Monday, March 23, 2015

Untold story of kg krubong

Travelog ke New Zealand 14 March- 20 March 2015 Kami memulakan perjalanan seawal 8 pagi dari Kajang menuju ke Johor Bahru bersama Anis dan Hafiz. Amar pula tidak dapat bersama kerana komitment peperiksaan di kampusnya. Kami tiba di rumah abag kami Dr. Arshad kira-kira pukul 12 tgh hari. Keadaan di rumah agak sibuk kerana beliau sedang menyiapkan majlis pernikahan Huda pada 20 hb Mar kelak. Sementara menunggu teksi yg dijanjikan membawa kami ke Changi Airport, kami dijamu oleh Kak Hana makan tgh hari nasi beryani yg lazat. Memang kena dgn selera kami yg gemar makan nasi. Seperti yg dijanjikan, tepat pukul 330ptg En Saat, menjemput kami bersama Innovanya ke Singapura. Maka nermula lah perjalanan kami. Perjalanan memlalui Linkedua agak lancar kerana waktu itu org masih bekerja. Cuma apabila berada di lebuhraya Singapura barulah terdapat banyak motor2 pekerja kilang yag tamat bekerja pada pukul 430ptg. Setibanya kami di Changi, kami berehat sebentar di cafe sambil menunggu pesawat British Airways kami yg bertolak pada pukul 800mlm ke Sydney. Perjalanan selama tujuh jam berakhir ke Sydney pada 6 pagi kerana perbezaan waktu. Selepas itu kami pun terbang semula ke Christchurch pada pukul 10 pagi berakhir apada pukul 230ptg kerana perbezaan waktu. Di lapangan terbang kamai mengambil masa yg lama di kastam kerana membawa banyak bahan dan stok makanan. 4 bungkus khurma ayam kami terpaksa ditinggalkan di situ.
Di sini kami tinggal di Quest hotel untuk bermalam. Sempat juga kami berjalan di sekitar Christchurch menaiki Tram dan berjalan2 di Regent street dan Cathedral junction. Bandar ini masih dibangun semula selepas gempabumi 2011.

No comments: