Monday, February 4, 2019

2018 travelog haji

Pada 29 julai 2018, Haji M petugas haji syarikat menjemput kami ke Shah Alam untuk taklimat haji terakhir. Berbunga2 hati kami pada masa tu, saspen pun ada. Kata haji M insha Allah kami beserta 80 bakal haji lain akan berlepas pada 18 Aug. Haji M mengimbau kembali soalannya pada arwah ibunya bila balik dari haji. Kata ibunya pada Haji M," Mak doakan Kamu dapat pergi haji selalu dan banyak kali.". Rupa-rupanya doa ibunya makbul apabila bellas diterima bekerja bersama tabung haji dan menjadi petugas haji hinggalah beliau pencen dan menyertai syarikat. Maklumlah org tua pun dah tiada. Kami mengadakan majlis baca yasin di surau dan sempât juge dihadiri Ayeh adik ipar yg tinggal di Cheras. beberapa hari kemudian datang pula kak pah sekeluarga beserta dan kak ana untuk mengucapkan selamat jalan. Visa Furada kami perolehi 2 minggu sebelum haji.maka bermulalah perjalanan haji kami. Wan dam Marini bertandang kerumah kami kerana pernah kami gurau2 nak naik haji sekali kerana dulu kami sama2 umrah bersama group alpha lipid beramai2. Pagi itu selepas solat sunat, saya pun mengenakan ihram dan berangkat keluar pintu diringi keluarga dan wan serta Marini. Hafiz anak kami pun mengumandangkan azan. Airmata mula mengalir. Wan pun membacakan doa selamat dan doa bagi dipermudahkan musafir kami. Kami sama2 menangis. Amar ditugaskan memandu kami ke airport. Dalam perjalanan aku menerima panggilan telefon dari abang jenal. Pesannya selamat pergi dan kembali. Berulang kali dia ucapkan supaya kami bersabar di hari2 Mina nanti. Berkali2 abang aku minta maaf tak dapat datang ke KLIA dan berkali2 juge pesannya sabar di Mina. Itulah pesanan abang aku yg telah beberapa kali menunaikan haji. Semoga Allah menyembuhkan beliau dengan segera dari penyakitnya pada masa ini. Beliau telah terlantar di hospital Mekah lebih sebulan akibat penyakit GBS.Wallahu ala kulli syaiin kadir.

No comments: