Monday, February 4, 2019
2018 travelog haji
Pada 29 julai 2018, Haji M petugas haji syarikat menjemput kami ke Shah Alam untuk taklimat haji terakhir. Berbunga2 hati kami pada masa tu, saspen pun ada. Kata haji M insha Allah kami beserta 80 bakal haji lain akan berlepas pada 18 Aug. Haji M mengimbau kembali soalannya pada arwah ibunya bila balik dari haji. Kata ibunya pada Haji M," Mak doakan Kamu dapat pergi haji selalu dan banyak kali.". Rupa-rupanya doa ibunya makbul apabila bellas diterima bekerja bersama tabung haji dan menjadi petugas haji hinggalah beliau pencen dan menyertai syarikat.
Maklumlah org tua pun dah tiada. Kami mengadakan majlis baca yasin di surau dan sempât juge dihadiri Ayeh adik ipar yg tinggal di Cheras. beberapa hari kemudian datang pula kak pah sekeluarga beserta dan kak ana untuk mengucapkan selamat jalan.
Visa Furada kami perolehi 2 minggu sebelum haji.maka bermulalah perjalanan haji kami. Wan dam Marini bertandang kerumah kami kerana pernah kami gurau2 nak naik haji sekali kerana dulu kami sama2 umrah bersama group alpha lipid beramai2.
Pagi itu selepas solat sunat, saya pun mengenakan ihram dan berangkat keluar pintu diringi keluarga dan wan serta Marini. Hafiz anak kami pun mengumandangkan azan. Airmata mula mengalir. Wan pun membacakan doa selamat dan doa bagi dipermudahkan musafir kami.
Kami sama2 menangis. Amar ditugaskan memandu kami ke airport. Dalam perjalanan aku menerima panggilan telefon dari abang jenal. Pesannya selamat pergi dan kembali. Berulang kali dia ucapkan supaya kami bersabar di hari2 Mina nanti. Berkali2 abang aku minta maaf tak dapat datang ke KLIA dan berkali2 juge pesannya sabar di Mina. Itulah pesanan abang aku yg telah beberapa kali menunaikan haji. Semoga Allah menyembuhkan beliau dengan segera dari penyakitnya pada masa ini. Beliau telah terlantar di hospital Mekah lebih sebulan akibat penyakit GBS.Wallahu ala kulli syaiin kadir.
Saturday, July 28, 2018
Untold story of kg Krubong
Di Batu 32 labuk , Sandakan, ada seorang pengusaha berbangsa bugis yg berjaya. Namanya Kak Sairah. Beliu mempunyai pelbgai busines, dari bas ekspress, lori bahkn sebuah stesen minyak edai dan restoran. Perniagaannya bermula dari mengedar telur kecil-kecilan ke pulau2 di Sandakan sehinggalah akhirnya menjadi pengeksport telur ke pulau2 selatan Filipina.
Dia juga yg mula2 membawa masuk bas dan lori Scania ke Sabah. Tetapi di tengah2 tapak bisnesnya beliau membina sebuh surau yg besar berkubah perak. Jadi dalam perjalanan panjang dapatlah pemandu berhenti makan di restorannya, mengisi minyak di stesenya dan bersembhyang di surau milik Allah Janda waala. Wallahualam.
Friday, June 29, 2018
Untold story of Kg Krubong
Kat Kerubong seoring kawan yang sangat rapat akan digelar "kangkang kepit atau dalam bahasa inggeris best friend. Memandangkan Hisyam sentiasa mengikut Dabuk ke mana sahaja, kakaknya iti selalu bertanya kepada dabuk; "kangkang kepit kau mana? bila dabuk datang berjumpa dengannya tanpa Hisyam.
Hisyam ini boleh berbahasa arab dan dibawa masuk ke tempât kerja bleh Dabuk. Oleh kerana itu dia sentiasa Sahaja mengikut dabuk ke mana Sahaja.
Ketika bekerja di dusun iti di Pilah, Hisyam terserempak dengan ulau itam sebesar lengan. Bila nampak sahaja dia menjerit dan lari sekuat hati ke tempat lapang. Dabuk terkejut dan begitu tidak menyangka bila melihat kangkang kepitnya yang gagah perkasa seperti adiwira menjadi begitu ketakutan.
Dabuk pasrah dan akur bahawa pengetahuannya sebagai insan begitu terbatas dari ilmu Tuhan yang maha luas.
Kini kangkang kepit tidak lagi ke dusun dan tempatnya telahpun di ambil oleh wak dari indon. Wallahualam.
Sunday, April 17, 2016
Untold story of kg Krubong
Berita Arwah Aziz anak arwah cikgu Bakar meninggal begitu membuat semua penduduk terkejut. Aku pun cuma tahu melalui group whatsapp SK krubong bagi pelajar 1976-1981. Kenangan aku terimbau balik berpuluh tahun dahulu ketika di hari arwah Aziz melangsungkan perkahwinannya. Mana taknya di hari itulah arwah bidan Semah iatu neneknya meninggal di rumah imam Harun.
Aku diminta oleh pak long harun untuk memangggil arwah busuh sakyah iaitu ibu arwah Aziz untuk memberitahu kepadanya berita kematian itu. Arwah busu sakyah pun berlari bersamaku kembali ke rumah arwah imam harun. Seketika itu juga rekod di majlis perkahwinan dipadamkan bagi menghormati kematian nenek beliau.
Di rumah pak long Harun kulihat arwah busu Sakayah menangis dgn sebak sekali. Beliau mencium kaki ibunya terkilan tidak dapat menemuinya lebih awal. Begitulah kehendak tuhan yang maha merancang atas tiap2 sesuatu..
Monday, March 23, 2015
Travelog New Zealand Day 2- The untold story of kg Krubong
Pagi 15 Mar 2015, kami bangun awal untuk bersarapan dan memulakan perjalanan. Terdapat sebuah Cafe yg sedap di hadapan Quest Apt yg selesa. Mempunyai 2 bilik, lengkap dgn mesin cuci dan sebagainya. Tepat pukul 9 pagi sebuah van dtg menjemput kami ke depoh Caravan untuk kami sewa.
Di depoh June menunjukkan kami pada caravan yg lengkap dgn 2 katil double dan kelengkapannya spt bilik air, power cable, dapur, sewage sytem dan sebagainya.
Maka bermulalah perjalanan kami dari Christch Westfield untuk membeli stok makananurch ke Lake Tekapo sejauh lebih kurang 238 km. Perjalanan dimulakan dgn kamai ke Riccarton halal. Tak sampai 10 minit pun, kami ditimpa kemalangan kecil. Oleh kerana tidak biasa memandu caravan yg besar, saya telah tergesel ekor sebuah kereta di kawasan parking riccarton. Nasib baik tida sapa yang cedera, jadi kami cuma perlu memberitahu tuan punya kereta untuk memnaggil syarikat insuran untuk tujuan pampasan gantirugi.jam memandu menerusi ladang dan bukit kami pun samapi ke
Selepas 2.5jam kami pun sampai ke Lake Tekapo. Di Holiday park tersebut kami di letakkan di bay no 30. Sgt strategik di atas bukit mengadap ke tasik yg sgt cantik. Di sebelah kami terdapat khemah 2 couple kiwi dan sebuah van pelajar uniten dari malaysia. Kami sempat berbual kosong sebelum ke tasik untuk berkelah.
Untold story of kg krubong
Travelog ke New Zealand 14 March- 20 March 2015
Kami memulakan perjalanan seawal 8 pagi dari Kajang menuju ke Johor Bahru bersama Anis dan Hafiz. Amar pula tidak dapat bersama kerana komitment peperiksaan di kampusnya. Kami tiba di rumah abag kami Dr. Arshad kira-kira pukul 12 tgh hari. Keadaan di rumah agak sibuk kerana beliau sedang menyiapkan majlis pernikahan Huda pada 20 hb Mar kelak. Sementara menunggu teksi yg dijanjikan membawa kami ke Changi Airport, kami dijamu oleh Kak Hana makan tgh hari nasi beryani yg lazat. Memang kena dgn selera kami yg gemar makan nasi.
Seperti yg dijanjikan, tepat pukul 330ptg En Saat, menjemput kami bersama Innovanya ke Singapura. Maka nermula lah perjalanan kami. Perjalanan memlalui Linkedua agak lancar kerana waktu itu org masih bekerja. Cuma apabila berada di lebuhraya Singapura barulah terdapat banyak motor2 pekerja kilang yag tamat bekerja pada pukul 430ptg. Setibanya kami di Changi, kami berehat sebentar di cafe sambil menunggu pesawat British Airways kami yg bertolak pada pukul 800mlm ke Sydney. Perjalanan selama tujuh jam berakhir ke Sydney pada 6 pagi kerana perbezaan waktu. Selepas itu kami pun terbang semula ke Christchurch pada pukul 10 pagi berakhir apada pukul 230ptg kerana perbezaan waktu. Di lapangan terbang kamai mengambil masa yg lama di kastam kerana membawa banyak bahan dan stok makanan. 4 bungkus khurma ayam kami terpaksa ditinggalkan di situ.
Di sini kami tinggal di Quest hotel untuk bermalam. Sempat juga kami berjalan di sekitar Christchurch menaiki Tram dan berjalan2 di Regent street dan Cathedral junction. Bandar ini masih dibangun semula selepas gempabumi 2011.
Sunday, February 1, 2015
untold story of kg krubong
Pada sekitar lewat 70an dan awal 80an, siapa yag tak kenal arwah kadir. Kalau ada sahaja hari anekaragam di sekolah krubong, beliau pasti menjadi pelakun utama kerana bakat berlakunnya.
Dua malam yang lalu, saya telah bermimpi berjumpa arwah kadir. Dalam mimpinya, beliau kelihatan sungguh berseri2 berjubah putih dan berserban putih. Ketika kami sedang berbual2 di bawah sepohon pokok sementara menunggu majlis agama bermula, kelihatan abang beliau yg lengkap berjubah putih datang dipandu pemandunya di dalam kereta berwarna biru.
Beliau pada mulanya tidak mahu berjumpa abangnya walaupun diajak oleh saya, tetapi setelah abangnya berlalu pergi, beliau pulak yang tertanya2 seakan2 rindu ingin berjumpa. Kami sekadar mampu melihat beliau berlepas pergi
Sejurus kemudian saya pun terjaga dan lama juga saya berfikir dan mengenangkan arwah.
Arwah ni yang saya kenal adalah seorang yg baik. Beliau adalah seorang chargeman. Hampir setiap kali pulang bekerja, kesemua wang disakunya akan diberikan sebagai belanja kepada arwah ibunya. Pernah juga bila beliau membaiki soket2 elektrik di rumah arwah mak. Beliau tidak mahu langsung mengambil upah. Sampai terpaksa mengejar dan memasukkan hadiah wang itu ke dalam poket beliau.
Di akhir hayatnya ketika terlantar di hospital, pernah saya meminta arwah emak untuk menghantar sedikit hadiah wang untuk arwah ibunya ke hospital bagi menemani beliau, Beliau yang ketika itu telah tenat sehingga hilang penglihatan meminta saya datang melawat beliau. Cuma mungkin itulah kehendak allah, saya tak sempat bertemu beliau yang telah pun dahulu menemui tuhannnya. Alfatihah untuk arwah semoga Allah menghimpun beliau dikalangan org2 saleh. Wallahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

