Saturday, February 9, 2019

Travellog haji 5

Hari ini puluhan jemaah dari Yemen mula masuk menetap di Rawase. Lif ada  dua di depan dan du adi belakang. Jadi selalulah sesak. Selain dari itu ada juga kumpulan jemaah dari Indonesia di situ. Rupanya, Kami pernah juga berjalan2 untuk minum pagi di Holiday inn Aziziyah tapi di sana di penuhi jemaah dari Iran.

Saya,abg long haji A dan ustaz H sering berjalan -jalan mencari nasi arab yang sedap di Aziziyah. Termasuklah nasi Unta yg famous di Aziziyah. Ketika kami bercadang ke Mekah, kami bertanyakan kawan Samura, Hj Zulhardy tentang package syarikat ini. Barulah kami tahu adanya package Furada yang tak perlu menunggu giliran ke mekah. Bila di tanya jauh tak dari jamrah. Jawap haji Z " Allah nampak dari Hotel,"

Di antara jemaah kami ada juga orang kampung krubong. Haji R dan Kak Lijah dari batu berendam. Malah Haji R adalah ayah pada kawan sekampung, man pak aji dan dak Jambang. Malah kak lijah ada juga pekerjanya dari kalangan org kampung, spt kakak dak lajis dan sebagainya.

Seperti yang dirancang, Haji Rasyid akan menjadi mutawif bagi kumpulan Hotel Kedua dan Ustaz H akan mengetuai jemaah Rawase. Bas sampai di Hotel pagi  untuk kami wukuf di Arafah. Alhamdulillah laluan kami langsung tidak sesak. 35 minit kemudian kami sampai ke Arafah. Kami ditempatkan di maktab 35 bersama jemaah lain. Ustaz mengingatkan, Alhajju arafah- Haji itu arafah .

Di Hotel Abg long memberi kami semua salinan doa yg dibukukan dari seremban kepada semua jemaah. Saya memenuhi hari arafah dengan berdoa berpandukan kitab abg long. Semoga Allah memberkati usaha beliau.

Selain dari tu saya juga menulis satu senarai doa yang dipesan oleh sahabat2 dari pejabat dan malaysia. Satu-satu saya penuhi permitaan. Ada yang minta di segerakan jodoh. Alhamdulillah dah pun bernikah. Malah dah pun hamil sahabat saya tu. Kebanyakan meminta di tambahkan rezeki agar segera ke sana.

Ketika di Arafah teringat pula pesanan abg saya Hj Zainal. supaya banyak bersabar. Suhu panas mencecah 45 darjah celsius.  Semua jemaah menghabiskan masa dengan beribadat, zikir, Quran dan berdoa. Rata2 jemaah bersungguh-sungguh di istu. Airmata berguguran memohon belas kesihan, haji mabrur dan taubatan nasuha.

Makan di Arafah di sediakan oleh muassasah arab. Lunch kari kambing dan nasi, buah2an dan air jus dan mineral. Oleh kerana air kehabisan saya punmencari2 kedai tapi x jumpa. Yg saya jumpa adalah paip air panas. Saya lihat jemaah dari China bawak thermos ambik air panas buat kopi dan teh. Jadi next time insha Allah bolehlah bawak.

Dalam perjalanan pulang saya nmapak seorang budak sedang duduk berdekatan bekalan air mineral. Sya hulurkan 5 riyal dan mengambil 2 botol hanya di tahan oleh jemaah cina. rupanya airtu dia punya. Oleh kerana dua-dua tak faham bnak cakap apa beliau izinkan saya yg gigh mecari air untuk isteri.

Khutbah berkumandang di stiap khemah, dalam berbagai bangsa maklumlah furada dari pelbagai negra, Ustaz H membaca khutbah yg beliau sedikan. Apabila doa dibacakan seluruh jemaah menangis teresak-esak. Sungguh mengharukan. Terbayang padaku dosa2 dan kekurangan masa lampau yang perlukan keampunana dari Allah.

Selesai itu sementara menunggu maghrib, rata2 jemaah keluar berdoa di luar khemah. Ustaz mengetuai sekumpulan dan saya dan isteri mencari ruang kosong untuk berdoa.Kemudian join ustaz bila maghrib makin menjelma.

Tandas di maktab kami besar dan banyak. Tiada masalah. Malah air spray botol juga banyak membantu kerana air di tandas panas.

Solat maghrib diazankan dan diinmamkan oleh ustaz patani. Azannya berlagu masjidil haram. sungguh mnggamit kerinduan. Selesai solat, kami menunggu bas untuk mabit ke muzdalifah.

Bas kami langsung tidak dibenarkan berhenti di musdalifah untuk memungut batu dan mabit. Jadi bas berpusing-pusing di situ selama 6 jam ebih untuk mabit sebelum balik kae hotel Rawase untuk solat subuh dan rehat.Selesailah wukuf di Arafah

No comments: