Tuesday, May 19, 2020

Untold story of kg krubong-Haji 2018


Kenangan haji Furada bersama Syarikat Destinasia Sdn Bhd. Turut bersama adalah Hj Razak suami isteri dari Bt Berendam yg merupakan bapk kepada kawan baik ketika kanak2 iaitu Dak Man, Kiambang dan Nazzer- cucu haji mat.

Ramai tertanya2 samada ok tak visa furada. Pada saya tak ada masalah, malah dari segi logistik juga teratur dan selesa. Tuan punya Destinasia adalah tuan haji Amin yg merupakan bekas pelajar Cal State Sacramento.  Jadi cubalah kerana penantian haji muassasah mungkin lama lagi dan kalau kita benar2 ingin menunaikan haji insha Allah dijemput allah ke sana. Alhamdulillah.

Sunday, May 17, 2020

The untold story of kg kerubong. Tok mudim


Zaman dulu ada dua orang mudim yang terkenal beroperasi di kg krubong; Arwah Tok Saman Tanah Merah dan Arwah Lebai Said kg Pulau.

Diantara keduanya, arwah tok saman lebih ditakuti kanak-kanak kerana beliau menggunakan sembilu buluh kerana menurutnya besi ada bisa dan lambat baik lukanya. Manakala arwah lebai Said pula menggunakan pisau kecil.

Apabila kanak kanak nakal sedikit, selalunya para bapa akan memberi amaran. Kalau jahat2 nnti kita bercuci dengan Tok Saman ajalah. Pasti kekanak itu akan menangis ketakutan.

Biasanya majlis akan dimulakan dgn tahlil dan mandi air tolak bala. Selepas itu barulah majlis dimulakan. Yg paling muda akan mula dulu biasanya, dan yg paling tua lah yang terakhir.

Teringat juga ketika arwah Lebai Said punya anak ditimpa kemalangan jalanraya dan meninggal. Arwah Lebai mengutip cebisan dari atas jalanraya satu persatu. Begitulah kesabaran yg tinggi yg dikurniakan tuhan kepada insan yg berjsa pada ramai masyarakat krubong. Wallahualam.

The untold story of Kg Krubong- Raya 2019


Disebabkan 2020 kita tidak dapat berhari raya di Melaka, maka gambar di atas adalah kenangan tahun 2019. Ahli anak cucu mak temah (ACMT) berkumpul pada hariraya keempat tahun lepas di Holliday Inn Bandar hilir untuk makan tengah hari dan berhariraya.

Cuma tahun ini kami tidak bersama abang kami, arwah Haji Zainal yang telah pu n meninggalkan kami buat selamanya. Buat kata pantun dedulu:
Anak ayam turun sepuluh, mati seekor tinggal sembila.

Begitulah lumrah alam dan ketentuan tuhan yang maha berkuasa. Wallahualam.

Thursday, May 14, 2020

The untold story of Kg Krubong- Tingkatan 1


Melihatkan abang aku Dak Amir macam best jer sekolah kat Gajah Berang. Aku pun letak Gajah Berang dalam borang ke Sekolah Menengah tahun 1982. Bila aku beritahu pilihan aku kat bapak, Dak amir pun kata kau nak naik apa, kereta pak cik Tampoi tu dah penuh. Maka huru-haralah aku.

Mana taknya aku takut nak mintak borang balik dari Cikgu Md Isa yang garang. Tapi nak buat cam ner. Cikgu Md Isa pun marahlah kat aku, lain kali fikir masak2 katanya. Berbeza masa dia tengok borang tu pada kali pertama. Dia happy sebab aku nak masuk Gajah Berang sbb dia bekas pelajar.

Tapi kalau sudah rezeki tidak ke mana. Aku diterima masuk sekolah tinggi Melaka. Mak aku suka sbb itu Sekolah Dak Wai abang aku dulu. Oleh kerana aku cuma 3A penilaian maka masuklah aku ke kelas 1E. Sebab sampai kelas 1D pun masih penuh dgn 4A.

Dalam kelas aku ada seorang chettiar namanya Uthaya dan seorang portugis namanya Francis. Uthaya ketua tingkatan manakala Francis adalah trouble maker. Jadilah asyik bertekak je bila cikgu tak de. Bila masuk tingkatan 2 kerana aku dapat tempat pertama 1E dan baik keputusan maka masuklah aku ke kelas 2A. Itulah pertama kali student kelas E naik sampai kelas A menyebabkan Cikgu Ho guru kelas 1E yg mengajar Math memanggil aku "Azmi my boy" di kelas 2A dan 3 A kemudian.

Bila aku baca doa untuk mula belajar dalam kelas, kawan aku berbangsa Cina, Tan akan menadah doa juga. Tersenyum juga aku tengok telatahnya. Semoga hidayahNyA masuk ke dalam hati Tan. Insha Allah. Wallahualam


Untold story of kg Krubong- Jadi Nanny


Pada tahun 1992, di akhir-akhir pengajian, ketika membilik akhbar the Ames Tribune, kami terlihat iklan untuk menjadi Nanny. Lalu kami pun menelefon dan akhirnya jadilah kami nanny kepada 2 kanak2 comel Thomas dan Sara Galloway.

Ibunya bekerja dengan surat khabar Des Moines register dan datuknya adalah Dr Thomas Galloway, head of College of Design university aku, ISU.

Setiap pagi ibunya akan membuat Peanut Butter and Jelly dan kami akan menjaganya sehingga ibunya pulang pada pukul 3 ptg. Tapi bukan tiap hari. Bila aku free aja.

Gambar ini ketika membawa mereka bermain di taman. Aku mengajar Thomas main baseball dan dia betul2 suka belajar memukul dan tangkap bola. Nak tergelak aku bila dia tanya betul ke ada org boleh pukul bola sampai ke des moines. 

Ibunya anak bungsu Dr Galloway . Bila Dr Galloway mendapat tawaran menjadi org besar di University Of Georgia, Mdm Karen, majikanku begitu terkesan. Kesian dia.First time berpisah. Wallahualam.

Untold story of kg Krubong- Air show



Gambar di atas adalah di airshow Omaha pada tahun 1992. Offut Air force base ni adalah strategic Command Centre USAF. Lokasi di tengah benua di negeri Nebraska mmg sesuai sbb jauh utuk musuh sampai. Perjalanan ke sana lebih kurang 3 jam dari Ames. Oleh kerana panas, aku bawak sleeping bag merah tu untuk selubung.

Di situ kami lalui Sioux City tempat pesawat united terhempas sekitar tahun 90an. Ada serpihan sayapnya di lab struktur ISU. Bila aku ke lab, wing itulah yg asyik aku belek sambil tertanya-tanya apa telah terjadi padanya.

Bila tengok pesawat A6 Intruder ni teringat pulak aku, Fred dan Fendy menonton wayang di Ames Campustown theatre bertajuk " Flight of intruder". Aku dan Fred pelajar Aero Engineering. Jadi sibuklah kami komen dalam. panggung. Tiba2 ada mat salleh sssh kan kami dan kata shut up. Fendy yg panas baran ajak kita org bergaduh dgn dia. Aku dan Fred pulak tahu puncanya kita org yg bising. Kami pun sabarkan Fendy...Wallahualam.

Wednesday, May 13, 2020

Untold story


Gambar ni kat kedai jersey di. depan Duomo, Milan italy. Ad jersey inter dan AC pasukan bola dari Milan


Ni pula di depan stadium San Siro. Home for AC and Inter Milan.