Monday, May 4, 2020

The untold Strory of Kg Krubong - Prof Ishak rakan sekelas.


Malaysia has three professors on world’s most influential scientific minds list













Hebat tak hebat, bekas pelajar SK Krubong (1976-1981) telah menerima anugerah di atas pada 2014. Prof Ishak Hashim dari Kg Tanah Merah . Beliau sekarang mengajar di UKM dan tinggal di Bangi. Syabas Prof. Bila nak minum teh kat SOHO dgn dak Nan lagi.. Wallahualam.

Untold story of kg Krubong- Ikan Lubok kg

Sawah krubong mmg terkenal dengan lubuk-lubuk ikan seperti lubuk pak abas, pak kasim, lubuk tengah, lubuk bidan semah, lubuk pak terap dan alor padang siapong. Antara ikan yg menjadi taruhannya adalah:

1) Ikan Sepat Ronggeng (Sepat rawa)

Ikan ni kecik. banyak di sawah, lubuk dan parit selepas banjir besar bulan 6 dan bulan 12. Selalunya ditangkap dengan jala. Selalunya ikan ni diberi pada jiran-jiran sebab biasanya banyak sangat. Dicuci  menggunakan garam dan daun papaya muda. Pasti akan putih melepak. sedap digoreng garing. Juga ianya digunakan sebajai umpan tajur haruan.

2) Ikan Kaloi

Juga dari keluarga ikan gurami. Cuma didapati di sungai. hanya dngan pancing atau jala. Isinya lemak dan juga biasa dibela sebagi ikan hiasan. Durinya sangat yajam dan boleh merabakkan jala kalau tidak di selam dan dipintal ke pucuk jala bila ditangkap. Saiznya biasanya besar dan sekor cukup sekali masak. Biasa dimasak lemak cili api.

3) Ikan Sepat lampam.(Sepat Siam)



Ikan ni juga ditangkap masa menjala atau menimba tambun atau lubuk. Saiznya lebih besar dari sepat rawa. Banyak dibuat ikan masin sedap. Biasanya dikampung ikan ni buat masak sam bal tumis atau goreng garing jer. Pengalaman menangkap ikan ni paling banyak di parit water treatment kilang mardec batu 8 durian tunggal. Kilang ni dah ditutup sekarang.

4) Ikan Belida


Ikan ni sisik halus. Susah nak di siang. Leper dan banyak tulang. Oleh kerana isinya sedap, ianya sedap dimasak pindang atau goreng buat sambal. Ikan ni boleh diapancing, dijala atau timba. Banyak terdapat di sungai dan lubuk pak abas.

5) Ikan haruan



Ni memeang ikan yg dicari2 waktu menimba dan pasang tajur atau kelakontang. Umpan kegemaran adalah ikan hidup atau katak unjun

Arwah pak endak dengkel mmg pandai menilik anak haruan dan mengujun ketika banjir besar. Sedap dibuat sup.

6) Lundu atau baung

Ikan ni susah kalau kena jala. leceh nak bukak dan berduri. Kalau masuk jala biasanya duri dipatah dengan digigit kerana takut tercucuk jati. Masak lemak atau goreng sambal je


7). Lampam jawa




Ikan ini cuma ditangkap oleh arwah Aim Wak kang, ayah kepada mat entoi dengan jaring Apollo waktu banjir besar di sungai. Masa tu lampan akan mabuk dan keluar dari sarang. Sedap masak lemak dan goreng sambal. Waktu lain ikan ni sukar nak dapat.


8) Ikan tetimah atau temakang

Ikan ni dah pupus dari sawah krubong. Dulu kat alor padang siapong boleh ditangguk jer. Terlampau banyak sehigga di sedekah kepada jiran bila dapat dan dibuat ikan kering. Boleh goreng dan masak sambal jer.

9) Ikan putih yag lain2..

Yg dua ekor tgh tu mmang banyak kat sungai dan bandau.. ikan terubol. Ikan ni buat sambal cair jer boleh. Di utara dibuat ikan pekasam yg lazat...Wallahualam.

Sunday, May 3, 2020

Untold story of Kg Krubong


Setakat ini sudah 3 masjid didirikan di Kg Krubong. Bermula dengan masjid lama yg dibina pada 1880 berhampiran bandau ataupun sawah kg krubong. Masjid ini mempunyai senibina di bawah seperti kebanyakan masjid asal di Melaka. Berhampiran masjid terdapat sebuah perigi batu yg berpembetung dan sebuah perigi yang betul-betul tepi bandau bersebehan pokok rumbia arwah tok Mat Sab. Selain itu masjid ini juga mempunyai sebuah kolah yg besar.  Juga di kebun sebelah terdapat perigi yg biasanya kita panngil sebagai perigi tok ipin, juga menjadi tempat wuduk ketika jumaat.

Tapi yang paling istimewa ia mepunyai sebatang pokok jambu air kelat yang kerap berbuah lebat. Tempat kanak-kanak kerubong belajar memanjat untuk mandapatkan buahnya.  Pokok wakaf tak ada siapa nak marah.

Sekitar tahun 1974 masjid ini dirobohkan bagi membangunkan masjid baru yg terletak di tepi jalan. Berbagai cerita mengenai masjid ini pernah saya ceritakan dahulu.


Design masjid yang pertama di krubong-bukan gambar sebenar. -ikhsan google


Pada tahun 1974, maka masjid kedua muncul di kampung seperti dibawah- gambar ikhsan blog masjid. Masjid ini akhirnya diberi nama An-Nur. Kekal di situ adalah tabuh masjid lama, mimbar baru dibina 1974. dan Meriam besi arwah tok Baba ayah kepada salah seorang imam kampung iaitu Arwah Imam Ali. Masjid ini diresmikan oleh ketua menteri ketika itu DS Rahim. Banyak cerita masjid ini juga diceritakan di dalam blog ini.


Masjid AnNur (1974-2018)-ikhsan blog masjid

Lama juga kampung tidak mempunyai masjid apabila masjid ini dirobohkan. Ketika itu pernah juagalah saya solat jumaat di masjid tanah Merah berdekatan. Akhirnya masjid ini siap dibuka pada tahun 2019. Nama an-Nur dikekalkan. Wallahualam


Masjid An-Nur (2019-sekarang) - ikhsan blog masjid.

Friday, May 1, 2020

Untold story of kg Krubong

Kuiz: Apakah lauk-lauk yang digunakan oleh org kerubong untuk masakan berikut:

Q1: masak asam atau org tempat lain panggil asam pedas?

a. Ikan Tenggiri
b. Ikan kembung
c. Daging tetel
d. Ikan sawah
e. Semua di atas;

Q2: bukan dimasukkan dlm Sup?


a. ikan kerisi/ merah;
b. ikan haruan
c. Daging tetel
d. Ikan keli
e. Semua di atas;

Q3: biasakah ikan susu seperti di bawah dibakar di krubong masa dulu?


a. mana nak amik; org kubong x kenal ikan susu;
b. selalu
c. biasanya org kubong x bakau ikan;
d. leceh punya kerja

Selamat mengembalikan nostalgia anda ketika membesar ditahun 80an di kg kita,,,,,,Wallahualam


Untold story: Kelawar Kerubong

Kelawar ni ada di Sarawak khabarnya. Apakah ada hubung kait dgn nama kampung Krubong. Masih jadi tanda tanya. Wallahualam.

Untold story of Kg Kerubong

Belangkon ni di beli di  Jakarta pada 2019. Ada terdapat dua design itu Jogjakarta seperti yg saya pakai atau yang ada ekor panjang tu belangkon Solo. Yang pasti kalau tengok cerita sunan Kalijaga, gambarnya selalu pakai Belangkon solo. Di Tanah Abang, bangunansebelah Penuh dgn batik . Banyak belangkorn solo yg simple berwarna hitam. Tapi mmg  niat di hati saya nak yg ini yg coklat. Mahal harganya dekat särats K Rupiah. Sampai anak tokeh Kedai pun marah emaknya, kot mahal sangat.

Tapi di situ saya beli Baju batik untuk hadiah kawan2 ofc murah lagi cantik..Bila tengok belangkorn ni, kenangan mengimbau kembali. Kalau di masjid kg kerubong(Mantan annur) Abang Mazlan imam Ghani, pasti memakai belangkorn bila berjemaah di masjid.

Bila gambar belangkorn dihantar ke whatsap kanda sunan. Guraunya kalan dia yg pakai pasti rakan indonnya di chow kit tak tahan tengok.  Wallahu alam

Amsterdam Sunyi kerana Covid 19


Amsterdam sangat sunyi kali ini. Perjalanan menaiki A380 Emirates juga berbelah bagi. Risau jugak  bila mengenangkan  Covid 19 yang begitu rancak di Eropah. Gambar di atas di Tramp Frederickpleins di mana kami menetap ketika dari 16 mar sehingga 19 Mar 2020. Benarlah kata org. Imegresen yg paling friendly ialah di Schipol Amsterdam. Kami bertanya bagaimana keadaan di sini?
Pegawai imegresen secara berseloroh. Oh we are all gonna die here....:)

Di Amsterdam orang tak panik. Kami terima berita dari anak2 yang panic buying gila2 di Kajang. 


Pada keesokkan harinya, kami melawat Windmill di Zaans.  Baru Aku tahu yg windmill ni adalah kilang. Trip ni kami pergi free and easy. Pergi beli tour package di hop on bus punya company.  Hari tu melawat windmill, kampung belanda dan kilang kasut. Malangnya kilang cheese tutup kerana Covid. Cuma ada satu Bus saja esoknya Amsterdam Lockdown. Bus tu Penuh dengan pelawat dari Mesia. dari London mau ke paris. Beraninya nak gi Paris, epicentre tu.


Nilah Frank, Tukang buat kasut kayu terompah kayu belanda. Mahal nak mampus beli juga dan hantar ke office. Sepasang Euro 99.


Amsterdam kerap berlaku banjir Besar sebab banyak laut   dengan benteng daik dan dipam menggunakan windmill.

Pada 19 haribulan kami merbau keputusan besar iaitu memendekkan cuti kerana semuanya tutup sudah di sini. Di Airport , kapalterlbang kami dgn KLM ke London telah dikensel. Dengen pantas kami membeli flight baru dgn Easyjet ke Luton Airport. Kapalterbang cuma separuh penuh dan rezeki kami bila data sampai ke London dgn selamat.



Rezeki Covid. Kami eiupgrade Ke Hard Rock Hotel dari Hard Rock Apt. Lokasinya Betul di Oxford St. Dan dapurnya ada makanan Halal.





Di Bicester saya berjumpa kawan sekerja yg telah Pencen di ExxonMobil dulu. Kak Zahara HR pergi melawat anaknya yg bekerja di London. FO pun lengang kirana Covid. Pastinya kami kan datang lagi ke sini Insya Allah.