Saturday, October 30, 2021

Lembu pawah


 Yang kat tiang tanduk pendek dan memandang aku tu si kajang lembu pawah aku yang pertama. Aku mengambil keputusan membeli lembu ini menggunakan wang tanah arwah mak di Bacang. Bukan banyak pun RM2800 lembu ini di beli dari Pak Din Lombok, pekerja bapak mertua aku dan dipindahkan ke kandang Mat Sobri bekas adik ipar. Adik ipar aku sering share gambar2 Si Kajang yang makin selesa dgn Mat.

Masa nak beli lembu tu, Manina jadi juru nego. Dia pun ada pengalaman beli lembu yg juga di jaga oleh mat. Katanya harga 3K mahal untuk lembu kurus. dan akhirnya Pak Din bersetuju. Petang itu Mat datang dgn Lori dan tali mengambil lembu manakala Manina menyerahkan wang kepada anak Pak Din dan menghantar video pembayaran pada Pak Din.

Yang Hitam tu lembu bapak mertuaku. cuma tinggal 6 ekor kerana baru2 ni 5 ekor mati termakan racun di kebun sebelah. Wallahualam.

No comments: