Monday, June 8, 2009

untold story of kampung krubong

Penduduk kg krubong mempunyai beberapa amalan dan ritualnya yg tersendiri. Begitulah kisahnya dgn Su Sumi. Sekitar tahun 70an ibu itu diuji tuhan apabila bayinya, Arwah Rusia dijemput pulang ke rahmatullah.

Jadi setiap petang, selama 1 minggu beliau bersedekah bubur nasi bersirakan gula merah kepada kanak2 sekampungnya. Sedekah ikhlas itu begitu dihargai oleh semua kanak2, apatah lagi "pukulan" bubur itu mmg tidak akan sekali-kali disajikan pada waktu2 lain.

Selama satu minggu itu jugalah, kebanyakan kanak2 lebih banyak bermain2 di sekitar rumah Sumi. Wallahualam.

Sunday, June 7, 2009

untold story of kampung krubong

Bagi Tondak, Lobai adalah "paspot imuniti". Mak Lang Tijah akan membenarkan Tondak pergi ke mana sahaja sekiranya Lobai ada bersama. Beliau mendapat"lesen besau" itu setelah bukan saja lulus SRP, tetapi berjaya ke aliran sains bila belajar bersama2 Lobai.

Kisah ini berlaku sekitar 80an bila tondak, dak edi dan lobai begitu terkinyamkan buah jambu bol di kebun Pak Long Harun, iaitu bapa saudara lobai. Tetapi, malang tidak berbau. Sedang mereka sedang enak menjamu selera di atas pokok jambu, mereka mendapati Arwah Pak Long Haron telah muncul di kebun.

"Hoi, sapa suruh petik buah ni.? " jerkah beliau. Dak edi pun terus terjun dari dahan dan cabut sekuat hati. Zam tondak yg ketahuan hanya mampu ketawa duka dan menjawab, "Dak lobai kata boleh." Terperasan yg anak buahnya lobai turut ada, Arwah Pak Long Harun tak berkata apa, seakan membenarkan kejadian itu berlalu tanpa sebarang kesan.

Anak2 kecil Krubong itu berasa sangat lega. Tak sangka, Lobai bukan hanya "lesen besau" untuk Mak Lang Tijah, tetapi juga untuk Pak Long Harun..Wallahualam.

Thursday, June 4, 2009

untold story of kampung krubong

Hari itu Haji Ariffin bertanyakan satu soalan yg sungguh dalam. Ahli zikir itu cuba memberikan sedikit nasihat agama kpd jemaah lain. Katanya " Solat itu didirikan atas apa?". Suaranya yg bertona lembut bagaikan suram dan malap, begitu bertentangan dgn soalannya yang mmg sukar untuk dijelaskan.

Merasakan jawapan yang semakin tak kunjung tiba, Haji Ariffin pun melawak sedikit untuk mengurangkan bebanan yg ditanggung oleh sekalian sahabatnya. "Adakah di atas tikar sembahyang"? Sejurus itu barulah para jemaah berani tersenyum dan ketawa kecil.

Sufi itu mengajarkan sahabatnya tentang ilmu ehsan. Spt mana yg dijelaskan oleh hadis nabi yg intipatinya bermaksud yg ehsan itu adalah apabila kamu menyembah Allah spt kamu melihat akan Dia, dan jikalau kamu tidak dpt melihatNya sesungguhnya Dia melihat anda."

Katanya Solat itu didirikan atas "Alhamdu" atau puji-pujian. Dan seterusnya beliau pun mengajarkan bagaimanakah adab2 bersolat kepada Sang Maha Perkasa.

Anak kecil Kg Krubong, terjaga dari lamunannya. Jauh di sudut hatinya dia merapatkan syukur kepada tuhan atas kurnianya dari ilmu2NYA yg melimpah ruah.

untold story of kg krubong

Di kalangan kanak2, Dak Rani adalah ketua. Dan ini adalah kerana dia memang terhebat di kalangan mereka. Dia boleh memanjat kelapa tinggi dan handal menimba lubok2 besar. Dan yg paling tokleh di sangkal lagi ialah bila terdapat ular masa menimba, semuanya akan ditangkap beliau dgn tangan.

Oleh sebab itu, apabila dak rani mengajak untuk menimba tambun, lubok atau petak sawah semua kanak2 akan beria2 untuk mengikut.

Peristiwa ini berlaku sekitar 1980an, kali ni rakan kongsinya adalah Zam tondak. Hasil menimba taklah sebanyak mana.

Spt mana biasa, mereka pun "amai2 lai kopeng"untuk menentukan siapa yg akan mengambil dahulu ikan2 yg sudah dicuci dan ditandingkan. Dan mmg telah ditakdirkan bahawa rezeki adalah milik Tondak pada hari itu. Beliau mmg selalunya cekap bila "amai2 lai kopeng".

Dak rani kelihatan begitu kecewa, tetapi beliau tetap akur dgn cara memutuskan keadilan, tradisi kanak2 krubong itu.

Saturday, May 16, 2009

untold story of kampung krubong

Di majlis tahlil di mana kehadirannya agak kurang, kadang2 kanak2 juga akan menjamu selera sedulang bersama org2 kanan masjid kerubong spt tuan imam, Tok Ipin, dan Cikgu daud.

Jadi perkara ini sekali lagi berlaku di sekitar tahun 1981. Melihatkan kegelojohan anak2 ini terus menyenduk ambil gulai tengah, Allahyarham Cikgu Daud pun memberi sedikit tunjuk ajarnya. " Kita makan ni macam lah kayu perahu, tepi dulu baruy ke tengah", kata beliau menyuruh anak muridnya mengambil lauk yg tepi dulang dahulu.

Murid yg loyar buruk pun mengusik gurunya. "Sekarang cikgu dah ada motorbot, boleh terus ke tengah". Peristiwa itu di saksikan oleh Haji Arifin sambil ketawa kecil.

Kata Tok Ipin, dgn budak skrg, cakap kena terus terang. Beliau menceritakan bagaimana, isterinya berkias menyuruh anak jirannya supaya "menghabiskan" semua buah belimbing padahal sebenarnya beliau menyuruh berhenti tidak dapat difahami oleh kanak2 itu.

Wallahualam.

Wednesday, May 13, 2009

untold story of kampung krubong

Allahyarham Lebai Said Bin Lebai Ibrahim memang mempunyai murid yg ramai. Beliau sangat berjasa di Kg Krubong bukan sahaja sebagai guru Al Quran, malah berbagai Kitab dari tauhid, tajwid, feqah dan kitab barzanji sentiasa disyarahnya.

Pada satu petang tahun 1981, beliau didatangi murid lamanya dari Kampung Bacang. Haji Narom begitu mesra dgn gurunya. Dan sebagaimana lazimnya, beliau begitu takzim pada gurunya yg tidak lalai dari kebiasaannya memberi nasihat agama.

Anak kecil kampung krubong, terpinga-pinga sambil mengendung kitab Sheikh barzanji milik ayahnya yg sudah pun koyak rabak; kerana menunggukan peluang untuk bersama guru bagi menimba sedikit ilmu samawiyah dari Sang Maha Perkasa.

Haji Narom menginfakan sedikit wang kepada gurunya sebelum pergi. Petang itu,pada anak kecil, Lebai Said tidak putus2 melahirkan kebanggaannya pada muridnya yang masih tidak lupa pada beliau. Dan sememangnya itulah tuntutan agama, yg murid mesti beradab pada gurunya.

Wallahualam.

Saturday, May 2, 2009

untold story of kampung krubong

Banjir di Kg Krubong disambut dgn dua rasa yg berbeza setidak-tidaknya. Bagi golongan ibubapa, hujan yg turun tidak henti2 bermakna cabaran besar krn mereka tidak dpt turun menoreh getah.

Bagi kanak2 pula, inilah masanya untuk menagkap ikan dgn menggunakan tajur. Begitulah halnya juga dgn abg ani dan mahat. Mereka pun mengambil batang palas untuk dibuat btg tajur. Daunnya di potong pendek. Dan dari jauh memang susah nak bezakan dari seganit. Jadi biasanya tajur palas lebih sukar dikesan berbanding tajur buluh.

Tetapi malang tak berbau, cacing yang di cangkul memang banyak. Mahat pun mengutipnya satu persatu untuk di jadikan umpan. Ketika Mahat menghulurkan jarinya, mata cangkul yang dihayun oleh Ani, terbenam kejari mahat.

Nyah piah, terkejut besar dan membawa Mahat ke Klinik. Begitulah ceritanya bagaimana jari mahat ditakdirkan menjadi kudung sedikit. Wallahualam.