apa yg ada sahaja. Agak jauh berbanding Hard Rock Hotel di Marble arc tempat tinggal kami pada empat hari seterusnya. London masih membenarkan dine in dan shopping. Jadi dapatlah pergi ke Bicester village factory outlet yg bersedia untuk lockdown. Kesian juga. Tak sangka juaga terserempak dgn Encik Zul lecturer OUM semasa saya mengambil masters di sana. Beliau terkandas di Marakesh Morcco dan nasib baik berjaya ke London sebelum Lockdown. Akhirnya kami berjaya balik KL di amabang lockdown di Malaysia pulak. Alhamadulillah.



No comments: