Monday, March 23, 2015

Travelog New Zealand Day 2- The untold story of kg Krubong

Pagi 15 Mar 2015, kami bangun awal untuk bersarapan dan memulakan perjalanan. Terdapat sebuah Cafe yg sedap di hadapan Quest Apt yg selesa. Mempunyai 2 bilik, lengkap dgn mesin cuci dan sebagainya. Tepat pukul 9 pagi sebuah van dtg menjemput kami ke depoh Caravan untuk kami sewa. Di depoh June menunjukkan kami pada caravan yg lengkap dgn 2 katil double dan kelengkapannya spt bilik air, power cable, dapur, sewage sytem dan sebagainya. Maka bermulalah perjalanan kami dari Christch Westfield untuk membeli stok makananurch ke Lake Tekapo sejauh lebih kurang 238 km. Perjalanan dimulakan dgn kamai ke Riccarton halal. Tak sampai 10 minit pun, kami ditimpa kemalangan kecil. Oleh kerana tidak biasa memandu caravan yg besar, saya telah tergesel ekor sebuah kereta di kawasan parking riccarton. Nasib baik tida sapa yang cedera, jadi kami cuma perlu memberitahu tuan punya kereta untuk memnaggil syarikat insuran untuk tujuan pampasan gantirugi.jam memandu menerusi ladang dan bukit kami pun samapi ke Selepas 2.5jam kami pun sampai ke Lake Tekapo. Di Holiday park tersebut kami di letakkan di bay no 30. Sgt strategik di atas bukit mengadap ke tasik yg sgt cantik. Di sebelah kami terdapat khemah 2 couple kiwi dan sebuah van pelajar uniten dari malaysia. Kami sempat berbual kosong sebelum ke tasik untuk berkelah.

No comments: